6 Cara Memotivasikan Diri Anda

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel tentang motivasi. Sebenarnya untuk masa sekarang ini aku sangat perlukan motivasi untuk melakukan aktiviti seharian. Bukannya apa, kadang-kadang ianya seperti tiada harapan untuk hidup atau kerja-kerja seharian dilakukan sekadar mengisi waktu yang lapang sahaja. Jadi , aku mencuba mencari motivasi dengan membaca artikel dan juga tulisan-tulisan mengenai motivasi. Di sini aku kongsikan apa yang aku baca.

#1 Mulakan dari sekarang dan biarkan motivasi yang mengejar anda


Anda tak perlu menunggu motivasi untuk datang menerpa, teruskan mencuba buat apa yang anda tengah usahakan sekarang ni, jangan hentikan usaha tu. Fail? Kalah? Terbuat salah? Daripada semua pengalaman ni, anda sebenarnya makin menghampiri kejayaan. Setelah kebal dengan semua ni, segalanya akan menjadi semakin mudah, lebih banyak pintu-pintu yang akan terbuka kalau sebelum ni tak nampak di depan mata.

#2 Mulakan walaupun dari perkara sekecil mana, andai kata langkah besar yang anda rancang tu boleh membawa kepada penangguhan

Terlalu terperinci dengan rancangan yang nak dilakukan, anda akan tangguh daripada nak buat benda tu. Yelah, bila dah detail sangat, anda secara tak langsung membayangkan proses yang terlalu sempurna sampai teragak-agak nak mengambil langkah. Terus mula sekarang dan secara tidak langsung motivasi kepada diri untuk mencapai target akan menyerap jiwa! Sedar tak sedar, anda sebenarnya makin menghampiri kejayaan yang diimpikan.

#3 Buang semua perkara dalam hidup yang mengganggu motivasi diri

Bila terlalu banyak gangguan, akan membuatkan anda hilang fokus, oleh itu, tutup internet kalau perlu, tutup pintu, silentkan phone anda dan fokus kepada diri, apa yang anda nak capai, dan langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Dari kebolehan untuk fokus ni, motivasi untuk berjaya akan makin menebal dalam diri. Fikiran lebih tertumpu dan tidak mudah tergoda dengan tarikan lain yang mengganggu misi anda.


#4 Sayangi diri walaupun sedang dalam kejatuhan atau mengalami kegagalan

Sangat penting untuk anda memotivasikan diri walau sedang berada di tahap yang paling rendah dan lemah dalam hidup. Secara automatiknya, ramai orang bila jatuh atau gagal, akan mula mengutuk diri sendiri, tapi percayalah, tak ada positifnya bila buat macam ni. Anda akan menambahkan rasa benci kepada diri sendiri, dan malas untuk meneruskan usaha. Jadi, apa kata kalau anda cuba buat macam ni lepas ni untuk memotivasikan diri: Layan diri anda macam kawan baik sendiri, apa nasihat yang anda akan bagi kalau nampak kawan baik terjatuh? Cuba bangun balik dan jangan pandang belakang lagi.

#5 Bandingkan diri dengan diri sendiri untuk melihat sejauh mana anda dah pergi

Cara untuk merasa bahagia dalam hidup ni adalah dengan mengelakkan dari banyak membandingkan diri dengan orang lain. Sebaliknya, untuk membantu motivasi diri, anda perlu banyak membandingkan diri dengan diri sendiri. Apa beza anda dulu dan sekarang? Semakin matang? Semakin banyak asam dan garam yang anda dah lalui? Banyak yang anda dah belajar? Melalui semua pengalaman ini, anda makin menghampiri kejayaan yang diimpikan.

#6 Bersyukur dengan apa yang anda miliki

Bila motivasi diri makin menghilang, sangat mudah untuk anda melihat segala aspek dalam hidup melalui kaca mata yang negatif. Untuk mengembalikan aura positif diri dan motivasi diri, tanya diri anda soalan seperti: Apa 3 perkara yang saya tak pernah bagi perhatian tapi patut bersyukur sebab ada dalam hidup? Mungkin katil yang selesa untuk tidur? Makanan? Tubuh badan yang sihat? Atau apa sahaja yang anda ada selama ni tapi mungkin tak semuaorang lain bernasib baik ada?

Bagaimana? Adakah 6 cara ini membantu anda? Alhamdulillah, sedikit sebanyak cara-cara ini membantu aku dalam menjalani hidup, walaupun sedikit, in shaa Allah lama kelamaan semuanya akan menjadi lebih baik.

Sumber : Maukerja.my
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni. Perkara 5 tuh mengingatkan KSarie kepada ucapan Matthew Mcconaughey masa dia menang Oscar untuk Best Actor. Antara intipati ucapannya termasuklah 'Be Your Own Hero'

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!