Persiapan Konvokesyen 2018

Aerill Hassan
8


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum ini aku ada ceritakan bahawa pada 23 Oktober ini adalah tarikh aku berkonvokesyen. Sudah pastinya aku ada simpan sedikit duit untuk membeli barangan untuk dipakai ketika berkonvo. Antaranya adalah baju kemeja dan juga seluar. Di mana nak cari seluar dan kemeja yang cantik dan nampak segak tetapi dengan harga yang murah? Sudah pastinya di Brands Outlet.

Ketika sedang belajar di Shah Alam dahulu, setiap kali ada duit lebih pastinya aku akan singgah ke Brand Outlets yang terdekat dan akan membeli satu atau dua helai baju di sana. Sebabnya adalah ada promosi beli 1 percuma 1 dan sebagainya. Sangat seronok. Pilihan baju juga menarik.


Nak tahu kemeja dan seluar apa aku beli? Nantikan pada hari konvokesyen nanti. Kami ke lokasi kedai Brands Outlet terdekat iaitu di Aeon Bukit Mertajam. Alhamdulillah. Aku beli satu kemeja untuk aku dan yang percuma untuk ayah aku. Begitu juga dengan seluar, satu untuk aku dan satu lagi untuk ayah aku.

Selepas itu, kami bertiga ke KFC untuk menjamu selera. Rasa seronok dan gembira bila dapat belanja ibu bapa kita. Mana adik beradik yang lain? Semuanya tiada di rumah. Kakak aku berada di tempat kerja di Perai. Adik aku yang kecil di Bangi bersama maksu aku. Adik yang seorang lagi di Dengkil, UiTM Dengkil. Jadi, aku menjadi anak tunggal buat satu hari sahaja. Haha.

Sekian.

Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Husband sy pun suka beli baju kat brands outlet ni. Sbb harga dia murah sikit nak dibandingkan dgn kedai lain..huuhuu

    ردحذف
  2. selamat konvo, aerill.
    tahniah.
    akak konvo next year in shaa Allah :)
    can't wait.
    moga mak abah akak kekal sihat hingga saat tu.
    dah lama diorang paksa akak amik masters ni.
    so really hope that on my convocation day tu, diorang ada.

    ردحذف
  3. Wah dh nak konvo kan aeril, semoga success menempuh hari2 seterusnya. Amin

    ردحذف
  4. Brand Outlets memang best. Design cantik. Dan Tahniah. Selamat Berkonvo.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!