Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setiap manusia di muka bumi ini pastinya mahukan rupa wajah yang cantik dan bersih. Ianya merupakan salah satu kepuasan bagi diri apabila mempunyai wajah yang bersih dan dijaga rapi. Di zaman sekarang pula , mempunyai wajah yang cantik sahaja sudah boleh untuk anda menjadi seorang yang famous atau glamour di sosial media tanpa mempunyai kelulusan akademik seperti SPM 7G dan sebagainya.
Yang paling utama adalah wajah kita merupakan satu aset penting. Penjagaan muka sememangnya sangat penting sebab itulah kita dapat lihat jutaan produk khas untuk penjagaan muka berada di pasaran sekarang ini. Malangnya anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli produk berharga ratusan ringgit, jadi disini aku nak kongsi cara mudah dan murah untuk menjaga muka melalui proses mengecilkan liang pori di muka yang sudah sebesar kawah dibulan.
10 Petua Kecilkan Liang Pori Di Muka Dengan Berkesan
Telur Putih
Telur putih mampu mengecilkan liang pori. Caranya mudah, ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih dan sapukan pada wajah. Kemudian biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Untuk kesan yang lebih baik, anda juga boleh jadikan telur putih ini sebagai topeng muka dengan mencampurkan putih telur dan tepung beras atau putih telur bersama oat dan dua sudu teh jus lemon. Cuba langkah ini dua kali seminggu dan anda akan liaht kesannya. Langkah ini juga sesuai untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat mengelakkan kehadiran jerawat di muka.
Jus Timun
Timun sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain putih telur, timun juga membantu mengecilkan liang pori di wajah. Jika anda tidak suka menngunakan langkah pertama di atas kerana tidak mahu berbau hanyir, jom mulakan langkah yang mudah ini.
Campurkan jus timun yang telah dikisarkan dengan tepung jagung untuk menjadikannya likat. Campuran ini akan menjadikan topeng muka yang mudah. Sapu di sekeliling muka, lebih-lebih lagi di liang pori yang terbuka itu selama 15 minit, kemudian bilas sebaik-baiknya menggunakan air sejuk. Topeng timun ini bukan sahaja dapat merawat liang kulit, malahan membantu mencantikkan lagi tekstur kulit wajah anda.
Baca Juga : [ Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak ]
Tomato
Selain timun, tomato juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka. Sapukan jus tomato yang telah diblender pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air sejuk. Tomato bukan sahaja membantu mengecilkan liang pori yang terbuka, malah membantu mengatasi masalah parut di muka dan membantu menghaluskan lagi wajah anda.
Ais
Ya, ais! Ais perkara yang paling ringkas dan mudah untuk mengatasi kulit wajah yang mempunyai liang pori yang besar dan terbuka ini. Ambil ais yang telah dipecahkan (kecil) atau kiub-kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain. Kemudian, gosokan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Anda akan lihat kesannya dalam masa 1-2 minggu, malah ia juga membantu menghaluskan kulim muka. Anda kan lebih selesa ketika tidur dan pada keesokkan harinya wajah anda akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri.
Baca Juga : [ Cara Hilangkan Parut Jerawat Buat Selamanya ]
Soda Penaik [ Bicarbonate of Soda ]
Mesti anda sedikit terkejut bukan? Ya. Soda penaik bukan sahaja boleh digunakan ketika membuat kek, malah untuk merawat wajah pun boleh. Hal ini kerana soda penaik mempunyai beberapa ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang membantu mengurangkan liang pori yang terbuka dan juga masalah lain seperti jerawat. Ambil campuran yang sama, paling sedikit, 2 sudu besar soda penaik dan 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan tekan sedikit di muka, lebih-lebih lagi dikawasan yang mempunyai liang pori-pori terbuka. Lakukan selama 30 saat atau seminit menggunakan gerakan membulat. Bilas dengan teliti menggunakan air sejuk. Langkah yang mudah ini bukan sahaja membantu mengecilkan liang pori, malah membuang sel-sel mati dan kotoran lain yang ada pada wajah. Soda penaik mampu mengawal kandungan asid yang berlebihan pada kulit, malah mengekalkan keseimbangan pH.
Madu dan Gula Perang
Sudahlah madu, gula pula. Ya! Memang ini serius. Kedua-dua bahan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam mengatasi masalah liang pori yang terbuka. Langkahnya mudah, ambil 1 sudu besar gula perang, 1 sudu besar madu dan campurkan sedikit jus lemon. Campuran ini akan kelihatan seperti skrub. Gosok dan urut perlahan-lahan pada kawasan yang mempunyai liang pori yang terbuka selama 3-5 minit, kemudian bilas menggunakan air sejuk. Anda juga boleh menukar bahan seperti teh hijau dan gula sebagai skrub.
Baca Juga : [ 9 Langkah Mencegah Obesiti Tanpa Produk ]
Betik
Betik bukan sahaja sedap dimakan, malah boleh dijadikan sebagai bahan untuk rawatan kecantikan juga. Jika kebetulan ada betik di rumah anda, jangan sia-siakan langkah yang mudah ini. Ambil dua potongan kecil, kemudian lenyekkan atau blendkan betik. Sapu pada wajah anda dan biarkan selama20 -30 minit sebelum membilasnya menggunakan air sejuk. Betik mampu membersih wajah secara mendalam dan merawat kulit yang bermasalah, lebih-lebih lagi kulit yang memiliki liang roma yang terbuka dan besar.
Lidah Buaya [ Aloe Vera ]
Lidah Buaya mampu mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya membantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.
Baca Juga : [ 5 Kelebihan Kuning Telur Yang Anda Tidak Tahu ]
Wap [ Steaming ]
Jika anda ingin langkah yang mudah bagi mengatasi masalah liang roma terbuka, cara pengewapan merupakan langkah yang paling mudah. Malah, langkah ini juga membantu bagi penyingkiran bakteria dengan cepat dan menghilangkan kotoran halus pada wajah. Namun, berhati-hari ketika anda menggunakan kaedah ini dengan menunggu wap ketika memasak air menggunakan cerek atau pemanas air. Jangan terlalu dekat kerana khuatir tangan atau badan anda terkena pada pemanas. Hati-hati ya.
Lemon
Lemon mengandungi ciri-ciri astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan kulit wajah yang mempunyai liang roma yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ianya juga membantu menegangkan kulit dan liang-liang yang tersumbat. Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Selain itu, kandungan asid sitrik yang membantu melonggarkan dan memecahkan ikatan kimia yang kotor, sekali gus mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil jus lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk.
Baca Juga : [ Petua Membuang Angin dalam Badan dengan Berkesan dan Mujarab ]
Sekian dan selamat mencuba
good info
ردحذفterima kasih :)
حذفtelur putih tu mm betul sha dah try
ردحذفalhamdulillah :)
حذفterbaek.. good tips :)
ردحذفalhamdulillah :)
حذف