Penggunaan Ubat Sapu Steroid Untuk Penyakit Kulit, Bolehkah?

Aerill Hassan
46


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rasanya dah banyak kali aku beritahu di dalam blog ini bahawa aku merupakan salah seorang  pengidap penyakit kulit Psoriasis. Ada aku ceritakan dalam beberapa artikel sebelum ini. Pelbagai jenis rawatan dan ubat telah aku gunakan, ada yang berhasil dan ada juga tidak. Alhamdulillah setakat ini aku berjaya mengawalnya dengan beberapa cara. Tapi bukan itu aku nak ceritakan.

Kali ini aku nak kongsikan dengan anda penggunaan steroid yang terdapat dalam ubat untuk mereka yang mengalamai sakit kulit. Ada beberapa kemusykilan dan pertanyaan tentang bolehkah digunakan ubat yang mengandungi steroid ini pada kulit. Alhamdulillah, senarai dan penjelasan telah diberikan oleh seorang doktor terkemuka tentang ubatan yang mengandungi steroid.



SENARAI TARAF POTENSI (KEKUATAN) UBAT SAPU STEROID YANG BIASA DI MALAYSIA


ULTRA TINGGI : Clobetasone propionate 0.05% ointment/cream/lotion/gel/scalp solution

ULTRA TINGGI- TINGGI : Betametasone dipropionate 0.05% ointment/cream

TINGGI : Fluticasone propionate 0.05%, Mometasone furoate 0.1% ointment, Betamethasone valerate 0.1% ointment, Betametasone dipropionate 0.05% cream, Triamcinolone acetonide 0.1% ointment.

PERTENGAHAN : Betametasone valearate 0.1% cream, Mometasone furoate 0.1% cream, Hydrocortisone Aceponate, Triamcinolone Acetonide 0.1% cream

RENDAH : Clobetasone butyrate 0.05% cream/ointment, Desonide 0.05% cream

SANGAT RENDAH : Hydrocortisone (acetate or hydrochloride) 0.5% or 1% lotion/cream/ointment


Steroid berpotensi rendah adalah yang paling selamat digunakan untuk jangkamasa panjang, pada kawasan kulit yang luas, di kulit muka dan kulit yang nipis, juga pada kanak-kanak dan warga emas. Steroid berpotensi tinggi adalah sesuai untuk kawasan yang tebal seperti tapak tangan dan kaki, ataupun jenis ruam yang tebal. Steroid ultra tinggi tidak digalakkan digunakan pada muka, kemaluan atau ketiak dan ianya tidak boleh ditutup (occlude) dengan kain atau plastik yang boleh meninggikan lagi kekuatannya, kecuali atas nasihat pakar kulit untuk masalah kulit yang tertentu sahaja. Steroid jenis dalam minyak adalah sedikit lebih tinggi kekuatannya berbanding dengan jenis krim.

Sila ambil perhatian yang senarai ini adalah sebagai bimbingan preskripsi sahaja dan pembaca perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

Sekian

Sumber : Facebook | Google Image


Disclaimer : Senarai ini disediakan oleh Dr Kartin Farah Rahim (Julai 2018)

Tags

إرسال تعليق

46تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Psoriasis ni mcm keturunan jugak rasanya sebab Allahyarham ayah mertua ada dan jugak suami pun..bukan selalu tapi dia mcm ada waktu tu memang nampak merah dan kulit jadi kering..lepas tu en suami jumpa pakar dan dapat ler ubat tapi mak aihh RM300 ler kena..

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu. mmg banyak jugak habis kos. skrg ni jaga pemakanan, alhamdulillah terkawal.

      حذف
  2. Adoi meremang bulu roma tgok pict kulit tu...errrrr..

    Saya pun pernah kena ekzema, serius punya sampai efek muka. truk n malu nak berhadapan dengan orang. tapi sebab kena pergi kerja, kuatkan semangat je.

    Masa awal-awal, memang doktor bagi krim Hcort, suh sapu. memang berkesan la, tapi bila stop, naik balik flare tu. Allahu, gatal n sakit garu sampai berdarah, kadang-kadang panas dalam kulit, garu pun x hilang gatal. Makan pun kena jaga..

    Pas ni, memang kena tilik betul2 kandungan ubat tu kategori mana kot nak sapu kat bahagian tertentu.

    ردحذف
    الردود
    1. sama lah kita. dulu pernah guna ubat yg bila kita stop, dia naik balik. so mmg kena ada bekalan ubat tu .

      حذف
  3. Pernah nampak pesakit psoriasis. Nak mandi pun tak boleh guna sabun dengan bahan chemical yang banyak sebab kulit macam makin menipis. Kesian rasanya. Paling penting kena ikut nasihat Dr kulit.

    ردحذف
  4. Bagus sharing pasal ni. Pasal ubat ni baik refer doc juga. Lebih pakar

    ردحذف
  5. Thanks sebab share info gini. Kulit Rawlins pun sejenis yang sangat sensitif dan penggunaan ubat sapuan memang banyak. Syukur dah boleh dibendung dah sekarang.

    ردحذف
  6. oh baru tahu pasal penyakit kulit ni. syukur la kulit BBL bukan jenis sensetif, setakat ni sapu apa pun tak ada side effect atau elergik sangat

    ردحذف
  7. sakit tengok kulit cemni, saya pun ada masalah kulit. Eczema di tangan, celah celah jari, saya kurangkan makan seafood, kalau tak lagi rasa gatal dan pedih. Nak pegang sabun, air pun pedih. Nak mencuci pinggan, kene pakai sarung tangan.

    ردحذف
  8. Boleh bayangkan sakitnya, gatalnya bila ia menyerang sebab saya sendiri turut mempunyai kulit sensitif... walaupun tak sampai ke tahap psoriasis tapi sampailah ke tahap ekzema... kalau sejuk sangat pun naik merah-merah, panas sangat pun naik merah-merah... pedih pun ada kadang tu... terima kasih atas perkongsian maklumat ini... at least, boleh juga digunakan sebagai panduan, di samping mendapatkan nasihat daripada doktor...

    ردحذف
  9. terima kasih atas perkongsian, ilmu baru saya dapat... kulit saya pon jenis sensitif senang jer nak elergik, jd ada info mcm ni kena hadam...

    ردحذف
  10. Mmg sakit kalau
    Kena penyakit ni. Tapi biasanya penggunaan ubat seperti ini setelah doktor yang syorkan

    ردحذف
    الردود
    1. Ada juga ramai yg beli di farmasi luar sendiri. Senarai ini jugak yang doktor syorkan ;)

      حذف
  11. Saya sekarang sentiasa standby steroid yg jenis pertengahan. Kulit saya agak sensitif lately, tak boleh silap makan atau terkena perfume sikit. Habis naik ruam. Tapi steroid ni tak menyembuhkan kan? Hanya untuk mengawal

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu untuk kawal sahaja. untuk sakit psoriasis setakat ni rasanya belum ada ubat untuk penyembuhan.

      حذف
  12. Anak nur dari baby kulit sgt sensitif. Stress juga sbb baby patutnya kukit gebu & mulus tp baby nur sampai bersisik kulit dia. Macam2 krim guna (masa tu belum aware dgn kandungan steroid dlm produk2 utk kulit). Bila dah tahu, beralih pada produk natural. Nur guna balm skeenz dari tasneem naturel utk baby nur. Tanpa steroid. Alhamdulillah, kukit baby nur bertambah baik, kembali gebu & mulus mcm baby lain.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah. Saya juga macam tu. Sebelum ni guna yang ada steroid. Lepas tu beransur-ansur tukar kepada natural.

      حذف
  13. Cream yg ada steriod ni boleh pakai tapi bukan le utk gatal2 biasa tu..kalau yg teruk sgt tu baru boleh sapu tapi berpada pada dn ikut nasihat doc. Pernah guna sb pernah ada allergy yg amat..tapi alhamdulillah now dh ok

    ردحذف
  14. Takutnya kalau bergantung kepada steroid pada jangka masa yang panjang. Ia memang penyelesaian singkat, tapi side effect dia.. takut... sebab tu, baik kita jaga pemakanan dan sihatkan bada dari dalam.

    ردحذف
  15. anak mek yang nombor dua memang ada penyakit kulit. mudah nak meradang. biasa mek bagi vizomet. steroid tapi tak tahu brape % kandungannya. tapi sapu bila perlu je la.

    ردحذف
  16. Kesin bila kena penyakit ni..memng sensitif sngt..jadi kenela pakai produk yang khas..Mesti pedih kalau teruk sangat ni...kita yang luka sikit bila garu pun sakit

    ردحذف
  17. Wahhh baguslah info ini kita pun tak tahu yang dalam ubat sapu ada steriod ni hehehe pakai guna jer wakakak ok thanks sharing yang berguna sangat....

    ردحذف
  18. Sian pada yang kena sakit kulit ni. Pedih! Ubat ada banyak fasa. Sebaiknya permulaan terus dapatkan nasihat dan rawatan dari pakar. Elakkan melarat baru terhrgrh-hegeh nak ubati memang bukan senang nak baik. Good sharing

    ردحذف
  19. Thanks for sharing. Agree that the usage of steroid must be controllable and via doctor advice. Wrong usage / apply might cause problem too.

    ردحذف
  20. apa yg doc bagi, itu yg kita sapu. tak pernah check tahap kandungan steroid cuma tahu yang
    krim2 ni tak boleh pakai berterusan.
    bertabah la ye. kawal pemakanan je mampu untuk umur2 sekarang.

    ردحذف
  21. Bond ajuga pengidal ekzema...mmg dr pakar bg ubat sapu jenis yg ada steroit...kadang2 ubat tu berkesan...kadang x...pening juga

    ردحذف
  22. On the off chance that you are looking for best McAfee specialized help, Our McAfee client care number and locate the best answer for it. Steroidshop

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!