Domino’s Pizza Memperkenalkan Pengalaman “EGG-CITING” bersama “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!

Aerill Hassan
3


Assalamualaikum dan salam sejahtera



SHAH ALAM, FEBRUARI 8, 2019 – Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti pelanggan denga piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut. 
Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.



Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang.”

Juga hadir pada pelancaran tersebut ialah Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami. 

Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s ini dihadiri oleh pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin.

Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.75 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.30 atau RM9.25 sebagai ala carte.



Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.

Untuk mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.

Sekian.

إرسال تعليق

3تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!