Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 1

Aerill Hassan
26

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 1
Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Kelantan dan juga Pahang.  Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Negeri ini terbahagi kepada 8 buah daerah iaitu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Teregganu, Marang, Dungun dan juga Kemaman. [Sumber : Wikipedia ]

Terengganu sememangnya merupakan negeri yang kaya dengan tarikan pelancongan yang menarik. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang berkunjung ke negeri Terengganu. Jadi, aku nak berkongsi dengan anda semua tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati dan terokai sekiranya berkunjung ke Terengganu.


1. DUSUN WARISAN PELONG, SG TONG.
Tempat pertama yang perlu anda lawati adalah Dusun Warisan Pelong, Sg Tong, Setiu, Terengganu. Kenapa? Sebab utamanya adalah pelbagai jenis buah-buahan tempatan terdapat di sini. Dusun dengan keluasan 20 ekar ini mempunyai pelbagai jenis buah termasuklah manggis, langsat, dokong, duku, salak madu, pulasan, rambutan dan pelbagai lagi. Anda hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk masuk ke Dusun Warisan ini dan makan kesemua buah-buahan ini!

DOKONG
Apa yang menarik, terdapat sungai yang mengalir cantik di kawasan dusun ini. Aku berpeluang untuk merasai buah-buahan ini secara segar, iaitu baru dipetik daripada pokok. Kawasan dusun ini sememangnya mengingatkan aku pada dusun arwah datuk aku di Kedah.
Yang paling seronok di sini sudah semestinya makan durian. Alhamdulillah, aku tidak alergik pada durian. Haha. Aku dengan durian sememangnya tak dapat dipisahkan. Berpuluh ulas juga aku makan pada hari tersebut.
Selain itu, terdapat juga pakej makan tengah hari untuk para pengunjung di sini. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan berpeluang untuk makan makanan tradisional melayu seperti umbut sawit masak acar, ayam kampung goreng, umbut sawit masak lemak , ikan baung masak tempoyak dan lain-lain. Yang seronoknya, kita dapat makan dan bersantai di tepi sungai bersama-sama dengan ikan yang berenang di dalamnya.
UMBUT KELAPA SAWIT
IKAN BAUNG 

Lokasi Dusun Warisan Pelong, Sungai Tong, Setiu.

2. RUMAH BOTOL, KAMPUNG PENARIK.
Rumah Botol ini diusahakan oleh Tengku Mohamad Ali atau lebih dikenali dengan nama Ayah Ku. Beliau mula mengumpul botol apabila melihat beberapa botol kaca di kawasan pantai. Sehingga kini, lebih daripada 5000  botol yang telah dikutip dan disimpan. Untuk pengetahuan anda, Ayah Ku mempunyai 9 orang anak dan 20 orang cucu manakala usianya sekarang pula adalah 75 tahun. 
Ayah Ku sedang berkongsi cerita dan kisah hidupnya.
Botol Bersurat
Hasil seni di dinding rumah
99 Asma Al-Husna
Selain botol, mug kaca juga menjadi koleksi Ayah Ku.
Bangkai penyu juga turut terdapat di Rumah Botol ini.

Lokasi : Rumah Botol, Jln Penarik - Mangkuk, Kampung Penarik, Setiu, Terengganu.

3. Terrapuri Heritage Village
Terrapuri bermaksud The Land of Palaces atau Tanah Istana-Istana merupakan sebuah projek baikpulih dan juga penjagaan Rumah Melayu Klasik Terengganu.  Memiliki 29 buah rumah  antik yang berusia ratusan tahun.  Pelan dan susun atur di Terrapuri Heritage Village ini diilhamkan daripada  Istana Melayu Terengganu pada abad ke 17. 
Apa yang menariknya, Terrapuri Heritage Village ini juga berfungsi sebagai resort. Mempunyai 22 villa eksklusif, Spa, dan sebagainya. 

Selain itu, Terrapuri Heritage Village ini juga berhadapan dengan Laut China Selatan dan jika bernasib baik anda boleh melihat Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Bidong.

Lokasi : Terrapuri Heritage Village, Kg. Mangkuk, Penarik, Setiu, Terengganu.

4. Rumah Warisan Haji Su, Kampung Losong.  
Rumah Warisan Haji Su ini pada suatu ketika dulu adalah milik keluarga pedagang atau golongan pertengahan di masa silam. Rumah yang terletak di Kampung Losong ini dibina pada tahun 1850 dan bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan juga rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga. 


Rumah ini bagi aku senibinanya sangat cantik. Ruang pada setiap bilik juga sangat luas. Selain itu, suasana di dalam rumah kayu ini sentiasa sejuk sahaja kerana pengudaraan yang baik.



LokasiRumah Haji Su, Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. 

5. KEROPOK LOSONG ADIK BERADIK
Kalau sebut Terengganu pastinya kita akan teringat tentang keropok lekor atau keropok losong. Untuk mendapat keropok lekor asli, anda bolehlah ke Keropok Losong Adik Beradik. Di sini anda dapat melihat bagaimana keropok lekor itu dihasilkan , digoreng atau direbus.
Sebenarnya, ini pertama kali aku tahu tentang keropok lekor rebus. Belum pernah seumur hidup aku makan keropok lekor rebus. Hasilnya? Aku beli dua bungkus keropok lekor untuk dibawa pulang ke rumah.

Lokasi : Keropok Losong Adik Beradik, Kampung Kuala Hiliran, Kuala Terengganu.

Sampai sini dulu untuk bahagian pertama. Ada banyak lagi tempat menarik di Terengganu yang anda wajib datang dan kunjungi, contohnya Drawbridge Terengganu, Pantai Tok Kite dan banyak lagi. Jumpa lagi di bahagian kedua dan seterusnya untuk ketahui tempat menarik di Terengganu yang wajib anda terokai.

Terengganu ‘negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik’.



#TerengganuNOWand4ever
#BeautifulTerengganu
#TourismTerengganu
# CutiCutiMalaysia #VM2020
#VisitMalaysia2020
#GayaTravel

Sekian

Artikel ini dihasilkan dari program You'll Love Terengganu.. and forever! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 20 hingga 24 Ogos 2019 anjuran Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine

إرسال تعليق

26تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Nice sharing, Aeril! Terus rasa rindunya dekat Terengganu padahal baru je balik kan. Gambar-gambar pun lawa!

    ردحذف
  2. taj puas kalau jalan-jalan di Terengganu. ada saja benda baru dan menarik untuk di explore.

    ردحذف
  3. Yaya orang Terengganu, tapi banyak lg tempat belum explore. Rumah botol tu ni kali pertama dengar. Thank you Aerill sharing info.

    ردحذف
  4. Oh my goodness! Even ni kat Terengganu, it reminds me about my hometown Brunei a lot! With Salak madu, duku buah2 lain, ikan baung! And the scenery semua tu mmg similar in some part of Brunei. Except lekor lah. Tak plan lagi ke Terengganu, but might as well wanna put this dalam go to list!

    ردحذف
  5. Ala rindu la ganu bila baca entri ni. Paling rindu ialah durian kaler putih tu hahahahahah..

    ردحذف
  6. Waahhh bestnya terengganu. Dah lama tak g sana. Rindu nok makang kepok lekor dio. Pantai penarik tu popular kan. Memang pemandangan yang indah. Nnti leh plan ajak suami jalan2 ganu lah. Rindu nok g sana lagi

    ردحذف
  7. Bulan 4 ke 5 aritu pegi terengganu tapi tak abis explore lagi. Nanti nak repeat lg. Nak pegi tmpt tak pnh pegi.

    Jemput join giveaway ye :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ردحذف
  8. paling tertarik nak pegi yang sg tong tu. makan makan dalam kebun. freshnya rasa. yang rumah tn hj tu pernah lalu je tapi tak singgah.

    ردحذف
  9. Kita paling suka pergi DUSUN WARISAN PELONG, SG TONG tu memang kita boleh duduk satu hari kat situ makan buah-buahan masuk murah tak memang nak pergi lah time musim buah ni hehehe yang rumah botol pernah tengok dalam Majalan3 tak silap.

    ردحذف
  10. Bestnyaaaaaa. Rindu terengganu. Last time pergi masa awal tahun 2017 tak silap. Tapi tak pergi area sini. Nur pergi kuala terengganu. Pun seronok juga. Terengganu mmg banyak tempat best. Next time dtg blh laa pergi area sini. Bestnyaaaa

    ردحذف
  11. Last year pergi terengganu xsempat nak jalan-jalan melawat tempat best.. padahal banyak je tempat boleh dilawati.. teringin nak g rumah botol tu.. insyaAllahnnt nak pergi lagi

    ردحذف
  12. Baru pegi sekali je terengganu tu pon banyak tempat tak pegi lagi. Banyak jugak tempat bersejarah yang perlu kita tahu. Seronok kan dapat makan buah2an fresh dari dusun

    ردحذف
  13. Bagusnya ada entry tntg kawasan di ganu.. Kebetulan kita mmg nak pi ganu hujung tahun ni leh la rujuk entry ni... Teringin nk pi dusun dokong tu

    ردحذف
  14. Banyak list ni nak kena tour negeri ganung. Haha 8 tahun dah kawen orang ganu tapi tak habis lagi pusing negeri ni haha. Orang lai puas dah jelajah

    ردحذف
  15. Boleh lah menjadi l;ist untuk nanti liburan bareng temen-temen. Saya suka dengan rumah botol tu, Kebetulan buat instagramable juga bagus..

    ردحذف
  16. Ye Terengganu tempat sis nak pergi.. Tapi tak sangka tempat you list ni lain sikit.. Nampak menarik.. Lagi dusun dengan rumah botol tu.. Bolehla nanti masuk dalam list.. Pemilik botol tu femes sampai org boleh dtg rumah dia.. Heheh

    ردحذف
  17. Wah.. rupa2nya byk jgk tempat2 menarik di Terengganu, kak jrg pegi Terengganu cuma biasa pg pasar Payang jer

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!