Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tajuk : Nota : 2
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : Jun 2016
Sinopsis
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : Jun 2016
Sinopsis
"Betul cakap Mama tu, Ray. Siapa kita nak menidakkan kisah hidup orang lain?"- Lisa.
Ray meraikan kejayaannya sebagai penulis setelah novel keduanya, NOTA, laris di pasaran. Kemudian, setelah dia membaca nota-nota bru yang diterimanya dari Intan Sofia, wanita yang membenarkan kisah hidupnya ditulis di dalam novel itu, dia menemui lebih banyak sisi gelap. Ini memberikannya idea untuk menghasilkan novel seterusnya. Dengan bantuan pembaca setianya Rumi, dia cuba menggali lagi kisah lampau wanita itu, mencari punca mengapa hidupnya berakhir dengan tragedi dan mahu memahami apa sebenarnya yang telah terjadi.
Apa yang Ray tidak sedari, tindakannya itu boleh membahayakan hidupnya sendiri.
Review :
Pada mulanya aku menganggap bahawa novel siri kedua Nota ini biasa-biasa sahaja. Tetapi sebenarnya ianya luar biasa. Novel Nota 2 ini membawa pembaca ke suatu tempat yang lebih menarik. Menarik dari segi jalan cerita, perkembangan watak dan juga tahap pemikiran.
Pembaca perlu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sebab ada beberapa perkara yang aku sendiri rasa macam perlu menggunakan fikiran aras tinggi. Elemen-elemen thriller di dalam novel ini juga aku rasa lebih banyak dan lebih padat berbanding novel siri pertama sebelum ini.
Jalan ceritanya aku rasa lebih kemas berbanding sebelum. Kemunculan watak baru, Rumi pastinya watak yang bagi aku bukanlah watak biasa-biasa.
Baca Juga : [ Review Novel Fixi : Nota oleh Shaz Johar ]
sequal NOTA belum baca lagi
ردحذفnice info.... อ่านนิยาย
ردحذف