Sertai Kejohanan Bowling, Masuk Longkang

Aerill Hassan
3


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada beberapa hari yang lalu, aku bersama rakan sekerja telah menyertai kejohanan bowling. Disebabkan yuran yang murah serta setiap peserta mendapat t-shirt, jadi aku sertai juga walaupun hanya pernah sekali bermain bowling iaitu ketika di tingkatan 4.

Sebenarnya aku agak gementar sebab ramai yang begitu hebat bermain bowling. Aku? Nak main pun tak reti, dah lupa sebenarnya. Aku dapat agak bahawa kesemua balingan akan menuju ke tempat yang sememangnya sudah pasti iaitu longkang.

.............................................................

Yang lebih membuatkan aku rasa gementar adalah aku menjadi ketua pasukan! Hahahaha, habislah nasib pasukan aku! Walaubagaimanapun aku dah jelaskan dari awal bahawa aku tidak pandai main bowling. Alhamdulillah, mereka memahami.

Tiba pada hari kejohanan, pada paginya aku dan ahli kumpulan ke kaunter untuk mengambil baju t-shirt. Kemudian, terus bermain dan berlawan sesama sendiri.

.........................................................

Seperti yang dijangkakan, hampir separuh daripada balingan aku masuk ke longkang! Aku begitu bangga apabila balingan bola itu mengenai pin. Untuk dapatkan STRIKE/SPARE dan sebagainya jangan harap! Sungguh menyedihkan.


Apa yang penting adalah semangat kesukanan, berseronok bersama rakan-rakan. Seronok melihat semuanya begitu bersemangat bermain sehingga ke titisan peluh terakhir. Aku juga seronok kerana dapat mengutip memori indah bersama rakan-rakan sekerja sebelum mengundurkan diri. 

Minta maaf kerana tiada gambar, sama ada gambar bersama rakan-rakan sekerja, gambar markah dan sebagainya. 

Sekian, terima kasih.
Tags

إرسال تعليق

3تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!