Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru - baru ini, aku dengan keluarga balik kampung yang terletak di Jitra, Kedah. Perjalanan dari Kulim ke Jitra, kami pastinya akan melalui kawasan Sungai Petani. Di perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di sebuah kedai kek yang mempunyai tempat drive thru. Nama bagi kedai makan tersebut adalah Fairy Le Phénoménal.
Dari awal perjalanan lagi mak aku seringkali cakap yang beliau teringinkn kek. Jadi apabila kedai kek sudah berada di dalam perjalanan, why not kita singgah dan makan. First time sebenarnya aku singgah di kedai ini.
Tujuan utamanya hanyalah untuk makan kek, jadi kami memilik 6 kek yang berlainan jenis. Kek yang dipilih adalah sepotong kek sahaja bagi setiap jenis.
Gambar Ihsan Google
Kalau anda dapat lihat, di atas adalah gambar bagi ruangan kek dipamerkan. Hampir kesemua kek yang dipotong kecil tersebut di ambil. Harganya yang agak berpatutan membuatkan aku berasa lega kerana aku yang belanja untuk kali ini.
Aku dan Keluarga.
Di bawah adalah kek yang dipilih. Alhamdulillah, setelah selesai makan kek, kami semua kekenyangan dan beransur pulang ke Kulim. Mengenai kek, bagi aku ianya boleh dikatakan sedap. Ada juga yang tidak sedap dan pastinya kek yang tidak sedap itu tidak akan dipilih lagi sekiranya aku ke kedai ini lagi.
Alang-alang baru sahaja gaji, apa salahnya jika aku belanja keluarga. Apa pendapat anda semua tentang kek ini apabila melihatnya sahaja?
Menyahut seruan kerajaan terdahulu supaya berjimat cermat, jadi aku dan sekelarga memilih untuk meminum air kosong sahaja. Jimat dan menyihatkan sebab kek itu sendiri sudah manis, ditambah air manis, lagilah bertambah kandungan gula dalam badan kan?
Mengenai restoran itu pula, suasananya aku rasa sesuai untuk keluarga. Ruang dalaman yang besar. Tetapi apabila melihat menu, aku agak terkejut melihat harga bagi menu-menu lain selain kek. Ianya terlampau mahal dan mampu membuatkan aku menangis sekiranya itu yang dipilih untuk makan. Harga bagi sepotong kek bagi aku murah dan menepati citarasa aku.
Sekian.
Facebook : Fairy Le Phénoménal
Alamat : No 1, Jalan Cempaka 2/3, Amanjaya Square, 08000 Sungai Petani
ala ala sr ke? teringin nak try 😛
ردحذفsr tu apa ya?
حذفSecret receipe
حذفwahhhh.. sedap :)
ردحذفmmg sedap..
حذفmENARIK DAN NAMPAK SEDAP...
ردحذف#JMBELOG
alhamdulillah.. sedap..
حذفYg color cokelet tu rasanya sedap sb mmg suka kek cokelet
ردحذف