Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk singgah dan merasai satu pengalaman baru di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pengalaman baru itu adalah melihat bagaimana untuk menghasilkan dan merasai sendiri NESCAFÉ Gold.
Di bawah adalah beberapa gambar yang aku sempat ambil dan ingin kongsikan dengan anda semua.
Penerangan oleh pihak NESCAFÉ tentang apa itu NESCAFÉ Gold dan juga bagaimana nak menghasilkan sendiri NESCAFÉ Gold dengan menggunakan mesinnya. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan senang untuk difahami.
Selepas itu masing-masing diberikan peluang untuk menggunakan mesin itu dan menghasilkan NESCAFÉ Gold yang diingini.
Selepas dah hasilkan sendiri coffee anda, seterusnya anda bolehlah hias mengikut kreativiti anda sendiri. Disebabkan aku tak berapa nak kreatif, aku meletakkan kepercayaan pada barista yang ada untuk hasilkan seni coffee ini.
Banyak juga sebenarnya bahan yang boleh gunakan untuk membuat seni pada coffee, yang aku tahu sebelum ni, hanyalah minum begitu sahaja haha. Lepas ni bolehlah aku cuba buat seni coffee sendiri di rumah, sebab bahan-bahannya sudah diketahui.
Ada juga promosi eksklusif : Double The Reward. Dengan hanya minima RM30 anda akan menerima dua NESCAFÉ Gold Glass Mugs juga dengan penambahan RM30 lagi, anda akan menerima Limited Edition NESCAFÉ Gold Flask.
Senang sahaja nak guna mesin ini.
Berkenaan NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10 ini, aku rasa ianya sangat menarik dan strategik. Lokasinya yang betul-betul di pusat tumpuan orang ramai sememangnya akan menarik minat mereka yang sukakan coffee.
Juga hiasan dan seni lukisan di dinding container ini sangat lawa, jadi aku juga tidak melepaskan peluang nak bergambar!
Jadi untuk mereka yang suka NESCAFÉ dan juga coffee, jangan lepaskan peluang untuk datang dan singgah ke container ini. Selain dapat merasai nikmat premium coffee, anda juga dapat mengabadikan memori dengan bergambar di sini.
Lokasi :
Lot 10 (In front of H&M)
50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#nescafegoldmy # nescafegold
Sekian
Aida memang nescafe lover, aerill. Now sedang berPantang air manis. Saje saje utk diet sihat. Bukan diet kurus ekk :) ha ha ha...
ردحذفNescafe ni boleh addicted! Sedap ya Allah...
memang sedap. hari tu saya rasa dua jenis coffee, dua2nya saya suka
حذفAerill, suami dan anak-anak suka minum nescafe. Untuk anak-anak tak boleh bagi minum selalu lah sebab berkafein kan ;)
ردحذفKreatifnya mereka yang buat seni pada coffee ni. Suka tengok
betul tu. untuk saya yg kurang berseni ni kalau buat, mesti huduh rupanya.. ;P
حذفWow!!!!!!! I wanna try this experience. I always wanna learn coffee arts. Tq for sharing.
ردحذفwelcome :)
حذفHusband emi memang nescafe lover. Hari-hari nak minum nescafe. Emi sendiri pulak suka bau nescafe, tapi takleh minum banyak sangat sebab jadi sakit kepala nanti.
ردحذفwahh,bolehlah beli dkt dia nnti :)
حذفAda jual ka mesin tu? Kita Teringin gak nak beli coffee mesin ni.. Nampak macam kewl ja kan ada 1 kt umah... Tpi tu la kita ni tea person.. Kikkikiiji
ردحذفada jual ya! harganya rm499 :)
حذفmy mom love nescafe so much! suka gold flask tu.. cantik. location pun strategik. senang orang ramai nak singgah dan merasai sendiri nescafe gold!
ردحذفitulah, lokasinya betul2 dekat tengah tu.. mmg senang orang nak singgah
حذفcoffee art sekarang is something yang wow. Kene sabar nak belaja buat coffee art tu, susah sebenanya.
ردحذفteringin nak belajar, tapi mcm takpelah.. haha
حذفkat rumah ada nescafe dolce jer....ni lagi barulah yer...bestnya lahai , bau kopi ni bikin jiwa raga jadi segar bugar gituu
ردحذفboleh try ya nanti :)
حذفNaim dah lama tak minum Nescafe ini, kalau minum ia akan migrain. haha. Sabar jela kalau macam ini melihat pada artikel bro ini. Nak buat cam mana, dah lama pantang ( tak minum) nescafe ini. Terbaik ulasan ini. Good job bro
ردحذفboleh try sekali sekala je kut :)
حذفKomfirm coffee lover terliur tengok posting ni. Harap2 banyak lg event mcm ni diperkenalkan. Boleh tarik crowd yg ramai
ردحذفitulah... mmg tempat wajib pergi
حذفBestnye dapat buat nescafe sendiri dgn mesin die..pengalaman menarik nie..btw saya pn salah seorang peminat tegar nescafe
ردحذفwahh, bolehlah try nnti
حذفWah boleh buat sendiri nescaffe dengan menggunakan mesin. Menariknya, dulu rajin jugak minum nescaffe sebab nak study lewat malam haha. Sekarang ni dah kurang minum
ردحذفnecafe ni sebenarnya saya rasa kadang2 minum okaylah kut
حذفbestnya dapat merasa guna mesin tu. sbb selalu barista je bole en. haha. nak join event, tp dah full :(( lambat respon.
ردحذفye ke.. :) takpe in shaa Allah ada lagi nanti :)
حذفomg nk sgt Limited Edition NESCAFÉ Gold Flask tu. harap2 ada lg haha. and yeah i totally agree - lokasi dia btl2 strategik.
ردحذفboleh beli lagi rasanya :)
حذفDekat rumah nad ada nescafe gold..sedap nescafe dia..memng syok layan minum tengah hujan , pagi , atau petang minum sambil2 kan..fuh...
ردحذفbetul tu... time2 hujan mmg best
حذفbestnyaaa, suka sangat minum kopi Nescafe, rasa kopi yang dibakar sempurna dan sedap betul2 buat zul hilang mengantuk
ردحذفitulah tujuan utamanya, hilangkan mengantukk
حذفNasib baik aku bukan peminat coffee dan nescafe ni. Kalau tak memang dah keluar cari nescafe gold sat lagi. haha...Sejak belajar kat Kedah sampai la ni tekak dah biasa dengan tea..
ردحذفsaya pun bukanlah peminat tegar. dulu masa kecik lagilah, langsung tak sentuh, skrg ni bolehlah sikt2
حذفnescafe ni mmg antara feveret kopi kita..suka dengan aroma dia yang memang tiada tandingannya..dan harga dia still jauh lebih murah berbanding dengan harga premium kopi yang lain
ردحذفbetul tu. rasanya jugak lagi sedap..
حذفSuka juga minum Nescafe ni lagi kalau mengantuk kat office tu mengadap PC nonstop kan. Kena bancuh segelas baru lah mata terang skit. lepas ni kena cuba nescafe gold pulak.
ردحذف