Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku telah ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari sahaja. Boleh dikatakan hampir 1 hari setengah aku berada di Kuala Lumpur untuk berjumpa rakan-rakan yang telah lama sebenarnya tidak berjumpa.
Salah satu sebabnya adalah kerana seorang kawan aku berasal dari Sabah juga turun ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, jadi aku juga turut serta untuk berjumpa kerana mungkin lambat lagi untuk berjumpa sekiranya aku tidak turut serta.
Jumaat pagi aku bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan, kemudian terus ke rumah mak saudara aku di Kajang2. Setelah berehat dan bermalam di rumah mak saudara, keesokkan paginya aku bertolak ke Subang Jaya atau lebih tepat lagi ke Subang Parade Mall untuk berjumpa dengan kakak angkat aku.
Di Subang Parade, kami lepak dan makan selama 1 jam setengah di Nando's Kitchen. Alhamdulillah, begitu banyak cerita dikongsikan bersama. Sudah hampir 1 tahun sebenarnya tidak bersua muka dan berkongsi cerita. Alhamdulillah.
Kemudian, aku bertolak pula ke KL Sentral untuk berjumpa rakan yang lain pula. Disebabkan KTM Komuter yang terlampau lambat, jadi aku mengambil GrabCar di Subang Jaya dan terus ke KL Sentral. Tambangnya adalah RM22.
Kemudian sampai di KL Sentral, bertemu dengan dua wanita cantik ini. Sudah lama juga tidak berjumpa. Seterusnya kami menaiki GrabCar dan terus ke Aswara [Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan.] untuk berjumpa kawan lelaki seorang lagi.
Kawan lelaki aku ini sebenarnya mempunyai persembahan pada petang tersebut jadi kami berkumpul di Aswara dan menonton persembahan beliau iaitu Bangsawan Badang. Beliau menjadi pengarah muzik bagi persembahan tersebut. Setelah selesai, kami ke Sogo pula dengan menaik GrabCar.
Sambil makan dan berborak tentang masa depan dan masa sekarang kami juga bergambar sebagai kenang-kenangan. Ye lah, sebab aku berada jauh diutara, jadi inilah sahaja masa yang ada untuk bergambar.
Setelah selesai kami berpisah kerana kawan lelaki aku ini perlu kembali ke Aswara untuk persembahan di sebelah malam. Manakala kawan perempuan berspek mata ini perlu berehat di rumah untuk kerja di sebelah malam. Jadi, tinggal aku dan seorang perempuan itu sahaja.
Kami terus ke Nu Sentral untuk berehat dan lepak selama satu jam sebelum masing-masing mengundurkan diri. Aku pula setelah jam 9 malam barulah aku bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke Kedah. Bas aku adalah pada jam 11 malam. Aku sememangnya suka untuk berada awal dan bersedia di tempat ketibaan bas.
..................................................................
Sebenarnya, jauh dilubuk hati aku aku ingin meluangkan masa lebih lama bersama mereka kerana kami sudah lama kenal. Sejak belajar diploma sehinggalah aku selesai ijazah. Banyak lagi perkara yang aku nak lakukan bersama tetapi kekangan masa dan sebagainya menjadi penghalang. In shaa Allah di bulan Februari tahun hadapan aku akan ke Kuala Lumpur lagi.
Sekian.
Kedah - KL
ردحذفHari2 pun boleh turun
Wah seronok berjalan2 jauh..tahniah hubungan siraturahim semakin erat..
ردحذف