6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku mengalami tekanan dalam kehidupan dan berada dalam keadaan yang sentiasa nak marah dan jugak berasa jengkel terhadap semua perkara. Disebabkan itu, aku ada mencari beberapa cara untuk melepaskan tekanan dan juga untuk berasa tenang dalam diri. Alhamdulillah, aku jumpa beberapa tips yang in shaa Allah boleh juga membantu anda untuk atasi perkara sebegini.


  • Meditasi 10 Minit
6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup


Tahukah anda kita dapat mencari ketenangan walaupun hanya berada dalam keadaan sunyi? Cuba cari akwasan dirumah yang paling anda suka, pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ulangi perbuatan ini selama lebih kuran 10 minit. In shaa Allah anda akan berasa lebih tenang dan damai. 

  • Beri Senyuman Pada Orang Lain
6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup


Percaya tak, dengan senyuman anda dapat menceriakan diri dan orang lain? Senyuman sememangnya dapat membantu anda untuk menceriakan hari anda. Selain itu, dengan bersenyum, anda dapat membangkitkan aura positif di dalam diri! Senyumlah pada sesiapa sahaja walaupun anda tidak mengenali orang itu. Dalam agama Islam juga dinyatakan bahawa senyum itu sedekah.

  • Berani Memasang Impian
6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup


Impian merupakan suatu yang ingin kita capai dan realisasikan. Jangan takut untuk mempunyai impian atau cita-cita kerana ianya akan menjadikan anda lebih menghargai setiap pengalaman yang ada untuk mencapai apa yang diimpikan. Dengan impian itulah anda akan berusaha dengan gigih untuk realisasikannya. Jadi, terus bersemangat untuk capai impian itu dengan mengharungi segala tekanan yang ada.


  • Bersembang Dengan Orang Lain
6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup


Tidak semestinya anda bersembang dengan orang yang anda kenali sahaja. Apa kata, sekali sekala anda bersembang dan berborak dengn orang yang lebih berusia atau yang lebih muda dari anda. Dari situ anda dapat belajar pengalaman dan juga reaksi mereka. 


  • Hubungi Orang Yang Tersayang
6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup


Ya, hubungi orang yang anda sayang walaupun anda tak ada apa-apa perkara yang penting untuk dibincangkan. Kenapa? Kerana dengan menghubungi dan menderngar suara orang yang disayangi dapat menenangkan hati kita yang sedang runsing.

  • Solat dan Membaca Al Quran
6 Cara Untuk Rasa Bahagia Dalam Hidup

Tips ini untuk mereka yang beragama Islam. Ya, rasanya ini merupakan cara yang paling mudah untuk anda merasa tenang dan bahagia apabila solat dan juga membaca al quran. Selain mendapat pahala, anda juga akan berasa tenang apabila solat.


Semoga panduan dan cara diatas dapat sedikit sebanyak memberikan anda perasaan bahagia dan tenang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.


Sekian



Sumber : MauKerja | Google Image
Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!