Kisah Seram Asrama di Ipoh,Perak

Aerill Hassan
9


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kejadian ini berlaku pada tahun 1997. Masa tu aku tingkatan 5 kat satu sekolah asrama penuh kat Ipoh, Perak. Orang Perak tahu lah kut sekolah mana yang aku maksudkan. Peristiwa ni terjadi pada junior aku. Masa tu mereka ni di tingkatan 2. Malam tu seperti biasa setiap pelajar tingkatan 2 dan 3 diwajibkan untuk memasang kelambu. Mereka ni semua duduk atas katil double decker. Jadi apabila jam 10 malam selepas prep, semua kelambu sudah tergantung. 

Hendak dijadikan cerita, aku masih belum lagi tidur. Tengah lepak ngan kawan-kawan dan buat kerja-kerja gila. Biasa la tu kan, pelajar duduk asrama, semua lelaki pulak tu. Jadi banyak la projek mereka. Tengah seronok berbual dan melepak-lepak, tiba-tiba kami terdengar bunyi bising di dorm sebelah. Masa tu pelajar tingkatan 5 tinggal di dorm paling hujung. Terpisah dengan tandas dan bilik mandi baru lah sampai ke dorm junior ni.



Kami yang senior ni ingat ada junior yang tidak tidur lagi, memang nak kena la. Acah-acah garang la kononnya. Apabila kami sampai kat dorm junior, semua lampu kat seluruh dorm dah terpasang terang benderang. Junior tengah berkumpul atas lantai dengan tilam yang diturunkan, duduk keliling seorang budak tingkatan 2 yang tengah terbaring pucat. Diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar. Ada yang pegang yassin, ada yang baca yassin, ada yang dok peluk lutut dan macam-macam lagi la. Muka semua kemain pucat lesi masing-masing. Mula-mula nak marah terus tak jadi. Kemudian kami pun tanya, ada apa masalah dan apa yang dah berlaku? 

Jadi ketua dorm tu cerita la. Masa tu dalam jam 3 pagi dah, semua junior memang dah tido di katil masing-masing dalam kelambu. Lampu dorm memang dah dipadamkan, yang ada cuma limpahan lampu koridor yang menerangi sesetengah tempat. Tiba-tiba budak yang terbaring tengah-tengah tu terbangun sebab dia dengar pintu dorm terbuka. Dia pun pandang ke arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu. Masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu tapi tak nampak dengan jelas sebab cahaya tak begitu terang lagi pun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal bukan jaring-jaring plastik tu. 

Pastu dia buat tak tau la sebab dia fikir mungkin warden nak check sebab memang selalu warden akan check. Tapi dia tak terpikir masa yang mana ada warden perempuan akan check malam-malam buta dan sorang-sorang pula tu. Ini kan sekolah lelaki, mungkin sebab mamai jadi dia tak terpikir la sampai ke situ. Dalam masa dia mamai-mamai tu dia nampak sesusuk lembaga tu berjalan ke arah katil dia. Masa itulah dia dah rasa lain macam tapi takda la sampai nak menjerit, dia cuma duduk relaks sahaja. Lepas tu lembaga tu berdiri sebelah katil dia.

Dia dok katil bawah. Lembaga tu macam cakap-cakap dengan kawan dia yang kat katil atas tapi perlahan je. Jadi dia fikir ok la, mungkin warden sebab atas dia tu katil ketua dorm. Mungkin warden nak bagi apa-apa arahan. Lepas lebih kurang 2 ke 3 minit macam tu, lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala. 


Muka dia buruk-seburuknya dan dia tanya “Dik, kenapa orang atas tak nak bangun?” Dia punya terkejut sampai tak boleh keluar suara. Dia terus berpusing sampai jatuh dari katil dan kelambu dia terus koyak rabak. Dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi. Lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda. Bila dah bising-bising tu, semua orang dikejutkan. Masa itulah kami dengar bunyi bising sebab diorang sibuk tarik tilam turun atas lantai sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu. Keesokan harinya kami pula kena berjaga depan dorm diorang. Lesen besar tu, warden bagi stay up sebab kisah tu dah kecoh satu sekolah. Jadi warden suruh jaga junior. Budak yang kene sakat tu demam seminggu, balik kampung.


Sumber : Kisah Seram
Tags

إرسال تعليق

9تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!