Assalamualaikum dan salam sejahtera
KUALA LUMPUR: Akhirnya, kemarau emas sepak takraw selama 24 tahun berakhir apabila pasukan regu negara menewaskan tuan rumah, Indonesia di pentas akhir.
Kemenangan manis itu diraih penuh dramatik apabila skuad yang dikendali jurulatih Abdul Talib Ahmad bermula lesu apabila tewas 18-21.
Kelesuan berterusan dan kelihatan berada di ambang kekalahan apabila ketinggalan 11-15, namun keajaiban berlaku selepas itu apabila mereka bangun untuk kembali memberi tentangan hingga berjaya mengungguli set kedua dengan mata 22-20.
Kebangkitan Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias itu sekaligus meruntuhkan moral lawan, sehingga mata akhir set ketiga diperoleh untuk menamatkan perlawanan 21-11,
Ia juga mengubat luka kekalahan di final regu berpasukan pada Rabu kepada Thailand.
Dalam pada itu, tekong skuad sepak takraw negara Syahir yang bersyukur dengan kemenangan itu akui tidak bersedih apabila ditukar pada pertengahan permainan dengan diganti oleh rakan sepasukannya Muhammad Zulkifli Abd Razak.
"Saya tidak kecewa kerana ini adalah sebahagian daripada strategi jurulatih.
"Dari awal kita tengok memang servis saya orang dah boleh baca," katanya ketika ditemu bual wartawan penyiaran Astro Arena, Adam Abdul Karim di Bandar Sukan Jakabaring, Palembang.
Untuk rekod, kali terakhir skuad sepak takraw memenangi pingat emas pada 1994 semasa Sukan Asia di Hiroshima, Jepun.
Sumber : Astro Awani
Tahniah team takraw
ردحذفtumpang bangga dengan pasukan takraw Malaysia =)
ردحذف