Ahli Keluarga Kemalangan [Bahagian Dua]

Aerill Hassan
7


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini baru aku terbuka dan kelapangan untuk bercerita tentang ahli keluarga yang kemalangan. Sebelum ini, aku ada menceritakan dalam sebuah entri tentang salah seorang ahli keluarga kemalangan. Aku telah berjanji untuk menceritakan dalm entri lain dan Alhamdulillah, entri ini adalah entrinya.

.................................................

Ahli keluarga tersebut ialah Tokwan aku sendiri. Kisahnya begini, tokwan aku sudah berumur lewat 80-an. Sudah sangat tua dan beberapa tahun yang lalu telah mengalami strok sederhana yang menyebabkan pergerakannya terbatas dan memerlukan tongkat untuk berjalan. Beberapa hari kebelakangan ini, belia dilihat berkhayal dan seperti sedang terganggu di bahagian akalnya.

Kemudian, di suatu pagi, tokwan aku terkena sawan dan keras kejang di atas katil. Lalu, ibu saudara aku terus menelefon ambulans dan dibawa ke Hospital Kulim. Setelah diperiksa oleh doktor, tokwan aku mengalami pendarahan di otak dan memerlukan pembedahan dengan segera di Hospital Pulau Pinang.


Dengan segera, pagi itu juga tokwan di bawa ke Hospital Besar Pulau Pinang. Jarak antara Hospital Kulim dan Hospital Pulau Pinang agak jauh kerana perlu menaiki jambatan dan sebagainya.Setelah dibedah selama beberapa belas jam, akhirnya pada sebelah pagi lebih kurang 2 pagi pembedahan selesai dan tokwan aku dimasukkan ke ICU.

Selama 11 hari tokwan aku dijaga rapi di Hospital Besar tersebut di dalam ICU di mana dijaga rapi 24 jam oleh jururawat dan doktor. Waris tidak perlu menjaga 24 jam kerana semuanya dijaga rapi oleh pihak hospital.


.......................................................

Hanya seorang waris dibolehkan untk melawat ke dalam ICU tersebut setiap kali tiba waktu melawat. Pada mulanya, aku berjaya mengawal perasaan dan berjaya tanpa menitiskan sebarang air mata. Setelah semua ahli keluarga aku masuk seorang demi seorang, maka tibalah masa untuk aku masuk. Aku orang terakhir. Betapa sayunya hati melihat tokwan aku di atas katil dan di dadanya dibuat lubang untuk pernafasan serta di kepalanya jelas kelihatan balutan yang darahnya masih boleh dilihat.

" Beliau ada peluang 50/50 sahaja, iaitu 50% untuk kembali sediakala atau 50% untuk perkara sebaliknya."

Kemudian, selesai aku melawat, aku langkahkan kaki keluar bilik. Aku lihat adik aku sedang menggosok mata. Untuk pengetahuan, adik aku sangat susah untuk keluarkan airmata. Kemudian, kakak aku pula menangis diikuti mak aku. Kesemua ahli keluarga aku bersedih dan akhirnya aku sendiri mengalirkan airmata kesedihan.

.................................................



Setelah 11 hari, tokwan aku mula menunjukkan tanda-tanda positif dan akhirnya tidak lagi perlukan bantuan pernafasan. Walaubagaimanapun, tokwan aku masih belum sedarkan diri. Kemudian, tokwan aku dibawa pulang dan diletakkan di Hospital Kulim di wad biasa.  Walaubagaimanapun , penjagaan rapi masih diperlukan dan kali ini dibolehkan untuk ahli keluarga atau waris untuk menjaga selama 24 jam. Alhamdulillah, lebih dekat dan mudah untuk kami melawat dan menjaga.

..............................................

Alhamdulillah, setiap hari perkembangan positif ditunjukkan oleh tokwan. In shaa Allah dalam beberapa hari atau minggu lagi, tokwan boleh dibawa pulang ke rumah setelah beberapa alat bantuan dan katil dibeli untuk keselesaan di rumah nanti.


Jadi disini, aku nak minta sangat untuk semua supaya mendoakan kesihatan tokwan aku supaya sembuh seperti sediakala. 

Sekian.


Tags

إرسال تعليق

7تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Asalamualaikum Aerill..semoga tokwan segera sembuh ..berdoa lah pada Allah agar hari2 tua Tokwan ceria dan bahagia bersama keluarga yang menyayanginya.Amiin

    ردحذف
  2. Semoga tokwan saudara diberi kesembuhan dan kesihatan yang tiada taranya oleh Allah S.W.T.

    ردحذف
  3. Alhamdulillah...Semoga tokwan Aerill cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan..Amin

    ردحذف
  4. Moga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan dalam rutin harian menjaga tokwan Aerill.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!