Cara Pikat Bakal Majikan Ketika Jawab Soalan Temuduga

Aerill Hassan
15


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baiklah. Untuk kali ini aku nak kongsikan kepada mereka yang sedang menunggu untuk ditemuduga dan juga sedang mencari kerja. Ada beberapa panduan untuk anda menjawab soalan ketika temuduga. Kebiasaannya ramai yang akan tergagap-gagap atau berdiam diri apabila bakal majikan bertanyakan sesuatu kepada anda ketika temuduga.


Jangan ingat bahawa hanya melalui CV dan RESUME anda sahaja akan dinilai, tetapi melalui temuduga dan juga cara anda menjawab soalan. Setelah anda hantar CV dan RESUME anda yang sungguh hebat dan sememangnya berkualiti, kini tiba masa untuk ditemuduga.


Disini aku kongsikan 15 soalan dan bagaimana untuk anda menjawab soalan itu dengan berkesan dan mampu memikat bakal majikan anda. Semoga bermanfaat.


#1 Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?

JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat. 

Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat encik/puan ini sebagai institusi untuk saya belajar perkara-perkara baru.

#2 Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?

JAWAPAN:Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya, saya mahu mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.

#3 Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?

JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri khursus pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti… (beri contoh).

#4 Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?

JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di samping menanam sifat sabar.

#5 Apa Ekspektasi Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?

JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara professional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.




#6 Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?

JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah, dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.

#7 Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?

JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan sentisa dapat menyiapkan kerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.

#8 Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?

JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala kita tidak dapat menjangka sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak msalah tersebut dariapda mempengaruhi emosi diri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.

#9 Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?

JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi motivasi kepada diri saya secara profesional.

#10 Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?

JAWAPAN: Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi jawatan tertinggi dalam syarikat malah mampu mengurus portfolio penting dalam syarikat ini.


#11 Apakah Anda Merasakan Yang Anda Sudah Berjaya?

JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada pelbagai cabaran hidup, saya juga berasa untung kerana dapat kenal dengan ramai rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.

#12 Apa Kelemahan Anda?

JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.

#13 Apa Kekuatan Anda?

JAWAPAN: Saya lekas belajar, merupakan rakan kerja yang aktif dan boleh diharap.

#14 Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamahkan Anda Untuk Menyelesaikan Sesebuah Projek?

JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang oenting adalah saya bisa memperolehi pengetahuan baru dalam projek itu nanti. Saya teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.

#15 Ada Apa-Apa Soalan?

JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya adalah peluang keemasan untuk anda membina satu hubungan dengan si panel yang menemu duga.

Banyak soalan yang boleh ditanya termasuklah:-

“Apakah cabaran terbesar yang dihadapi syarikat ketika ini?”
“Boleh beritahu saya serba sedikit tentang dengan siapa saya akan bekerjasama jika saya diterima kelak?”



In shaa Allah , semoga anda dapat menjawab soalan-soalan temuduga nanti mengikut apa yang ditunjukkan. Sedikit pesanan agar berhati-hati supaya cara anda menjawab soalan nanti tidak kelihatan seperti anda menghafal jawapan ya. Oh ya, sebagai tambahan, anda juga boleh menyertai leadership skills courses singapore untuk menambah kemahiran dan sebagainya. 



Sekian


Sumber : Wanista | theguardian.com | google image | giphy.com


Tags

إرسال تعليق

15تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bagus sharing ni!!mana tau berguna ketika interview nanti!

    ردحذف
  2. Info yang baik untuk mereka yang akan menghadiri temuduga. Dulu pun masa temuduga pun cuak. Ada sekali tu temuduga yang ketiga....penemuduga campak resume. Perghhh memang bergenang airmata. Rasanya dia nak check tahap kita mengendalikan stress. Memang tak dapat la sebab menangis. Hehe...masa tu freshie. Baru grad. Mana ada pengalaman.

    ردحذف
  3. Nice sharing. Saya nak pinjam entry ni untuk saya pancaran pada students saya yang bakal menghadapi dunia bekerja tahun depan. Biar dia tau persediaan macam mana

    ردحذف
  4. Wah,terbaiklah..boleh praktik ni.selain jawapan yang bagus,boleh meningkatkan keyakinan diri ketika bercakap dengan mereka yang berpengalaman dan berjaya...

    ردحذف
  5. Tips Bagus untuk Yang sedang mencari kerja . Yang penting be humble and confident when you talk . Try to prepare well before interview.

    ردحذف
  6. Ala kenapa tips ini keluar saat kita dah dapat kerja hehehe kalau dulu boleh kita gunakan tapi anak muda sekarang perlu tahu tips dan panduan berguna ini bagus...

    ردحذف
  7. SHaring yang sangat diperlukan oleh bakal-bakal yang akan mengalami fasa temuduga ni. Boleh buat rujukan kat entri ni. Thanks sharing!!

    ردحذف
  8. Nice gila !! Mudahlah nak rujuk lepas nie kalau ada interview. Sebab selalu memikirkan jawapan dan praktis kat rumah apa yg nak dicakap. Tp bila time iv, blank terus. Hahahaha. But baguslah cara jawapan soalan2 yg common ditanya ketika iv

    ردحذف
  9. Sharing yang sangat bagus. Siap ada contoh video lagi. Harap ramai akan jumpa entri ni tuk persiapkan diri mereka b4 ke interview.

    ردحذف
  10. Nice one! #3 tu quite menarik, cuma nak kena pastikan betul-betul lah pergi menambah ilmu bukan duduk kosong saja hahaha

    ردحذف
  11. Rasa macam hebat jawapan ni. Kalau la dulu terbaca info ni, memang keyakinan tinggi melangit ni kalau nak pergi interview kerja. 😄😄
    Walaupun untuk diri sendiri macam dah tak layak, boleh share kat adik adik nanti.

    ردحذف
  12. senang ramai yg tak sure apa possiblity soalan di tanya time interview dan jawapan boleh je rujuk sini..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!