Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Beberapa tahun yang lalu, aku ada terbitkan satu artikel yang berjudul 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2017. Ya, pada tahun 2017. Kini kita sudah berada di hujung-hujung tahun 2019. Adakah senarainya masih sama? Atau ada perubahan? Adakah bangunan di Malaysia turut tersenarai? Jom kita lihat senarai 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019.
Baca Juga : [ 10 Selebriti Paling Ramai Follower di Instagram 2019 ]
10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019
Untuk bahagian TAHUN, ianya bukan tahun bangunan itu siap, tetapi tahun dimana bangunan itu mencapai ketinggian tersebut kerana ada bangunan di dalam senarai ini masih dalam pembinaan.
10. China Zun
Sumber : Wikimedia
Lokasi : Beijing, China | Ketinggian : 528 meter | 108 Tingkat | Tahun : 2018
Bangunan tertinggi di bandaraya Beijing.
9. Tianjin CTF Finance Center
Sumber : Wikipedia
Lokasi : Tianjin, China | Ketinggian : 530 meter | 98 Tingkat | Tahun : 2019
8. Guangzhou CTF Finance Center
Sumber : Skyscrapercenter.com
Lokasi : Guangzhou, China | Ketinggian : 530 meter | 111 Tingkat | Tahun : 2016
Bangunan tertinggi di Guangzhou dan kedua tertinggi di wilayah Guangdong.
7. One World Trade Center
Sumber : Britannica.com
Lokasi : New York, USA | Ketinggian : 541.3 meter | 104 Tingkat | Tahun : 2014
Bangunan tertinggi di Hemisfera Barat, USA dan juga Amerika Utara. Bangunan tertinggi di luar benua Asia.
6.Golden Finance 117
Sumber : Skyscrapercity.com
Lokasi : Tianjin, China | Ketinggian : 596.6 meter | 128 Tingkat | Tahun : 2019
Bangunan tertinggi di China luar dari Shanghai dan juga wilayah Guangdong.
4. Ping An Finance Center
Sumber : Archpaper.com
Lokasi : Shenzhen, China | Ketinggian : 599 meter | 115 Tingkat | Tahun : 2017
Bangunan tertinggi di Shenzhen dan wilayah Guangdong. Berkongsi rekod sebagai dek pemerhatian tertinggi dengan Shanghai Tower di ketinggian 562 meter.
3. Abraj Al-Bait Clock Tower
Sumber : Pinterest
Lokasi : Mecca, Saudi Arabia | Ketinggian : 601 meter | 120 Tingkat | Tahun : 2012
Bangunan tertinggi dengan mukaan jam, kedua tertinggi di Timur Tengah dan tertinggi di Arab Saudi.
2. Shanghai Tower
Sumber : Dezeen
Lokasi : Shanghai, China | Ketinggian : 632 meter | 128 Tingkat | Tahun : 2015
Merupakan bangunan tertinggi di China dan juga Asia Timur.
1. Burj Khalifa
Sumber : cntraveler
Lokasi : Dubai, UAE | Ketinggian : 828 meter | 163 Tingkat | Tahun : 2010
Masih unggul sebagai bangunan tertinggi di dunia sejak tahun 2010.
19. Petronas Twin Tower
Sumber : Busonlineticket
Lokasi : Kuala Lumpur, Malaysia | Ketinggian : 451.9 meter | 88 Tingkat | Tahun : 1998
Bangunan berkembar tertinggi di dunia, memegang takhta bangunan tertinggi di dunia setelah selesai pembinaannya juga bangunan pertama memegang takhta tertinggi di dunia sejak tahun 1908 selain dari USA.
Sekian sahaja kira turun untuk 10 bangunan tertinggi di dunia dan juga bangunan tertinggi di Malaysia. Bagaimana? Cuba anda bandingkan dengan artikel pada tahun 2017 yang aku tulis. Berbeza atau tidak? Jumpa lagi untuk beberapa tahun akan datang untuk ketahui bangunan tertinggi untuk tahun tersebut.
Baca Juga : [ 11 Bandar Paling Banyak Bangunan Pencakar Langit di ASEAN ]
Sekian
Sumber : The Tower Info
nice sharing.. tinggi jugala menara kita walaupun di nombo 19
ردحذفrasanya ada lagi kan building tinggi nak bina kat KL nun.. pakat saing
sapa lagi tinggi lew lepas ni =D
terima kasih. ya, ada byk yg sedang dibina di Kuala Lumpur. :)
حذفtaipei 101 tak termasuk?
ردحذفtaipei 101 di ranking belas-belasan. dah banyk bangunan yg potong :)
حذفbanyak bangunan tertinggi berada di China rupanya.
ردحذفitu bangunan betul2kan bukan fake? hahahah
itulah, china mmg sangat cepat membangun. boleh lihat dekat senarai ni, berapa je daripada negara tu.
حذفDah tertalu byk banggunan pencakar langit ni. sampai KLCC no 19. Woww dulu masa sekolah ingt lagi kalau org tnya banggunan paling tggi dunia ofcourse KLCC
ردحذفya, makin banyak sekarang ni. tapi di Malaysia pun ada bangunan yg sedang dalam pembinaan :)
حذفInfo ini memberi ilmu baru kepada saya..
ردحذفsemoga bermanfaat :)
حذفmakin banyak bangunan2 tinggi especially kt china. tengok je pun dah gayat, kalau dapat naik, pitam terus. 🤭
ردحذفitulah.. saya pun ada jugak perasaan gayat tu
حذفinfo yang bermanfaat ni..tapi kalo dah sampai 100 tingkat, geli tapak kaki oii..gayat..mmg tak pandang luar tingkap dah ni..hihi
ردحذفhaha betul tu. saya yg berbelas tingkat pun dah gayat...
حذفAkan datang bangunan X-seed 4000 akan dibina di Jepun. Bangunan ini direkabentuk seperti sebuah gunung bagi mengekalkan keteguhannya. Kos binaan yang tinggi akan melewatkan bangunan ini untuk siap dalam masa terdekat. mungkin 40 ke 50 tahun lagi baru ada.
حذفwahh berapa tingginya? macam lambat lagi nk siap tu.
حذف