Assalamualaikum dan salam sejahtera
SALASILAH KELUARGA HAJI SU
LOKASI
Baru-baru ini aku berpeluang membuat lawatan ke Rumah Warisan Haji Su yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Jadi, aku nak kongsikan dengan anda semua tentang sedikit sebanyak sejarah yang ada pada Rumah Warisan Haji Su ini.
RUMAH WARISAN HAJI SU
Haji Su merupakan seorang ahli perniagaan dan pada zamannya adalah kalangan yang ternama di negeri Terengganu. Allahyarham dikatakan mempunyai banyak kapal untuk urusan dagang di rantau ini malah mempunyai kapal penumpang yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Singapura. Pemilik asal rumah ini juga diabadikan sebagai nama penempatan di situ iaitu Losong Haji Su.
Rumah Haji Su merupakan rumah paling besar di penempatan itu yang masih terdapat rumah-rumah tradisional yang melambangkan taraf kehidupan keluarga yang mendudukinya pada masa silam.
PEMULIHARAAN DAN AMBIL ALIH
Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta untuk tujuan pembelian dan pemuliharaan rumah ini iaitu sebagai usaha mengekalkan monumen atau artifak warisan bangsa agar tidak lenyap begitu sahaja bersama sejarah. Usaha ini juga bertujuan untuk ilmu tentang seni bina Melayu, yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya.
Kerja-kerja konservasi Rumah Haji Su bermula pada Jun 2014 dan berakhir pada penghujung Februari 2016. Di atas 3 lot tanah yang meliputi kawasan seluas 0.4 hektar di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Terengganu, Malaysia terdirinya Rumah Limas Belanda (1940an) dan Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga (1850).
Pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil alih warisan beharga ini untuk dibaikpulih dan dikekalkan sebagai sumber ilmu yang sangat penting kepada generasi hari ini dan akan datang. Ianya melambangkan kemajuan teknologi tradisional, ketinggian nilai senibina dan budaya Melayu.
GAMBAR RUMAH HAJI SU
SEBELUM DIBAIK PULIH DAN PEMELIHARAAN
Sumber Gambar : Pensel Patah Tun Teja
Sumber Gambar : Pensel Patah Tun Teja
GAMBAR RUMAH HAJI SU
SELEPAS DIBAIK PULIH DAN PEMELIHARAAN
GAMBAR SEKITAR KAWASAN
RUMAH HAJI SU DI BAHAGIAN LUAR DAN DALAM
Bahagian dalam rumah ini sangat luas dan besar, serta suhunya sejuk sahaja walaupun diluar sangat panas terik. Boleh dilihat betapa kayanya Haji Su apabila rumah ini mempunyai pelbagai ruang serta jumlah bilik yang banyak.
Potret Haji Su
Usaha pihak Kerajaan Negeri serta Muzium negeri untuk memulihara dan pelihara Rumah Warisan Haji Su ini merupakan salah satu langkah terbaik dalam mengekalkan lambang kesenian dan senibina melayu.
Sumber : Google Image | Google Maps
Sekian
Artikel ini dihasilkan dari program You'll Love Terengganu.. and forever! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 20 hingga 24 Ogos 2019 anjuran Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine
Uniknya rumah Haji Su
ردحذفmmg sgt unik dan cantik :)
حذفmenarik juga untuk dilawati, boleh ubah angin nanti. teruskan post entry pasal tempat menarik di Terengganu mungkin satu hari nanti jadi duta pelancongan mana tahu
ردحذفhaha in shaa Allah :) terima kasih
حذفhari tu lalu je tapi tak singgah. memang cantik and kesenian terengganu terserlah. insyaAllah boleh singgah next time.
ردحذفjemput singgah ya
حذفLama dah tak jalan-jalan sekitar Terengganu. Dulu family suka ke sana. Haa kalau ke sana lagi bila-bila nanti, boleh la singgah-singgah tengok rumah ni. Nisa suka tengok rumah lama tradisional macam ni.
ردحذفterbaik! rumah ni mmg cantik tau!
حذفbanyak warisan negara seperti ini. Kene patut dipulih dan diperlihara. nice
ردحذفterima kasih :)
حذفFantastic and interesting. Bagus betul Haji Su nie. Beliau ambil berat sejarah hidup keluarganya. Tak ramai orang buat camtu. Btw, thanx for sharing. You gave me idea on where to visit in Terengganu.
ردحذفjemput melawat terengganu ya
حذفseriusly baru tahu kewujudan rumah ni..dan tak sangka kita ada orang melayu yang berjaya pada zaman dulu...cuma tertanya..apa yang terjadi dekat generasi nya sekarang masih berniaga atau sebaliknya
ردحذفsamalah kita
حذفbagus ada usaha nak jaga warisan rumah lama. rumah kayu ni unik at least generasi akan datang boleh tengok keindahahan seni rumah melayu lama.
ردحذفmmg unik rumah ni. alhamdulillah atas usaha pemuliharaan
حذفThis house is authentically traditional and beautiful. Simple and raw. I hope it will be well maintain for years to come for generations to know about this place.
ردحذفyes! so beautiful
حذفCantiknya rumah tu bila dah dibaikpulih.. Besar pulak tu.. Besar juga nilai peruntukkan baikpulih rumah tu ya.. Moga terus terpelihara..
ردحذفmmg cantik :)
حذفMEMANG KLASIK HABISLAH REKAAN RUMAH BAGUS ADA USAHA UNTUK MENJAGA KERANA REKA BENTUKS ANGAT MENARIK DAN SUSAH NAK JUMPA RUMAH MACAM NI BAGUS UNTUK GENERASI AKAN DATANG...
ردحذفbetul tu. mmg harapnya akan terus dijaga :)
حذفUiksss bagus2..details abes cte dia. Tapi besar nau umah ni hahah aritu masuk pun lelah nak gi semua
ردحذفhehe.. mmg tak sempat hbis masuk bilik dlm rumah tu.. besar gile..
حذفWarisan sejarah yang tak akan ditelan dek zaman..kena bawak anak² ke sana ni biar dia tahu Malaysia ni penuh dengan keindahan kemelayuan. Kalau tak bila cerita nganga je tak dpt imagine .. hehehe
ردحذفbetul tu. jemput dtg ya ke rumah ni nnti
حذفkita dok teganu pun tak pernah sampai sini. nanti nak bawa la anak2 tengok warisan terengganu yang unik ni. thanks for sharing
ردحذفwelcome. bolehlah singgah nnti :)
حذفCantik nyer rumah lama ni. Memang patut dipelihara dan dipulihara.
ردحذفMenjadi kenangan generasi muda kelak. Sejarah is so good sebab ia preserve whatever dulu kala, kan.
betul tu. :)
حذفBesar betul rumah ni kan. bagus betul kerajaan negeri ambil alih , pulih dan pelihara rumah ni. untuk generasi akan datang juga nanti.
ردحذفsangat besar dan cantik! :)
حذفCantik rumah2 lama macam ni. Harus dikekalkan dan dipelihara. Suka tengok rumah2 mcm ni. Harap dapat pergi kesini dan lihat sendiri keunikkn rumah2 lama seperti ini
ردحذفjemput dtg terengganu ya
حذفSalam Saya hazree ...dri johor ...arwah atok Saya Mohammed bin tahir bin Muhammad ...mengikit cerita arwah atok ....moyangnya dulu Dari terenggsnu menaiki kereta rosroy hinggs ke mersing dn terus duduk di mersiing....
ردحذف