Assalamualaikum dan salam sejahtera
ULASAN
Kembali lagi dalam sesi review filem. Sebenarnya filem ini telah ditayang beberapa bulan yang lalu. Tapi sebab masa itu aku agak sibuk, jadi terlepas tayangan di pawagam. Minggu lepas aku muat turun filem ini dan tonton di komputer riba sahaja.
Filem The Hustle (2019) merupakan satu filem komedi Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Chris Addison dan jalan cerita ditulis oleh Stanley Shapio, Dale Launer, Jac Schaeffer dan Paul Henning. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Anne Hathaway, Rebel Wilson, Alex Sharp dan juga Dean Norris. Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 10 Mei 2019. Dengan bajet sebanayk USD$ 21 juta, filem ini berjaya memungut kutipan box office sebanyak USD$ 95 juta.
Rotten Tomatoes : 14%
Rotten Tomatoes Rating : 3.86/10
Metacritic : 35/100
Cinemascore : B-
Baca Juga : [ 10 Filem Lakonan Shah Rukh Khan Terbaik ]
SINOPSIS
Filem ini mengisahkan tentang Penny (Rebel Wilson), seorang penipu (con artist) kecil-kecilan dan juga Josephine (Anne Hathaway) juga penipu tetapi yang lebih profesional. Mereka berdua bertemu dalam perjalanan ke French Riviera untuk kali pertama. Penny kemudiannya dapat tahu bahawa telah ditipu oleh Josephine. kemudian meminta bantuan Josephine untuk mengajar cara menipu yang profesional dan lebih baik.
Josephine dan Penny seterusnya telah merancang untuk menipu beberapa orang kaya dengan mencuri cincin pertunangan, dan rancangan ini digelar Lord of The Rings. Walaupun rancangan ini berjaya pada awalnya, tetapi Josephine tidak mahu membayar Penny sebarang duit dan keuntungan kerana Penny hanyalah seorang perantis sahaja. Kemudian, Penny dan Josephine mencabar masing-masing untuk menipu seorang orang kaya billionaire, Thomas Westerburg, yang merupakan pencipta applikasi Yaburnt.
Kemudian mereka saling melakukan dan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menipu. Walaubagaimanapun pengakhirannya adalah mereka berdua ditipu oleh Thomas Westerburg. Mereka masing-masing telah membayar $500,000 kepada Thomas Westerburg. Beberapa minggu kemudian, Thomas datang kembali dan membawa beberapa pelancong kaya untuk ditipu. Kemudian, Thomas memberi cadangan untuk mereka bertiga bekerjasama dalam menipu orang demi mendapatkan keuntungan.
ULASAN
PLOT
Bagi aku jalan cerita di dalam ini sungguh padat dan cepat. 94 minit terasa sangat cepat dan ada beberapa plot yang mungkin boleh dikembangkan. Tapi nak buat macam mana, filem ini bajet nya hanyalah USD$ 21 juta sahaja.
Yang menarik minat aku untuk menonton adalah bagaimana cara mereka menipu orang. Sangat licik ya! Terutama watak Josephine lakonan Anne Hathaway. Plot yang menarik juga di bahagian akhir di mana rupanya mereka juga ditipu oleh orang lain. Aku tak jangkakan plot sebegitu.
WATAK
Sememangnya lakonan Anne Hathaway tidak boleh disangkal kebolehannya. Untuk kali ini Anne Hathaway bercakap menggunakan British English dan bukannya American English. First time sebenarnya aku lihat lakonan beliau menggunakan British English. Mungkin ada sebelum ini, tapi mungkin aku terlepas pandang.
Watak Rebel Wilson sebagai Penny sememangnya sangat lucu. Sejak pertama kali aku lihat lakonan beliau di filem Pitch Perfect, sememangnya tahap lucunya sangat tinggi. Apa yang aku boleh nampak, untuk setiap filem yang dilakonkan oleh Rebel Wilson, wataknya adalah sama, iaitu menjadi Rebel Wilson sendiri. Aku tak nampak perbezaan yang ketara dalam setiap watak yang dilakonkannya.Tapi aku tak kisah, sebab lakonannya sangat lucu!
Untuk watak-watak lain, ianya sekadar membantu beberapa plot. Watak Thomas Westerburg juga satu watak penting sebab ianya membawa ke bahagian pengakhiran filem ini.
KOMEDI
Unsur komedi sangat banyak dalam filem ini. Dari mana komedinya kalau bukan dari Rebel Wilson sendiri. Ada beberapa komedi yang bagi aku tidaklah lucu, tetapi untuk orang lain mungkin ianya lucu.
Anne Hathaway juga ada melakukan beberapa komedi di dalam filem ini, tetapi pastinya komedi daripada Rebel Wilson lebih jelas kelihatan.
Secara keseluruhannya, filem ini merupakan filem yang menarik untuk ditonton ketika sedih atau ketika bosan, kerana banyak elemen komedi di dalam filem ini. Kalau anda yang jenis sukakan filem yang plotnya tidak berat, bolehlah tonton filem ini.
Sekian
** Suka untuk diingatkan bahawa segala review dan ulasan diatas adalah ulasan peribadi daripada penulis sendiri. Jika ada sebarang perbezaan pendapat itu bukan masalah penulis.**
Sumber : Google Image | Wikipedia
Cx dah tengok haritu. Pada cx, cerita ni best cuma itulah budget sikit, so cerita tak berapa nak kembang. Tapi cara diorang menipu tu hebat. Cuma part yg dia jadi buta dan jadi adik gila tu rasa macam, what? Hahah rasa biasa² je idea dia haha
ردحذفsbb tu rasa mcm filem ni patut ditayang mcm dkt netflix sahaja.
حذفada fat amy la, mesti best..hehe
ردحذفjemput tgok ya :)
حذفkaaannn..mesti best sbb watak fat Amy tu terngiang-ngiang dari cter pitch perfect
حذفMenarik.
ردحذفPelakon nyer tu, my feveret.
favourite saya jugak :)
حذفOhh rendah jugak eh rating dr semua pun. Mesti cerita ala ala chick flick saja. Tapi Anne Hathaway tu alaa comey la diaa
ردحذفceritanya bgi saya biasa-biasa, yg menjadikannya best sbb pelakon :)
حذفpenny ni walaupun gemok dia tetap cantik. arrrgh. tkpela nanti kalau gemok pun. tapi kalau penny berlakon mek sure akan tengok sebab dah boleh agak dia lucu.
ردحذفmmg lakonannya lucu dan bersahaja ;)
حذفSuka Anne Hathaway tu berlakon since Princess Diaries. Tak pernah menonton lagi filem ni. Boleh la cuba tonton nanti.
ردحذفboleh tonton ya nnti :)
حذفtengok trailer dah kelakar teruk. BBL memang fans si anne hathaway sebab dia cantik sangat. mostly movie lakonan dia off course saya akan tengok.
ردحذفbeliau awet muda ya! ;)
حذفbest! mesti nak kena tonton movie ni esp bila ada Anne Hathaway dan Fat Amy ni..memang minat sungguh kat Anne Hathaway nii
ردحذفlakonannya best! hehe
حذفNak tgok gak lah nanti. Sis pun peminat cerita komedi..hilang sikit stress bila dapat ketawa
ردحذفjemput tonton ya
حذفWow gabungan dua pelakon mantap ni. Kekadang perlu juga tonton movie macam ni. Santai dan menghiburkan. Boleh download juga ni.
ردحذفkan, diorang jarang digabungkan :)
حذفKalau rebel tu belakon mesti lawak. Blum tengok lagi cerita ni. Tipah tertipu ajela tengok citer ni.haha
ردحذفjemput tonton ya :)
حذفBelum tengok lagi movie ni. Dari solo buat keje menipu, pastu tertipu and jadi geng..Hihi. Nak tengok lah..nak tengok trick menipu dorang.
ردحذفboleh tonton ya , versi kelakar.
حذفHahaha tipu orang last2 kene tipu juga. Kene tengok ni supaya tak kene tipu dgn orang. Lagi laaa orang yg lurus bendul mcm Nur ni. Hihi
ردحذفcara diorang tipu tu best :)
حذفciter ni macam best masa tgk trailer dia ritu. tapi tak sempat lagi nak tengok. boleh la masuk list untuk tengok nanti.
ردحذفboleh tonton ya nnti. untuk isi masa lapang
حذفTengok trailer macam best. Kat nettflix dah kua ke eh?
ردحذفtak sure dh kuar ke blum.. sbb saya dh lama x pakai netflix
حذفNampak menarik gak cte ni ek tapi tu la i sejenis suka filem2 horror je hahahha..filem lain layan gak asal bkn filem cinta
ردحذفsaya ikut movie jugakla.. yg mana saya layan tu maksudnya okaylah haha
حذفSebagai peminat Anne Hathway, saya takkan terlepas tengok The Hustle. Belum dapat tengok lagi. Thanks bagi review.
ردحذفwelcome.. jemput tgok ya
حذفTak berapa suka sangat dengan Rebel Wilson ni sebab lawak dia selalunya over especially dalam Pitch Perfect. Maybe ada yang suka sebab lain orang lain taste kan haha. Anyway nak tengok sebab jalan cerita dia menarik.
ردحذفbetul tu, lain orang lin taste. saya oulak suka dengan lawak2 dan unsur humor beliau
حذفSaya tengok kak yang berlakon pitch perfect tu pon dh tau cite ni mesti best gakk nii hhahahaha, thank you review nnti akan ditonton
ردحذفwelcome, jemput tonton ya :)
حذفDedua pelakon ni fav ruby. Hehehe. Memang best kalau tengok gandingan gegila mereka ni.
ردحذفkan, diroang memang best bila berlakon :)
حذفwah pelakon fav ada berlakon dlm movie ni.mesti kena tengok ni.
ردحذفjemput tonton ya :)
حذفRawlins terbahak-bahak sepanjang jalan cerita nie. Memang lucu dan bertepatan pemilihan kedua pelakon nie
ردحذف