Assalamualaikum dan salam sejahtera
MENU YANG DICUBA PADA MALAM TERSEBUT
Siapa yang suka ikan bakar, makanan laut, juga dengan masakan tradisional melayu pastinya akan terliur apabila membaca artikel ini. Ya, baru-baru ini aku bersama rakan media telan makan di Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini restoran ini dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Restoran ini memberikan fokus pada masakan melayu asli terutamanya kerana pengasasnya sendiri mempunyai darah campuran dari negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Melaka.
Antara yang menjadi menu pilihan adalah aneka pilihan asam pedas resepi warisan yang menjadi menu "hot seller" di restoran ini.
Antara makanan laut yang terdapat di sini.
Semuanya segar-segar belaka.
MENU YANG DICUBA PADA MALAM TERSEBUT
Alhamdulillah, banyak juga menu yang aku cuba pada malam itu. Sememangnya semua menunya sangat sedap dan penuh dengan ciri-ciri melayu. Aku sendiri tak boleh nak buat pilihan mana satu yang paling sedap. Haha.
NASI LEMAK BULUH PERINDU
IKAN PARI MASAK SAMBAL
SEAFOOD SINGGANG
SOTONG BAKAR MASAK MADU
UDANG GORENG REMPAH
KANGKUNG GORENG BELACAN
IKAN SIAKAP MASAK ASAM
PEPAHAT MASAK CILI PADI
Pertama kali ya aku makan pepahat ni. Sebelum ni nampak dari jauh je. Rupanya rasanya sangat sedap! Kalau tahu dari dulu lagi makan pepahat ni.
SENARAI MENU
Berikut adalah senarai menu set yang boleh anda pilih di Restoran Sisik Ikan Bakar ini. Ada banyak pilihan mengikut berapa jumlah orang dan juga bajet anda. Selain itu, anda juga boleh memilih ikan atau makanan laut anda sendiri kemudian timbang mengikut harganya.
SUASANA DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
Suasana di Restoran Sisik Ikan Bakar ini bagi aku mesra pelanggan dan juga meriah. Anda boleh bersantai di restoran ini. Mempunyai WIFI yang pastinya ramai perlukan, restoran ini juga dilengkapi kemudahan lain seperti surau dan juga tandas.
Dari sebelah tepi restoran
Secara totalnya, aku mengesyorkan untuk sesiapa yang berada di kawasan ini, dan juga berada di mana-mana sahaja untuk datang dan singgah makan di Restoran Sisik Ikan Bakar ini. Pastinya anda tidak akan kecewa dengan menu yang ada. Mungkin selepas anda penat bershopping di GM Klang, bolehlah anda makan dan rehat bersantai bersama keluarga di restoran ini.
Gambar kenangan bersama rakan-rakan media.
LOKASI
Alamat : [Berhadapan dengan GM Klang Wholesales City] No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic, 41200, Klang, Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 4.30 petang untuk masakan melayu
: 5.00 petang - 12.30 malam untuk masakan berasaskan masakan laut
Facebook : https://www.facebook.com/restoransisik/
Whatsapps : https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+6016240474
Facebook : https://www.facebook.com/restoransisik/
Whatsapps : https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+6016240474
Sekian
Menariknya jumpa kawan2 blogger. Pepahat tu susah nak jumpa! Kat melaka ni pon jarang jumpa dah...
ردحذفSedap makanannya. Aida suka nasi berlauk gini. Puas ati makan.
mmg best, jumpa rakan blogger, ada yg dah kenal lama, ada yg baru kenal :) makanan pulak mmg sedap :)
حذفbestnya dapat makan sedap! Tempat pun nampak bersih, siap ada surau disediakan lagi untuk pengunjung. Suka tengok sotong dia
ردحذفitulah ada surau dan kemudahan lain. mesra pelanggan :)
حذفwahhhh... terliur tau masa tengok gambar-gambar menu tu... seriously menggiurkan... terus rasa nak pergi... siap dengan langsir lagi tu... atmosphere pun nampak relaxing...
ردحذفmmg sesuai untuk makan dan relaz bersama keluarga dan pasangan ya :)
حذفKedai ikan bakar sisik ni memamg recommend sangat.Makanan best dan paling penting murah juga dan menu-menu agak unik.Tak banyak sama macam kedai-kedai lain.Rasa nak repeat lagi je makan kat sini.hehehehe
ردحذفkan.. macam nak repeat tapi nak try menu lain pulak.. geram tengok ketam hari tu.
حذفKat sini kita suka adalah sotong bakar dan juga ikan bakar memang terbaik dan cukup rasanya buat kita nak tambah dan juga nak datang makan lagi kat sini... Cuma harga tu mungkin boleh dipertimbangkan lagi oleh pemiliknya kan...
ردحذفkan.. nnti kalau maha nk pgi, ajak tau! hehe
حذفSenang ada kedai makan yang ada banyak pilihan makanan yang kita boleh cuba dan nikmati macam ni. Lepas shopping kat GM Klang, boleh la mengisi perut yang lapar di sini ye.
ردحذفbetul tu. penat2 bershopping,lepas tu lapar pulak, ha, makanlah seafood di restoran ni.
حذفI am excited seeing the seafood. I love seafood! Wish I can go to makan NOW haha but need to plan coz not near to my place la
ردحذفyou can go there when you free! :)
حذفWahhh.... Sedap nya menu! Terliur kita tau.. Nasi lemak buluh perindu tu nampak sedap, pepahat tuuu aduyai... Payah anak dapat skrang. Kalau laaa dekat, besok gak ku terjah
ردحذفmmg sedap. hehe, jemput ya nnti :)
حذفBanyak betul pilihan menu kat kedai ni ya.. Puas hati dapat makan macam2. Pepahat tu saya pun first time jugak merasa bulan lepas. Sedap jugak. Cuma rupa bentuk dia pelik sikit hehe
ردحذفitulah. first mcm takut jugak nk makan, takut tak kena dengan tekak, tapi bila makan mmg sedap ;)
حذفMemang sedap makanan kat restoran ni. Sis balik siap ckp gan family next time kita sekeluarga pulak gi makan kat sini sb sedap2 hidangan dia. Tak sabar nk gi lagi
ردحذفkan.. samalah saya pun mcm nak repeat lgi :)
حذفNampak sedap makanan dekat restoran ikan bakar tok sisik nie..nak2 udang goreng berempah ngn sotong bakar madu..uiii..padui beb kalau dapat makan nie..
ردحذفmmg sedap. saya suka sotong madu tu :)
حذفBanyak betul jenis seafood ada dkt kedai ni. Pepahat pun ada. First time tgk haha. Mesti seafood lovers pening nk pilih yg mana semua ada ni.
ردحذفmmg kena cuba semuanya! haha nnti datanglah ya
حذفYa Allah nampak sedapnya semua menu makanan kat sini. Tak pernah pergi lagi tapi lepas tengok blog ni rasanya nak pegi makan kat sini je
ردحذفjemput ya nnti! :)
حذفSedapnya ! ikan-ikan tu pasti segar bugar kan. Ada masa memang nak singgah tempat makan ni. Tengok gambar pun perut terus berkoroncong. haha
ردحذفmmg sedap dan segar. saya mmg peminat seafood :)
حذفMemang nampak menarik semuanya makan kat sini. Ramai yang review kata makanan kat sini sedap2. View pun nampak selesa dan sesuai untuk bawa seisi keluarga.
ردحذفmmg relaks dan santai je, bersama keluarga
حذفTergugat iman kita tengok semua menu ni semua..Lagi nak cubanasi lemak buluh perindu tu..nanti balik klang nak try la..tengok semua hidangan fresh je
ردحذفmmg fresh dan sedap ya! :) jemput cuba nnti
حذفcek follow oghang negeri kita.. hehehe...
ردحذفterima kasih naa :)
حذفHaritu first time datang makan dekat sini dgn family. Ya Allah memang sedap betul. Suk dgn sotong bakar madu dia. Sedap gila ! Harga pon berpatutan
ردحذفmmg sedap kan! :)
حذفI am a big fan of Ikan bakar. But couldn't figure where to find nice restaurant to go. Thanks for intro and write up about this restaurant, I can now visit and enjoy some nice ikan bakar.
ردحذفwelcome :)
حذف