BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

Aerill Hassan
17


Assalamualaikum dan salam sejahtera

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

Hari ini aku nak kongsikan dengan pembaca semua tentang satu produk yang aku berpendapat sangat bagus dan berkualiti. Kebiasaannya produk yang bagus dan berkualiti pastinya aku akan guna buat jangka masa yang lama sebab ianya terbukti berkesan dan sebagainya. Produk yang aku maksudkan adalah BIOCHO Pomade.

APA ITU POMADE?

Sebelum itu, mari kita kenali itu apa pomade. Kadang-kadang ada yang tak tahu apa itu pomade ya.

"Pomade (/pɒˈmeɪd/; French pommade) is a greasy, waxy, or a water-based substance that is used to style hair. Pomade generally gives the user's hair a shiny and slick appearance. It lasts longer than most hair care products, often requiring multiple washes to completely remove. The original pomade of the eighteenth and nineteenth centuries consisted mainly of bear fat or lard." - Wikipedia

ULASAN & REVIEW

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

Aku merupakan pengguna tegar pomade. Kalau aku tak pakai pomade atau produk pada rambut, aku akan pakai topi. Jadi, bila tiada topi, aku mencari pomade yang betul-betul sesuai dan juga tahan lama dari pagi sehinggalah petang contohnya. Produk yang aku pakai sebelum ini ada yang bagus dan ada juga yang kurang. Salah satunya adalah bila aku pakai, lama kelamaan aku rasa macam rambut aku jadi lain, lain yang bermaksud tidak baik.

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

Jadi, setelah aku mencuba BIOCHO Pomade ini, aku dapati ianya berbeza daripada produk pomade yang aku pakai sebelum-sebelum ini. Pertamanya bau yang harum dan segar. Baunya macam mana ya aku nak jelaskan, mungkin anda perlu beli dan cuba untuk ketahui baunya. Aku sangat suka bau pomade ini.

Keduanya struktur pomade ini tidak melekit-lekit. Itu yang aku suka, kadang-kadang rasa melekit-lekit yang aku tak suka. Seterusnya adalah pomade ini tahan lama! Siapa yang tak suka? Sebab itulah tujuan utama apabila menggunakan pomade kan?

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

Jadi, itu sahaja ulasan aku setelah menggunakan BIOCHO Pomade ini. Aku sangat mengesyorkan anda semua untuk menggunakan pomade ini ya. Bolehlah beli untuk diri sendiri, untuk rakan-rakan , teman lelaki, ayah dan sebagainya. 

BIOCHO POMADE
Apa tu pomade? Pomade pada asasnya merupakan produk penggayaan rambut yang diformulasi daripada minyak, lilin atau bahan air. Apa yang membuatkan pomade semakin mendapat tempat di pasaran adalah kerana ianya tahan lama bila dipakai dan mudah untuk digayakan dalam apa juga gaya rambut yang diinginkan.


BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

1. Pomade Jenis Gel
Dihasilkan dari bahan-bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polimer, alkohol dan karbome. Pomade ni senang untuk digayakan dan mudah dicuci TETAPI boleh mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan kehilangan rambut. Pomade ni juga tak sesuai untuk kulit sensitif kerana boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur dan kegatalan.

2. Pomade Orthodox Berasaskan Air
Pomade ni merupakan kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah untuk dibentuk dan dicuci. NAMUN pomade ni masih mengandungi baham kimia yang boleh mengeringkan kulit kepala, menyingkirkan minyak semulajadi rambut dan menyebabkan kegatalan.


BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

3. Pomade Unorthodox Berasaskan Air
Pomade ni merupakan campuran lilin dan minyak dengan air menggunakan synthetic emulsifer yang mudah untuk digayakan dan dicuci. Walaupun pomade jenis ni mampu melembap dan melindungi rambut NAMUN kandungan bahan kimia seperti paraben dan pewangi sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kulit kepala.

4. Pomade Berasaskan Minyak
Dihasilkan daripada lilin seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral.  Tidak mengandungi bahan kimia dan baik untuk kulit kepala dan rambut. TETAPI masalah utama pomade jenis ni ialah  ianya sukar dibasuh rambut  dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat.

Sekarang dah tau kan 4 jenis pomade yang ada di pasaran. Tapi tiada satu pun pomade yang sesuai untuk digunakan setiap hari untuk jangka masa yang lama kan. Memahami masalah tu, RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade.

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

BIOCHO Pomade  ini dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara kandungan lain yang ada dalam BIOCHO POMADE adalah  :

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

1. Minyak Argan
Kaya dengam nutrien untuk rambut seperti asid lemak dan vitamin E. Antara manfaat minyak Argan ialah ianya mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut, bersinar serta mudah digayakan. Asid lemak di dalamnya penting dalam mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan.

Minyak Argan juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang.

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

2. Minyak Rosemary
Minyak Rosemary kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur kimia utamanya seperti carnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid. Antara fungsi minyak Rosemary ialah menggalakkan pertumbuhan rambut serta membantu bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut.

3. Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil)
Antara manfaat Minyak Zaitun Tulen ialah mengurangkan masalah rambut bercabang & kerinting, menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengunci kelembapan rambut dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.

4. Minyak Kelapa Dara (Pure Coconut Oil)
Seperti yang kita tahu, minyak kelapa mempunyai khasiat yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat minyak kelapa ialah mampu menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar, melindungi rambut dari kehilangan protein, bertindak sebagai anti kelumumur semulajadi, meningkatkan kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan & kulat dan menyokong pertumbuhan rambut.

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia


5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan BIOCHO Pomade ni? 

1. Dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia seperti paraben, pewangi sintetik dll.

2. Rambut lebih mudah untuk digayakan, tahan lama serta senang untuk dicuci tanpa meninggalkan sebarang lekatan.
BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

3. Tekstur pomade yang tidak melekit mudah untuk diramas pada rambut.

4. Memberi khasiat dan manfaat kepada rambut  agar lebih sihat, lembut dan bersinar secara semulajadi.

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

5. BIOCHO pomade ni sangat sesuai untuk lelaki yang ada masalah kulit sensitif, kelumumur dan kegatalan kulit kepala. Sebab kandungannya berkhasiat untuk kulit kepala dan tidak menyebabkan sebarang keradangan.

 BIOCHO Pomade

BIOCHO Pomade | Pomade Semulajadi dan Bebas Bahan Kimia

Untuk anda yang berminat nak beli atau nak jadi pengedar produk BIOCHO, korang boleh order melalui WhatsApp di http://www.wasap.my/60164907155/pomade atau beli di Shopee Shop di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang BIOCHO Pomade dan produk-produk lain korang boleh layari laman web atau FB page seperti di bawah : 


Sekian.
Tags

إرسال تعليق

17تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah first time dengar passal brand ni;. informative artikel ni sbab banyak tau bnda2 pasal pomade. haha dekat pasaraya ada jual tak agak2? bolehla try pakai nanti

    ردحذف
  2. Bagus ada pomade yang guna bahan bahan natural ni. Sebab biasa banyak pomade dekat luar sana kita tak tau apa kandungan dia kan. Benda nak pakai dekat badan kan, kalau boleh kena lah bahan bahan natural. baru selamat

    ردحذف
  3. Sis memang suka kalau lelaki pakai pomade yang wangi ni. Hehe. Bolehlah suggest kat 'kawan lelaki' cuba brand ni pula.

    ردحذف
  4. asben aida x guna pomade. still kolot - guna code10 hi hi hi hi...
    maybe boleh suggest ko pomade ni.
    bahan natural gitu ekk dan tak berminyak :)
    yg penting, bau nyer. bcoz, kalau yg berbau tengit tu, i is dun like la, aerill.
    rimas!!!

    ردحذف
  5. Kita ni tak suka pakai Pomade sebab banyak yang kat luar sana tu keras dan juga ada tinggal kesan pada kulit kepala tapi bila baca yang Biocho ni mcam tertarik lak nak beli hehehe kita rambut tak ada sangat jadi sesuai lah wakakakaka...

    ردحذف
  6. Sebabkan kat rumah sis ni x dak lelaki so tak tahu adanya pomate ni..hehehe.
    Nanti bolehlah sis rekomenkan kat adik beradik sis..sure diorg suka

    ردحذف
  7. laki kita takda rambut tapi boleh suggest dekat anak buah..dah besar la ni di apakai minyak rambut apa tak tau..tapi ni menarik sebab wangi dan bahan natural.pertama kali tengok ni

    ردحذف
  8. Bagus la product ni sebab bebas kimia, Wangi pulak tu.
    Boleh Mat Drat suggest kat anak, dia orang je yg pakai Pomade ni, Mat Drat tak muda ni tak pakai Pomade dah.. 😁

    ردحذف
  9. Bagusnya penggunaan bahan semulajadi. Ingat nak cari satu buat anak sbb dia prob pakai certain brand sbb menyebabkan kelumumur

    ردحذف
  10. bagusnya dwi fungsi! Sambil kacakkan penampilan luaran, produk ni bagi rambut sihat juga dari dalam. Jimat duit tak payah beli banyak produk. Nak travel pun senang, jimat space!

    ردحذف
  11. Zaman sekarang ni memang kebanyakan lelaki lebih memilih untuk pakai pomade berbanding minyak rambut. Adik and suami Nad pun pakai pomade. Tapi kita sebagai perempuan ni memang tak pandai la nak bezakan pomade jenis apa tu hehe.

    ردحذف
  12. husband emi pulak jenis tak suka pakai pomade. dia duk pakai aloe vera gel je kat rambut. tengok kat pasaran macam2 jenis pomade ada dijual.

    ردحذف
  13. Suami tak pernah pakai pomade.
    Sebab selalu tengok yang kat luar tu ada yang jenis harga murah sngt.
    Risau rambut rosak.
    Yang ni nampak macam okay. Dari segi kandungan bahannya pun kan.
    Boleh la suggest.

    ردحذف
  14. susah nak cari pomade yang bebas bahan kimia dan bagus untuk kulit kepala. sebab tu sekarang saya tukar gel aloevera. btw boleh cuba ni nanti.

    ردحذف
  15. pomade bebas bahan kimia ? ni baru bagus sebab kalau tak kena gaya rambut boleh cepat beruban tau ....so sebaiknya elak guna pomade yg terlalu wangi dan bewarna ....

    ردحذف
  16. Product ni memang bagus untuk kaum lelaki, i baca semua ingredients nyer berasaskan herbal and natural.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!