Batu Nisan Arwah Tokwan

Aerill Hassan
20


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Baiklah, untuk entri kali ini aku nak cerita tentang proses meletakkan batu nisan pada kubur arwah Tokwan aku. Seperti yang aku pernah cerita dalam entri sebelum ini, [KLIK SINI],  arwah tokwan aku baru meninggal dunia pada 17 MAC 2019, iaitu hampir sebulan yang lalu.

Keluarga aku telah menempah batu nisan pada minggu lalu, dimana ketika itu aku berada di Kajang, Selangor. Jadi, setelah aku pulang, batu nisan telah siap dan boleh diletakkan pada kubur.



Suasana di kawasan perkuburan, cuaca ketika itu hampir nak hujan. Jadi kami agak kelam kabut sebenarnya mengejar masa. Aku belajar benda baharu iaitu batu nisan untuk lelaki dan wanita berbeza dari segi rupa.



Inilah keadaan kubur arwah tokwan aku sebelum diletakkan batu nisan. Pokok yang ditanam telah layu. Jadi, aku dan ayah aku terus mengorek tanah sedikit kemudian meletakkan batu nisan pada tempatnya.


 

Inilah hasilnya selepas mengorek sedikit bahagian tanah tersebut kemudian padatkan tanah di sekeliling batu nisan tersebut. Di batu nisan tersebut terdapat nama, tarikh kelahiran, tarikh meninggal dunia dan juga umur ketika meninggal dunia.

Itu sahaja yang boleh dikongsi sehingga kini. Walaupun sudah hampir sebulan, tetapi aku masih merasakan ianya seakan-akan baru lagi terjadi. Semoga arwah tokwan aku ditempatkan Bersama orang-orang beriman. Aminn.

Al- Fatihah


Tags

إرسال تعليق

20تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. proses membuat batu nisan ni apa yang saya tahu ambil masa yang lama..arwah abah saya dulu sebulan kut baru siap..tp betul2 tak tahu yang batu nisan ppuan dan laki ni ada beza eh..apa bezanya..ok nak cari pakcik gugellah..alfatihah untuk arwah semoga ditempatkan bersama2 orang2 yg beriman amin

    ردحذف
  2. Alhamdulillah dah naik dah batu nisan kubur arwah tokwan aerill. Didoakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Amin.

    ردحذف
  3. innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah dicucuri rahmat. Banyak banyak bersabar ya atas kehilangan.

    ردحذف
  4. Takziah di atas kehilangan. Hanya doa dapat dititipkan buat yang telah pergi. Manakala kita yang tinggal nie jangan lupa mengirimkan kasih pada mereka, ye tak.

    ردحذف
  5. Salam takziah buat keluarga Aeril. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. Aminn. Btw, apa bezanya batu nisan lelaki dan perempuan? Nak tahu juga.

    ردحذف
  6. Takziah dari saya. Semoga arwah di tempatkan di orang yang beriman. Yang masih hidup perlu la beringat . Jadi la insan yang berhati baik dan jangan tamak.

    ردحذف
  7. Salam takziah.. Al-fatihah... Teringat juga pada arwah nenek huda yang meninggal awal tahun hari tu. Huda tak pernah melawat lagi kubur arwah atok sebab jauh.. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang beriman. Amin

    ردحذف
  8. Al Fatihah buat arwah tok wan moga ditempatkan di golongan orang beriman dan mendapat perlindungan di sana nanti aminnn...

    ردحذف
  9. Al Fatihah..
    Tak tahu pula kalau batu nisan untuk lelaki dan perempuan ada bezanya.
    Tapi elok juga adanya batu nisan ni kan.
    Mudah ahli keluarga nak melawat tanah perkuburan..

    ردحذف
  10. Ada beza ye batu nisan laki dan perempuan. Apa pun, semoga arwah tokwan awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. InsyaAllah

    www.maisarahsidi.com

    ردحذف
  11. Salam takziah... Semoga arwah tokwan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Good to know this. Iyalah sebagai manusia, kita kena juga ambil tahu bab2 beginikan. Untuk panduan kita juga.

    ردحذف
  12. Salam takziah .Semoga arwah tokwan di tempatkan di kalangan orang orang beriman. Actually saya pun sebenarnya baru tahu batu nisan untuk lelaki dna perempuan berbeza bentuk .Bila tengok betul betul baru nampak memang ada perbezaan .

    ردحذف
  13. Salam takziah. Al Fatihah untuk arwah Tokwan u, moga roh beliau ditempatkan dikalangan org org yg beriman, Aaminn.. i pun tak tau yg batu nisan lelaki dan perempuan ni berbeza rupanya.

    ردحذف
  14. Salam takziah buat awak sekeluarga. Pemergian yang tersayang memang memberi kesan pada kita yang tinggal ni.
    Semoga arwah tokwan ditempatkan dalam kalangan hamba NYA. Aamiin

    ردحذف
  15. Salam takziah ye. Semoga awk sekeluarga tabah menghadapinya. Tq ats perkongsian. At least dapat belajar sesuatu. Ada batu nissan memudahkan keluarga datang melawat.

    ردحذف
  16. Salam takziah buat awak sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman. Stay strong ya

    ردحذف
  17. Alfatihah. Sedih pulak bila tengok batu nisan dan kubur. Terus rasa insaf sekejap. Keep strong ya.

    ردحذف
  18. Salam takziah yea.. Moga cekal n tabah atas kehilangan.. Semoga roh arwah d tmpt kan pd org2 yg beriman..

    ردحذف
  19. My condolences to you an your family, take care and be strong.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!