Assalamualaikum dan salam sejahtera
NASI GORENG AYAM
Beberapa hari yang lalu, aku dan keluarga berpeluang untuk makan Mee Kuah sedap di Jen Mee Kuah, Padang Serai. Warung ini merupakan salah satu daripada hampir 6 buah warung di sekitar pekan Padang Serai.
Untuk pengetahuan anda, lokasi warung ini adalah di kawasan bertentangan dengan KFC Padang Serai. Walaupun ini hanyalah warung biasa, tetapi makanan disini sangat sedap dan membuatkan kita kenyang. Kalau aku balik kampung, mesti akan datang ke warung ni waktu petang untuk santai-santai makan bersama keluarga.
MEE KUAH
HARGA : RM 5.00
Yang paling popular disini pastinya Mee Kuah. Penuh dengan pelbagai bahan. Yang paling aku suka adalah pada kuahnya. Sangat sedap. Belum pernah aku jumpa mee kuah yang lebih sedap daripada yang ini. Yang lagi best bila ada ketulan daging yang sangat sedap bila dikunyah.
Kalau untuk Mee Kuah macam ni, aku lagi suka bila dimakan ketika panas. Mungkin ada yang tak tahan panas, bolehlah sejukkan dahulu.
NASI GORENG AYAM
HARGA : RM 5.00
Okay, kat mana lagi boleh dapat Nasi Goreng Ayam dengan harga macam ni? Nasinya banyak! Untuk pengetahuan anda, di dalam nasi ada ketulan ayam dan daging ya! Kalau di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor rasanya harga macam ni memang susah nak dapat.
MENU DAN HARGA
Di warung ini senang sahaja untuk lihat menu dan harga. Terpampang di bahagian atas.
Mak dan juga adik aku.
Ayah dan adik aku.
Memang warung macam ni menjadi tempat untuk lepak sekeluarga dan rakan-rakan, kerana lokasinya di kawasan pekan Padang Serai serta harga yang sangat murah. Mungkin murah sebab tak perlu bayar sewa tapak. Mungkinlah. Ada beberapa lagi warung di kawasan pekan Padang Serai yang menawarkan menu murah. In shaa Allah aku nak cuba lain kali.
Sekian.
LOKASI : Pekan Padang Serai, Bertentangan dengan KFC Padang Serai.
Segala makanan dan minuman di warung ini ditanggung oleh penulis sendiri.
Murahnya harga makanan kat sana kan...kalau kat KL x dapat de harga macam ni..fav akak jugak mee kuah selain mee rebus dan mee jawa
ردحذفdulu saya ingat mee rebus dgn mee kuah tu sama haha
حذفNampak sedap...kalau ke sana boleh cuba nanti ..
ردحذفjemput ya :)
حذفKurang sikit dgn mee kuah. tpi nasi goreng ayam dia nmpk sedp
ردحذفmmg sedap ya :)
حذف