Assalamualaikum dan salam sejahtera
via GIPHY
via GIPHY
Review
via GIPHY
Baru-baru ini aku mendapat peluang untuk merasai sendiri satu produk baru daripada restoran makanan segera terkenal iaitu McDonald. Sudah banyak kali juga aku nampak iklan dan juga review daripada rakan-rakan berkenaan McDonald Portuguese Chicken Burger. Untuk review kali ini, aku akan ceritakan tentang pendapat peribadi aku mengenai rasa dan juga apa yang menarik tentang produk terbaru ini.
Sebelum itu, jom kita lihat iklan di laman web McDonald. Boleh dilihat bagaimana burger itu kelihatan di dalam gambar, adakah ianya sama apabila sampai kepada pelanggan?
You’ve tasted Korea. But have you gotten a taste of Portugal? Head over to McD and enjoy crispy chicken patty, dipped in spicy and flavourful Portuguese Sauce! Spicy and savoury, with a hint of Nyonya-inspired flavour. Tempted much? Order now to try the NEW Portuguese Chicken Burger today
Daripada ayat untuk promosi, aku dapat simpulkan apabila aku mencuba nanti aku akan merasa crispy chicken patty, dipped in spicy and flavourful Portuguese Sauce & Nyonya-inspired flavour.
Review
Okay, sebagai pencinta makanan dan juga ketika itu agak lapar, aku sangatlah meletakkan harapan yang tinggi apda burger ini. Nampak sangat menyelerakan dan sebagainya. Aku nak beritahu bahawa aku tidak tahu bagaimana sebenarnya rasa Portuguese flavour ya.
Pertama, chicken patty yang aku dapat tidaklah se-crispy mana pun. Mungkin kerana disertakan sekali dengan kuah, yang membuatkan tahap ke-crispy-an berubah atau sebagainya. Walaubagaimanapun masih lagi boleh diterima ya.
Kedua, Portuguese sauce rasanya seakan-akan dengan RENDANG! Pada mulanya aku anggap mungkin hanya pada gigitan pertama, tetapi dari awal hingga habis rasanya sama dengan rendang yang sering di masak ketika hari raya dan sebagainya. Terus membuatkan aku teringat akan suasana hari raya. Haha
Mungkinkah rasa Portuguese itu rasanya rendang? Jadi, aku agak keliru disitu. Mungkinkah ini yang dikatakan rendang crispy?
Ketiga, untuk portion bagi burger ini aku rasa okaylah. Secukup rasa untuk setiap bahagian, roti burger, sayur, kuah dan juga ayamnya. Sebenarnya dalam banyak-banyak burger yang ada, aku teringin sangat nak rasa Krabby Patty. Selalu menonton Spongebob Squarepants, terliur tengoknya. Haha
Baca Juga : [ Review Maggi Pedas Giler Perisa Ayam Bakar ]
Secara keseluruhannya, aku rasa burger ini ditahap boleh tahan. Ada banyak lagi burger lain yang aku rasa lebih sedap dan juga rasa yang menepati citarasa aku sebagai seorang pencinta makanan. Mungkin untuk anda, burger ini sesuai dengan citarasa anda. Burger ini juga aku rasa sesuai dihidang ketika perayaan hari raya, kerana ianya menepati tema rendang.
Untuk sesiapa nak cuba burger ini bolehlah ke restoran McDonald terdekat atau boleh sahaja membuat pesanan secara online.
Sekian.
Sumber : Mcdonald | Giphy.com
aku expect tinggi juga pasal burger ni. tapi kalau rasa rendang, macam spoil sikit je ni haha
ردحذفokay ja sebenarnya. takdalah spoil mana pun :)
حذفSedap je nampak burger portugal ni. Sos yang ada membasahi petty buatkan orang rasa nak makan. Tambahan air Fanta tu kan. Konpem nak makan sampai tak ingat kira kalori. Hihi
ردحذفbolehlah try ya nnti. untuk cita rasa saya ianya ditahap memuaskan :)
حذفTak pernah lagi cuba berger yang ini. Nampak macam menarik dan sedap. Ingat nak cubalah. Terliur dengan sos dia. Nampak mengancam sungguh
ردحذفboleh cuba ya nanti. rasanya dalam tempoh masa yang terhad sahaja. :)
حذفokay tak jadi nak beli
ردحذفTak pernah cuba lagi burger ni. Tak perasan tentang burger ni. Ada la baru2 ni gi McDonald's. Sos rendang. Hmmm macamana la tu...agaknya rasa macam rendang ayam tak?.
ردحذفWah... Sekarang ada pulak makanan portugal Kat MCD... McDonald Portuguese Chicken Burger. Tunjuk budak mesti nak. Nampak sedap betul.ala ala flavor mcm rendang mesti sedap
ردحذفnak cuba tapi sampai ke sudah tak makan padahal tiap minggu pergi mcd. tengok ramai jugak budak youtube buat foodreview pasal burger portugal ni. eh macam rendang je rasa? baik makan GCB lagi sedap
ردحذفSaya ada baca review dari public. Ramai komen tak sedap. So tak try lagi burger ini.
ردحذفSaya dah cuba. boleh tahan jugak rasa dia. memang rasa lain dari yang lain.
ردحذفPeh nampak sedap. Iklan pon menarik.. Rasa rendang ye kuah dia.. Kena cuba ni.. Pastu kita ramai2 syorkan kat mcd buat resipi ni setiap kali raya. haha.
ردحذفMacam menarik. Tak tahu pun mcd ada burger baru. Dah lama x ke mcd sebenarnya, hehe. Nanti nam try la.
ردحذفHahahah adoi, Portuguese rasa rendang eh? Rasa kelakar pulak baca ayat Aerill tu. Mungkin just bagi nama je camtu kot, maybe memang rempah rendang? Ahaha. Ada dengar jugak pasal burger ni masuk Malaysia tapi belum berkesempatan lagi nak try.
ردحذفBurger ni tak rasa lagi..belum nak pergi ke Mcd lagi, tapi nak cuba juga, biasalah, burger kat Mcd bila keluar mestilah cuba kannn
ردحذفBelum pernah lagi cuba, nampak cam menarik so nak cuba jugak supaya tak ketinggalan dan tahu macam mana rasa dia. Kalau sedap boleh le berkali kali makan, kalau tak sedap makna sekali je le..atleast kita dah tahu..hehehe
ردحذفsetiap kali tengok iklan mesti tertanya rasa portugese tu macam mana sebab tak makan makanan portugese. hehe. part rendang crispy tu teringat rancangan masterchef terus. haha
ردحذفnk kena try ngak la nanti
ردحذفYummms terliur dah beberapa kali i ate this burger, i like the spicy piri-piri sauce and the chicken pun sedap. Memang best!
ردحذفTibe2 rasa terkeliur pulak. Nk kene try ni sbb selalu tgok mcm x nk je. Nk rasa juga la. Thanks share review ni. hehehe
ردحذفNampak sedap tapi haritu ada juga terbaca di twitter rasa dia biasa je. Tak sempat lagi nak cuba tapi serius teringin nak rasa mesti unik juga kan rasa dia. Try la ayam mcd yang pedas kaw kaw tu nanti
ردحذف