Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahniah diucapkan kepada beregu badminton campuran terbaik Malaysia iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang telah berjaya menjadi juara pada Princess Sirivannavari Thailand Masters 2019. Untuk pengetahuan anda semua, mereka merupakan juara bagi edisi tahun lepas dan bermakna ereka berjaya mempertahankan kejuaraan mereka!
Beregu Chan Peng Soon / Goh Liu Ying berhadapan dengan beregu tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh / Sapsiree Taerattanachai dengan 21 -16 / 21 - 15.
Ini juga merupakan kejayaan sulung mereka selepas bergelar pemain professional, iaitu setelah mereka keluar daripada BAM [ Badminton Association Malaysia ]. Ranking BWF mereka ketika ini adalah di kedudukan ke 6 Dunia.
Tahniah diucapkan kepada mereka dan semoga mereka berjaya mendapatkan kejuaraan di kejohanan lain supaya dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020.
Sekian.
Tahniah.. Semoga mereka sukses selalu.
ردحذفTahniah pasukan Malaysia
ردحذف