Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru - baru ini , aku dan keluarga berpeluang untuk melawat kawasan kebun atau agrofarm yang terletak di Desaku , Kulim, Kedah. Untuk pengetahuan semua, Desaku ini terletak bersebelahan Lebuhraya Timur Barat iaitu jika anda melalui Lebuhraya Kulim Butterworth (BKE) menghala ke Kulim , dan meneruskan perjalanan ke Baling misalnya, anda akan nampak satu kawasan yang cantik di sebelah tepinya.
Desaku ini merupakan kawasan perumahan yang penuh dengan pelbagai tarikan, contohnya taman mengikut tema, kawasan pertanian , dewan yang begitu besar dan sebagainya. Beberapa tahun sebelum ini , kawasan ini hanyalah sebuah perumahan yang terbengkalai.
Untuk pengetahuan lagi, berhadapan dengan Desaku ini adalah taman perumahan rumah aku iaitu Taman Desa Aman. Jadi, boleh dikatakan sangat dekat Desaku dan rumah aku. Disebabkan sangat dekat, jadi aku dan keluarga mengambil keputusan untuk melawat kawasan pertanian atau kebun ini dengan lebih dekat walaupun masih belum siap sepenuhnya.
Baca Juga : [ Bercuti Ke Rockbund Fishing Chalet, Perak ]
Jom tengok antara gambar-gambar yang aku sempat ambil di kawasan ini.
Di sepanjang jalan masuk , anda akan nampak begitu banyak pokok yang ditanam berjuntai ke bahagian atas bumbung kawasan jalan kaki.
Pokok buah Tin
Kelihatan buah yang begitu banyak. Aku sendiri tak tahu nama pokok dan buah ini.
Pokok bendi
Nampak tak buah yang terjuntai itu buah apa?
Pokok cili
Boleh nampak di bahagian belakang , bahagian yang belum siap. Dipercayai ianya adalah taman rama-rama dan juga burung.
Pokok anggur! Aku paling teruja bila berada di kawasan ini. Sebab boleh lihat buah anggur dengan lebih dekat! Tak perlu lagi nak ke tempat lain yang jauh dan sebagainya!
Macam nak petik je buah labu tu!
Antara pokok yang ditanam di bahagian tengah kawasan
Pokok tomato! Pertama kali dapat lihat depan mata!
Kawasan yang masih kosong, in shaa Allah di masa hadapan bila dah siap , akan lebih ramai orang yang akan kunjungi taman ini.
Cantik kan? Buah betul tau tu!
Salad! Nampak sangat sedap sebab aku paling suka salad!
Pokok peria
Laluan yang masih kosong tanpa orang ramai
Sebenarnya ada beberapa bahagian lagi yang belum dijelajahi tetapi disebabkan cuaca yang agak panas dan ketiak masing-masing sudah berpeluh , jadi kami beransur pulang. Aku masih lagi terfikir bagaimana pokok-pokok yang memerlukan cuaca sejuk untuk hidup boleh tumbuh subur di kawasan ini.
Aku sangat teruja bila mana tempat untuk beriadah bersama keluarga berada begitu dekat dan senang untuk dilawati.
Kepada yang nak lawat kawasan ini , boleh cari Desaku di Kulim , Kedah
Sekian
Subhanallah.... subur2nya tanaman.... best tgk anggur tu rasa nak petik makan jer... x sia2 berbudi pada tanah
ردحذفeh yang dekat kulim tak kewujudan kawasan ni nanti boleh pergi singgah hihhi tq aerilll sharing
ردحذفMenarik untuk dilawati.
ردحذفTak berkesempatan lagi nak berkunjung ke sini...
ردحذفsangat luar biasa..
ردحذف