Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan blogger semua. Kalau diperhatikan sudah lama tiada entri terbaru. Minta maaf ya. Sebenarnya baru-baru ini ada satu perkara yang berlaku dalam diri aku. Seperti yang anda semua baca pada tajuk di atas, ya satu-satunya tokwan yang aku ada sudah meninggal dunia pada hari ahad yang lalu.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku terkilan. Pertamanya khabar berita arwah tokwan meninggal aku terima ketika aku berada di rumah maksu aku di Kajang, Selangor. Ketika itu aku bersama dengan adik aku dan juga maksu aku di rumah. Berita itu sampai apabila ayah aku membuat panggilan telefon pada maksu aku, kemudian barulah aku dan adik aku tahu.
Setelah mendapat berita itu, kami terus mengemas barang dan pulang ke kampung yang terletak di Merbau Pulas, Kedah Darul Aman. Untuk pengetahuan semua, arwah tokwan aku disimpan pada jam 6 petang. Ketika baru bertolak dari Kajang jam sudah menunjukkan pukul petang. Sempat kah?
Maksu aku memandu dengan begitu laju. Sepanjang perjalanan tiada sebarang lagu dibuka. Semuanya sunyi. Perjalanan terganggu apabila ada kesesakan di beberapa tempat.
Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan kami bertiga masih lagi belum sampai ke destinasi. Mak aku memberitahu bahawa terus sahaja ke masjid. Akhirnya kami sampai juga pada jam 6.30 petang, malangnya semuanya sudah selesai. Ahli keluarga terdekat semuanya berada di masjid menunggu kedatangan kami bertiga.
Perasaan aku ketika itu sangatlah terkilan kerana tidak dapat melihat dan mencium arwah tokwan aku buat kali terakhir. Kami bertiga sampai sahaja terus bersalam sesama ahli keluarga kemudian terus ke pusara arwah tokwan aku.
Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana semuanya selesai dalam masa yang cepat. Pada keesokkan harinya diadakan majlis tahlil di masjid, manakala hari berikutnya pula majlis tahlil di rumah.
……………………………………………..
Setelah beberapa lama akhirnya aku dapat menerima bahawa semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Untuk pengetahuan semua, aku pernah menceritakan kisah tentang tokwan aku yang sedang sakit :-
Aku nak minta rakan-rakan semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah tokwan aku. Semoga tokwan aku akan berada di kalangan orang-orang beriman. Amin..
takziah..alfatihah
ردحذفTakziah ...Semoga tabah terima pemergiaannya....
ردحذف