Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tajuk : Penumpang
Penulis : Fee Anyau
Keluaran : April 2018
Sinopsis
Sekian.
Penulis : Fee Anyau
Keluaran : April 2018
Sinopsis
Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati dibunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya.
Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.
Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di Kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri : Adakah dia cemburu atau sangsi?
Review :
HEBAT! Itulah yang boleh aku kata selepas selesai membaca buku Fixi ini. Kisah ini pada mulanya aku anggap biasa-biasa sahaja, tetapi lama-kelamaan aku mula hanyut ke dalam kisah tersebut. Banyak perkara aku suka dalam novel ini.
Tema "bunuh diri" dan "depresi" aku rasa sesuatu yang dekat dengan remaja dan orang zaman sekarang. Kadang-kadang aku juga dapat merasakan ianya adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan aku dari segi kisah hidup watak di dalam novel ini.
Aku juga dapat merasakan wujudnya suatu perasaan "kesian" dan "Sedih" selepas selesai membaca novel ini. Hmmm. Terima kasih kepada penulis iaitu Fee Anyau kerana memberikan aku naskhah terbaik setakat ini. Dari awal sehingga akhir, aku terleka apabila membaca kisah mereka. Terima kasih Fee Anyau.
Sekian.
Ah... It reminds me about Ramlee Awang Murshid punya karya. Sesuatu yang menyentuh dunia peribadi kita. I kadang2 seram baca buku this genre because it feels alive apa2 lagi bab yg bunuh diri ni. Lik you say, i rasa kesian sedih pun ada.
ردحذفHow life should be simple kan?
betul tu. saya juga suka dengan karya RAM, banyak juga novel beliau yg saya dh baca.
حذفaida bukan pembaca novel, aerill.
ردحذفpe pun genre :) tak minat.
but if tukar ke filem / drama, then i'll watch.
more to non-fiction. facts. more interesting :)
owh ye ke. saya suka kedua-duanya. kadang2 untuk filem atau drama adaptasi novel, bagi saya kadang2 tak berapa nak ikut novel asal. :)
حذفCerita depresi ni mmg sesuai dgn zaman teknologi skng ni.
ردحذفByk orang yg megalami depresi tanpa sedar.
Buku ni mcm bes
bolehlah baca dan beli ya nnti :) mungkin boleh but review nnti
حذفdepresi dengan student kolej memang berkawan baik, mana nak catch up syllabus, mana nak fikir masalah kawan/housemates lagi, mana nak fikir serabut awek lagi. Ada kaitan dengan Nina ke Jai dapat jurnal Eddie?
ردحذفbetul tu. depresi sememangnya kawan baik :)
حذفlama tak baca novel..deperesi jangan dibuat main..kalau yang study , stress pergh boleh berlaku macam2..
ردحذفitulah... mmg nk kena tengok kalau2 ada rakan2 yg ada alami perkara sebegni
حذفTerima kasih kerana sudi membaca novel ni dan juga menulis sedikit review tentang novel kerana maaf kita memang tak suka baca novel heheheeh baca blog jer pandai lah wakakak tapi ini ada good sharing..
ردحذفhaha.. sama-sama kasih :)
حذفMacam thriller novel ni. Ingat nak cari juga sebab jalan cerita macam menarik. Tapi koleksi novel ni memamg semua best2. Hmmm “depresi” sangat bahayakan, terutama berlaku dikalangan remaja
ردحذفmmg best. novel ni antara novel fixi yang saya rasa jalan ceritanya bagus :)
حذفDulu-dulu memang rajin baca novel ni, tapi la ni tak ada masa nak membaca..banyak dok depan computer je. Sis kalau baca novel memang suka mendalami isi dan watak dlm cerita tersebut, kalau sedih memang berjurai airmata dibuatnya..seolah kita berada didunia mereka. Memang susah nak berhenti kalau baca novel ni..hehehe
ردحذفhahah saya pulak kalau nak baca novel kena ada masa yang agak panjang. kalau nak baca sekerat2 memang tak lah :)
حذفNasib baik aku tak berminat nak baca novel ni...tapi geram juga tengok tuan buat review buku ni. Saya memang suka sangat baca buku tapi lebih kepada motivasi, agama dan kewangan je. at least sebulan kena beli 2 buah buku baru dan habis baca sebelum hujung bulan. Kalau tak, elaun lain kena potong bawa ke elaun buku :)
ردحذفeh kenapa geram? haha bagus lah kalau begitu
حذفDah lama x baca novel, dulu selalu baca novel cinta, siap boleh menghayati watak dalam novel, memang terleka. Tapi bila baca review novel Fixi ni, nampak menarik untuk dibaca, memang depresi dikalangan remaja sekarang membimbangkan. Bagus penulis ni mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam penulisannya
ردحذفAkak suka baca novel, memang dari zaman remaja, tapi kalau yang berkisar depresi ni cam depressing pulak nak membacanya hihi
ردحذفBoleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?
Rajinnya ya baca buku. Sy nie xminat baca buku. Rasa sakit kepala kalau baca sbb nk kne berimaginasi membayangkan jalan cerita dia. Teringin juga nak baca buku2 fixi nie sbb remaja mostly suka baca buku2 fixi
ردحذفRawlins sekarang membaca novel-novel di bawah Buku Prima - kisah seram yang best. Paling best adalah hasil penulisan Darwisy. Terbaik!
ردحذفdulu zaman belajar ingat lagi ada kawan yg sangatlah sukakan novel2 terbitan fixi. Sekarang tak pasti dia masih suka atau tak. Tapi adik ipar saya pun sangatlah suka novel fixi.
ردحذفWahhh this is so scary, I usually read romance or chicklit books those suit me more
ردحذفNowadays i hardly have time to read novels, but if i do usually i ready about romance and comedy.
ردحذف