Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pengangkutan pada zaman sekarang tidak lagi dikatakan sebuah kemahuan tetapi telah menjadi sebuah keperluan. Keperluan untuk kita melengkapkan hidup terutama sekali dalam aspek menjalankan sesebuah kerja. Antara jenis-jenis pengangkutan yang familiar dengan kita adalah basikal, motosikal, kereta, keretapi, bot, kapal dan kapal terbang. Kita secara umum memerlukan motosikal atau kereta untuk ke tempat kerja, untuk menghadiri kursus, untuk berjumpa pelanggan, untuk menyampaikan sesuatu barang dan sebagainya. Malah jika kita bekerja di peringkat lebih tinggi dan memerlukan kita bergerak dari sesebuah negeri ke negeri yang lain, mahupun bergerak dari sesebuah negara ke negara yang lain, semestinya pengangkutan yang kita perlukan adalah kapal terbang. Yes ! Hari ini aku nak tulis neither short nor long entry talking only about kapal terbang.
Aku rasa sejarah kapal terbang ini semua orang tahu. Tapi takpe, aku cerita je sikit untuk refresh ilmu subjek sejarah kita semua. Kapal terbang ni dicipta oleh Wright bersaudara iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright pada tahun 1903. Kapal terbang yang dicipta pun tidak lah terus seperti kapal terbang yang kita lihat sekarang. Bermula dari seorang saja boleh terbangkan ia, then cipta lagi kuasa yang lebih untuk dua atau tiga orang naik terbangkan kapal terbang tersebut. Then dari terbang 10 kaki je adik beradik Wright ini tambah kuasa untuk naik setinggi 800 kaki. Makin lama dan makin banyak pengalaman, kapal terbang pun mula di tambahbaik untuk lebih ramai yang dapat naik dan makin selamat. Zaman sudah semakin moden, masa ni pun adik beradik Wright ni dah tiada di dunia, kapal terbang ditambahbaik lagi dengan peralatan penerbangan yang lebih canggih.
Dalam tempoh pertengahan sehingga pengakhiran kurun ke 19, kapal terbang ini dinaiki hanya oleh golongan bangsawan dan ternama. Selain itu, hanya businessman yang betul-betul kaya sahaja yang menggunakan kargo kapal terbang untuk mengeksport atau mengimport barang dagangan mereka. Then, pada tahun 80-an hingga 90-an pun siapa yang naik kapal terbang tu kira dia betul-betul kaya ataupun atas tujuan kerja yang global. Contohnya perdana menteri nak bergerak ke sesebuah negara atas lawatan kerja. Memang agak rare lah nak dengar orang sesuka hati naik flight time tu. Lepas masuk tahun 2000, makin bertambah kita dengar orang naik flight. Sehinggakan di Malaysia, KLIA iaitu lapangan terbang antarabangsa yang mula beroperasi pada tahun 1998, ditambahbaik sistem pengendaliannya untuk menampung jumlah para penumpang yang semakin meningkat. See, pengangkutan kapal terbang semakin berkembang pesat dan semakin dinaiki orang tidak kira golongan bangsawan mahupun golongan sederhana.
Tetapi, kini dunia telah benar-benar berkembang pesat, ekonomi semakin maju serta setiap perkara dalam dunia ni semakin canggih dan moden. Dunia di hujung jari orang cakap. Kapal terbang tidak lagi menjadi sesuatu yang rare malah rata-rata orang mampu menaiki kapal terbang. Bukan sahaja atas urusan kerja atau perniagaan, tetapi untuk melancong. Sama ada dalam negara mahupun luar negara, tiket kapal terbang sudah mampu dibeli oleh sesiapa saja. Hal ini kerana semakin banyak syarikat kapal terbang menyediakan kapal terbang domestic mahupun international seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air atau FireFly. Dengan competition yang ada, mereka terpaksa menawarkan cheap flight tickets untuk mempromosikan dan meraih lebih ramai penumpang bagi perkhidmatan kapal terbang mereka.
Setiap syarikat penerbangan mempunyai website pembelian tiket kapal terbang secara atas talian bagi penumpang yang prefer beli secara online. Sebabnya dengan pembelian online penumpang selalu dapat discount harga tiket lebih murah berbanding beli walk in di counter. Promosi dan popularity sesebuah syarikat penerbangan tidak akan tercapai dengan jayanya tanpa pertolongan website-website pelancongan, contohnya seperti website Traveloka.com. Di mana di website ini bukan sahaja mempromosikan hotel-hotel luar atau dalam negara tetapi turut mempromosikan syarikat penerbangan dengan perkhidmatan penerbangan yang lebih murah dengan discount yang diberikan. As a result, ibu bapa kita yang berkehidupan sederhana mampu pergi menunaikan fardhu haji atau umrah, remaja-remaja yang masih muda mampu melancong ke luar negara, businessman mampu pergi dan pulang ke sesuatu tempat yang jauh dalam masa satu hari, setiap hujung minggu ramai yang mampu pulang ke kampung halaman yang jauh bagi menziarahi ibu bapa. In conclusion, lihatlah perkembangan industry kapal terbang ini dapat memudahkan serta menyerikan lagi kehidupan sejagat kita semua.
Sekian
Zumal sorang je tak pernah naik kapal terbang...
ردحذف