10 Lagu Tradisional Dato Sri Siti Nurhaliza Terbaik Sepanjang Zaman

Aerill Hassan
35


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Adakah anda penggemar lagu nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza? Jika ya, pastinya anda tidak akan lari daripada mendengar lagu tradisional yang dinyanyikan beliau. Beliau mempunyai 4 album solo tradisional dan sebuah album duet tradisional. Hingga kini, lebih daripada 40 buah lagu tradisional telah beliau rakamkan.


ALBUM SOLO TRADISIONAL

Cindai (1997) > 10
Sahmura (2000) > 10
Sanggar Mustika (2002) > 10
Lentera Timur (2008) > 11

Jadi, tanpa sebarang sebab aku nak senaraikan 10 buah lagu tradisional nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza terbaik sepanjang zaman. In shaa Allah sekiranya beliau menghasilkan album tradisional lagi, mungkin senarai ini akan berubah.

10 LAGU TRADISIONAL DATO SRI SITI NURHALIZA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

10. MASRI MANIS (SAHMURA)

"Ayam menegur itik, orang kampung mengejek
Ayam berlari itik jalan kedek-kedek
Hati-hati cik adik nantikan abang balik
Orang kampung berbisik, detik tak detik".

>Penulis Lirik : Khir Rahman
> Komposer : Khir Rahman

Salah sebuah lagu yang membuatkan aku lebih mengagumi Siti Nurhaliza dan juga pencipta lagunya iaitu pelakon hebat, Khir Rahman. Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa lagu ini dicipta oleh beliau. Rasanya kali terakhir dinyanyikan adalah pada Konsert Lentera Timur (2013).

9. SULAM SEMBILAN (SANGGAR MUSTIKA)
Persembahan beliau ketika di Konsert Lentera Timur 2013.

"Pergiku bak guruh hilang suara
Pergimu bak air mengalir sepi
Janji, kata indah yang membara
Semarak kasih suci, bukannya mimpi".

> Penulis Lirik : Lokgha
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Satu lagi lagu yang aku suka kerana penceritaan di dalam lagu ini sungguh puitis. Anda boleh lihat liriknya yang begitu bijak. Nyanyian Siti Nurhaliza semestinya tidak dapat disangkal lagi, sangat hebat ya! Kali terakhir nyanyian lagu ini adalah pada Konsert Lentera Timur 2013.

8. YA MAULAI (SAHMURA)

"Pintaku padamu bintang
Kirimkan aku sinarmu
Moga jadi kencana
Hiasan kasih dijiwa ku".

> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi

Salah satu lagu malar segar ciptaan komposer tersohor, Allahyarham Pak Ngah Suhaimi. Persembahan lagu ini ketika di Anugerah Juara Lagu 2001 semestinya masih diingati sebagai antara persembahan Siti Nurhaliza terbaik. Antara penambah penyedap lagu ini adalah part "ghasidah" yang sangat merdu. Lagu ini turut tersenarai dan dinyanyikan ketika Konsert Siti Nurhaliza Live at Royal Albert Hall London (2005) .

7. CINTA INI (LENTERA TIMUR)

"Marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
Saling mengerti dan sudi menerima
Kita manusia biasa,
Marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang Kuasa
Saling berpadu hati untuk berdua
Dalam dakapan mesra".

> Penulis Lirik : Katon Bagaskara
> Komposer : Katon Bagaskara

Cinta Ini merupakan salah satu lagi daripada album Lentera Timur (2008) yang aku suka. Persembahan vokal yang sangat  "best" daripada penyanyi No 1 ini sendiri. Rasanya sudah lama tak dengar beliau nyanyi lagu ini kan? Mungkin di konsert seterusnya?

6. BINTANG MALAM (LENTERA TIMUR)
Persembahan lagu Bintang Malam di Konsert Sanggar Lebaran (2013)
Sumber : Youtube Atoszone

"Sungguh kasih sungguh sayang
Sunguh sungguh hamba mengharapkan
Sungguh kasih sungguh sayang
Sungguh sungguh rindukanmu tuan".

> Penulis Lirik : Amran Omar
> Komposer : Allahyarham Johan Nawawi

Salah satu lagu yang paling "underrated" dalam senarai lagu tradisional nyanyian beliau. Bagi aku sendiri, lagu ini sangat menarik dengan susunan muzik dan juga liriknya. Rasanya hanya beberapa kali sahaja lagu ini dinyanyikan secara langsung. 

5. KURIK KUNDI (SANGGAR MUSTIKA)

"Nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan,

Yang kurik itu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya."

> Penulis Lirik : Asyiqin
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi

Dalam banyak-banyak lagu, rasanya inilah yang paling unik dari segi senikatanya kerana mengandungi pelbagai dialek daripada pelbagai suku kaum dan tempat di Malaysia. Antara lagu terawal yang aku kenal nyanyian Siti Nurhaliza ketika kecil. Kali terakhir lagu ini dinyanyikan adalah ketika Konsert Orkestra Tradisional Malaysia di Balik Pulau, tahun 2019.


4. BALQIS (SAHMURA)

"Bertemu di alam pesona
Bersatu di dalam cahaya
Semilah... bermadah... kasihnya...
Di puncak singgahsana (Syahadah)".

> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi

Lagu Balqis sememangnya wajib berada dalam senarai! Lagu ini sangat hebat ya kerana diangkat sebagai Juara Lagu bagi tahun 2000! Lagu ini juga menjadi antara lagu sering dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, termasuklah ketika konsertnya baru-baru ini. Lagu ini pernah dipersembahkan di negara Jepun ya.

3.  CINDAI (CINDAI)

"Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali."

> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi

Lagu paling epik sepanjang karier beliau! Lagu tradisional pertama beliau yang berjaya menjadi hits dan dipersembahkan di pelbagai konsert dan persembahan termasuklah di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Lagu kedua nyanyian Siti Nurhaliza yang berjaya menjadi Juara Lagu. Sememangnya lagu ini berhantu kerana hanya Siti Nurhaliza sahaja yang mampu menyanyikan lagu ini dengan baik.

2. BADARSILA (SANGGAR MUSTIKA)

"Suara kau bisikkanlah
Di langit tujuh ku berdiri
Rindumu menggamit jua
Merentang bagaikan pelangi,

Suara kau dengarkanlah
Kesumaku merintih duka
Wasilah mu menyentuh jiwa
Restu mu bagaiku bermimpi."

> Penulis Lirik : Lokgha
> Komposer : Suflan Faidzal

Sampai sekarang aku masih terkilan bila mana lagu Badarsila ini tidak lepas Separuh Akhir Juara Lagu 2003. Antara lagu tradisional yang jarang dinyanyikan, aku ternanti-nantikan juga bila akan dinyanyikan balik, dan tak sangka, lagu ini diangkat sebagai lagu pertama dalam konsert siri jelajah beliau, Konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019. Goosebumps!! Anda boleh lihat bagaimana sokongan peminat di dalam stadium ketika itu. Aku lebih memilih lagu ini berbanding lagu Cindai ya.


1. NIRMALA (SANGGAR MUSTIKA)


"Sesungguhnya berkasihlah
Di antara manusia
Perindah segala kata-kata
Bahagia itu janjinya,

Mengapa kita sengketa
Rentaslah jalan terbuka
Tanpa dusta".

> Penulis Lirik : Che' Kem
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi

Nirmala, sebuah naskhah terbaik yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Pak Ngah Suhaimi untuk Siti Nurhaliza. Lupakanlah kisah lagu ini tidak berjaya di Anugerah Juara Lagu, yang pasti sehingga kini lagu ini berkumandang dan menjadi siulan orang ramai. Sebut sahaja Nirmala, pasti orang akan kenal. Lagu ini cukup rasa segalanya, dari segi susunan muzik, seni katanya semuanya indah. Ditambah dengan kualiti vokal, itulah menjadikan lagu ini yang terbaik antara terbaik.


HONOURABLE MENTION


Ada dua lagu masuk di bawah senarai 'honourable mention' kerana lagu ini bukanlah daripada mana-mana album solo tradisional Siti Nurhaliza. Walau bagaimanapun lagu-lagu ini masih mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat.

1. HATI KAMA (SERI BALAS)

> Duet bersama Noraniza Idris
> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi

Seperti biasa, lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah Suhaimi sekali lagi memberi impak buat industri apabila lagu ini diterima ramai. Duet antara dua figura ini menjadi dan diangkat sebagai Juaara bagi kategori Irama Malaysia di Anugerah Juara Lagu 1999. Lagu ini sekali lagi menjadi siulan peminat apabila dinyanyikan pada Konsert Siti Nurhaliza On Tour.

2. PANDANG-PANDANG JELING JELING

> Duet bersama Allahyarham Tan Sri SM Salim
> Penulis Lirik : Allahyarham Tan Sri SM Salim
> Komposer : S. Atan

Walaupun lagu ini bukanlah nyanyian asal Siti Nurhaliza, tetapi impaknya pada ketika itu sangatlah kuat sehinggakan aku di sekolah rendah pun tau akan wujudnya lagu ini hasil gandingan Siti Nurhaliza bersama Allahyarham Tan Sri SM Salim. 

Alhamdulillah, jadi setakat itu sahaja senarai 10 Lagu Tradisional Dato Sri Siti Nurhaliza Terbaik Sepanjang Zaman. Aku nak ingatkan bahawa senarai ini adalah pilihan penulis sendiri. Jika anda ada senarai anda, boleh kemukakan di ruangan komen ya. Terima kasih semua kerana membaca sehingga ke akhir. Jumpa lagi dalam edisi berikutnya.


Sumber : Youtube | Google Image | Google Search

Credit : Youtube : SitiOfficialVideo | Atoszone | Suria Records | Budiey Channel | TV3 Malaysia dan lain-lain.

Sekian

إرسال تعليق

35تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Yessssss cindai weyh! Drngan hati kama memang layan je. And jugak kurik kundi best kot..

    ردحذف
  2. Suka lagu2 siti nurhaliza. Banyak lagu2 puitis. Nyanyi ikut sedap tapi tak pernah hayati lirik. Haha

    ردحذف
  3. Secara amnya Naim tak minat lagu Dato Siti. Akan tetapi tidak siapa dapat tandingi suara beliau kekal sama dari dahulu sehingga sekarang.

    ردحذف
  4. Siapa yg xkenal diva terulung di malaysia ni.....bonda pasti anak kecilpuj kenal siapa siti nurhaliza....mmg lagu2 beliau sgt2 sedap didgr...dan xjemu utk kita ulang2 dengar...

    ردحذف
  5. dct ni nyanyi lagu apa pun sedap.. Tapi kalau yg klasik2 irama malaysia mmg sedap.. Suka sangat dengar dia nyanyi

    ردحذف
  6. Sitizonerrrrr where u atttt?? I suka kurik kundi sampai bawah. Yg lain tu tak ingat sbb waktu Dato Siti masuk dunia hiburan kita baru lahir. Jadi ingat yg pemes2 je. Tapi tu lah dah xde sgt yg boleh bawa tradisional song beraura macam ni kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun lahir masa dsct bru masuk Industri. Alhamdulillah, tahu jugak lagu2 yg tak femes sbb belajar dlm kelas.

      حذف
  7. Bagi kita lagu tradisional Dato Sri Siti ni tak pernah ditelan zaman dan semua orang suka... Kita paling suka yang Cindai dan juga yang Kurik Kundi tu paling best lambang orang Malaysia huhuhuhu....

    ردحذف
  8. Paling kita suka lagu siti ni hati kama nyanyian duet dengan noraniza idris. Memang lagu-lagu nyanyian dato siti ni tak pernah tak mengecewakan dan tak jemu di dengar sampai ke hari ni.

    ردحذف
  9. Sis dari dulu sampai sekrang memang suka sangat lagu2 Dato Siti. Suara dia yang lemak merdu memang sesuai dengan lagu-lagu yang di bawa terutama lagu-lagu traditional, tak ada sape boleh tandingi beliau

    ردحذف
  10. Dato Sri Siti Nurhaliza, one of my favourite local artists… I really like her songs and images throughout the years, she made us Malaysian proud

    ردحذف
  11. Siapa tak tau lagu siti ni uii..semua best-best sebab suara dia yang merdu dan raut wajah yang cantik tu..kalau boleh memng hafal semua lagu dia ni..ehhee

    ردحذف
  12. Suka sangat lagu Kurik Kundi. Dari zaman sekolah sampai dah masuk kerja kalau ada kena buat persembahan tradisional Yaya guna lagu rakyat Kurik Kundi ni. Dah hafal step tarian sekali hee

    ردحذف
  13. waaa. elok jugak ada info macam ni. nanti senang ank muda kita dapat info. idok ler kenal charlie puth aje. kannn

    ردحذف
  14. Memang patut dato siti jadi idola kita semua sebab memang dia berbakat dan artis kurang kontroversi. walaupun banyak lagu yang dia nyanyikan, lagu lama dia masih sedap kan selalu dimainkan di radio.

    ردحذف
  15. Ahh lagu2 Siti Nurhaliza memang the best dan dia berjaya membawa irama melayu on another level (including artis lain). Suara yang merdu, nyaring tu bila bawakan irama melayu sambil nyanyikan lirik2 yang penuh bermakna memang takkan dimakan zaman. Cuma, harap orang2 kita tak kira tua atau muda appreciate lah lagu2 yang ada tu dan jangan dilupakan

    ردحذف
  16. Lagu2 Siti semuanya sedap belaka tak boleh lawan, happy dpt jpa dia ari tu.. xsombong dia Lyn jer sapa yg nk selfie dgn dia

    ردحذف
  17. I juga minat Tok Ti memang follow IG dia juga, lagu yang paling i suka and ingat is her Cindai.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!