Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, baru sahaja masuk ke tahun baru 2019. Sungguh tak disangka bahawa tahun 2018 telah berlalu. Rasanya baru sahaja kita di awal tahun 2018. Rupanya sudah di tahun baru. Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk merasai tahun baru.
Pencapaian 2018
- Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda
- Menerima Anugerah Naik Canselor
- Mendapat Pekerjaan Pertama
- Mendapat Lesen Kereta dalam tempoh 1 bulan setengah
- Diluluskan Pengecualian Bayaran PTPTN
Alhamdulillah. Ini adalah beberapa kejayaan dan pencapaian aku untuk tahun 2018. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan rezeki sebegini untuk tahun 2018. In shaa Allah, aku mengharapkan sesuatu yang lebih mencabar dan lebih baik di tahun 2019.
Azam 2019
- Mendapat Pekerjaan Tetap dan Sesuai dengan Bidang
- Dapat membuat Simpanan secara konsisten di dalam bank
- Memiliki Kereta supaya memudahkan urusan
- Mempunyai kehidupan yang lebih Sihat & 'Sado'
- Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
- Dapat berbakti kepada kedua Ibu Bapa dan keluarga.
Rasanya itu sahaja impian dan azam untuk tahun 2019. Aku sangat berharap agar semuanya dapat ditunaikan. In shaa Allah.
Sekian.
Alhamdulillah... Semoga azam tahun 2019 juga tercapai dengan izinNya, insyaAllah
ردحذفTahniah dapat capai goal target untuk tahun 2018. moga azam 2019 terus consistent dapat pencapaian yang sama
ردحذفSemoga tercapai segala azam thn 2019 ini.. Tahniah!
ردحذفJemputlah join segmen d blog abam kie. Tq.
Tahniah atas pencapaian 2018. semoga azam 2019 tercapai :)
ردحذفtahniah untuk semua pencapaian 2018. terus success untuk cemerlang di tahun 2019 =)
ردحذف