Alhamdulillah, Konvo Tahun Ini!

Aerill Hassan
19


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Syukur alhamdulillah , akhirnya dapat juga aku menulis sepatah dua kata dalam artikel di blog ini. Sebenarnya banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku sejak beberapa minggu belakangan ini. Antaranya adalah kisah ahli keluarga yang jatuh sakit dan juga kemenangan aku dalam pertandingan anjuran laman beli belah online terkemuka di Malaysia.

Di beberapa hari atau seminggu lebih sahaja lagi, sesuatu yang besar akan terjadi iaitu Konvokesyen UiTM ke 89. Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai salah seorang graduan yang akan berkonvo pada konvokesyen kali ini. Alhamdulillah.

Kalau sebelum ini , ketika di diploma aku terpaksa menunggu hampir setahun untuk konvo selepas menamatkan pengajian. Manakala untuk ijazah pula , hanyalah 10 bulan sahaja waktu antara tamat pengajian dan konvokesyen. Alhamdulillah.

Akhirnya sampai juga masa untuk aku naik sekali lagi dan mungkin buat kali terakhir untuk berkonvokesyen. Selepas ini, mungkin sudah tiada lagi kerana sudah berkerja dan sebagainya.  Persiapan untuk konvokesyen telah dibuat dan in shaa Allah segalanya akan diceritakan di blog selepas konvokesyen kelak.

 Sekian.
Tags

إرسال تعليق

19تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!