Bertemu Sahabat Baik

Aerill Hassan
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hi semua. Apa khabar? Baiklah untuk entri kali ini aku nak ceritakan kisah reunion aku dengan kawan baik aku, Asyraf. Agak lama juga kami tak berjumpa. Kali terakhir adalah ketika aku konvo pada tahun lepas. Itu pun jumpa untuk beberapa jam sahaja.

Untuk perjumpaan kali ini, alhamdulillah diaturkan dengan baik masanya. Asyraf ada temuduga di Kuala Lumpur dan kebetulan aku ada urusan di Kuala Lumpur pada hari yang sama. Selepas masing-masing selesai urusan yang dibuat, kami berjumpa di Subang Parade, Subang Jaya. Kenapa tak jumpa di KL? 

Sebab utamanya aku tak suka jalan jammed. Haha. Keduanya sebab Asyraf menumpang di rumah sewa abangnya yang terletak di Subang Jaya. Walaupun selepas jumpa aku kena pulang ke Kajang yang aku rasa agak jauh, tetapi tak mengapa sebab esok harinya Asyraf dah pulang ke kampung halamannya di Kuantan, Pahang.



Atur cara perjumpaan kami berdua hari tersebut hanyalah makan dan makan sahaja. Sementara menunggu Asyraf sampai ke Subang Parade, aku sempat menjamah McFlurry Oreo. Sudah lama rasanya aku mengidam nak makan benda alah ni. Alhamdulillah dapat juga.

Kemudian setelah Asyraf sampai , kami ke restoran Carls Junior. Kononnya burgernya nampak besar dan ayamnya besar, tetapi semuanya indah khabar dari rupa. Burgernya biasa-biasa sahaja dan ayamnya hanya bahagian kepak dan  peha sahaja. Yang boleh dipuji hanyala pada bottomless water, airnya boleh direfill banyak kali. Itu sahaja.


Kemudian kami terus bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing. Di mana masing-masing sedang struggle dalam mencari makna sebenar di dalam kehidupan. 


Aku dengan Asyraf kenal sejak tahun 2013. Ketika itu aku sedang belajar diploma manakala Asyraf Asasi. Kemudian terus rapat sehinggalah sekarang. Walaupun sekarang ni jarang jumpa tapi setiap kali jumpa rasa macam tak pernah berjauhan pun. Haha.

Sekian.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!