Syarat Sah Solat, Rukun Solat dan Perkara Membatalkan Solat

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera


SYARAT SAH SOLAT, RUKUN SOLAT DA PERKARA MEMBATALKAN SOLAT | Entri kali ini adalah untuk mengulangkaji apa yang kita belajar semasa di sekolah agama atau di sekolah semasa pendidikan Islam dan sebagainya. Sebagai manusia, kebiasaannya mungkin kita akan lupa dengan beberapa perkara dan sebagainya. Sebab itu pentingnya saling mengingatkan sesama insan.


Syarat dan Rukun Solat

Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun solat itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:-

  • Orang Islam.
  • Menghadap arah Kiblat
  • Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • Akil baligh
  • Melihat atau mendengar.
  • Jaga (tidak tidur)
  • Sudah masuk waktu solat.

Syarat Sah solat

Syarat-syarat sah solat ialah:
  • Sesudah masuk waktu solat.
  • Menghadap ke arah Kiblat.
  • Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun solat

Perkara yang mesti dilakukan dalam solat.

  • BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring.
  • NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat.


Perkara Yang Membatalkan Solat

Ertinya tidak Sah solat serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan solatialah:-

  • Batal Wuduk.
  • Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • Terbuka Aurat.
  • Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat solat.
  • Tertawa Terbahak-bahak.
  • Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • Berubah Niat.
  • Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • Meninggalkan rukun solat.


Sumber : JAIPK.PERAK.GOV.MY

SEKIAN

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!