Acson Perkenal Spray Anti VOC Pertama di Malaysia

Aerill Hassan
25


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Acson Perkenal Spray Anti VOC Pertama di Malaysia

Siapa yang suka rumah yang penuh dengan bahan kimia di udara yang boleh memberi kesan pada kesihatan diri dan keluarga? Semestinya kita akan memberi yang terbaik buat keluarga dan diri sendiri. Untuk hidup dengan udara yang bersih lagi sihat.

Baru-baru ini aku berpeluang untuk ke majlis pelancaran Spray Anti VOC yang pertama di Malaysia. Nak tahu apa itu VOC? Nak tahu juga apa faedah yang diberikan oleh Spray Anti VOC ini serta bagaimana nak cari dan beli? Anda boleh baca selanjutnya di bawah ya!


ACSON MEMPERKENALKAN SPRAY ANTI VOC PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK MEMULIHKAN UDARA DALAMAN

Jenama penghawa dingin tempatan, Acson Malaysia pada 23 Oktober mengumumkan pelancaran Anti Volatile Organic Compound (VOC) Spray yang pertama di Malaysia bagi meningkatkan kualiti udara dalaman serta memberi gaya hidup sihat kepada pengguna.

Acson Perkenal Spray Anti VOC Pertama di Malaysia
(From left) Mr Lee Chuan Yee, Head of Department, Product & Marketing, Acson Malaysia; Mr Rosli bin Ibrahim, Senior Manager of Business Development, Acson Malaysia; Mr Yeap Kin Oun, General Manager of Acson Malaysia together with Mr Tan Han Chuan, Head of Department at Network Development Acson Malaysia. 

Pengurus Besar Acson Malaysia, Encik Yeap Kin Oun berkata, "Walaupun rata-rata masyarakat sedar akan pencemaran udara, namun kita tidak sedar bahawa Volatile Organic Compound (VOC) juga merupakan ancaman yang tersembunyi dalam diaman kita. VOC yang sudah sebati di udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Beliau berkata lagi, "Persekitaran dalaman adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada persekitaran luar seperti yang dinyatakan dalam laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. Anti VOC Spray direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman yang baik kerana hari ini orang ramai banyak menghabiskan sebahagian besar masa dalam persekitaran yang tertutup. Kami yakin bahawa semburan itu tidak bertoksik dan tidak berbahaya untuk kesihatan”.

Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan kanser.

Acson Anti VOC Spray direka khas untuk menguraikan VOC, bahan kimia yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara, produk pembersihan, rokok, dan ianya boleh kekal sehingga 2 tahun.

Acson Anti VOC Spray mudah digunakan bagi meminimumkan pendedahan kepada VOC. Ia boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi (kecuali peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakas makan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi). Selepas digunakan, ia memerlukan masa 24 jam untuk membentuk lapisan salutan. Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran lampu (cahaya matahari atau cahaya lampu). Tanpa gosokan yang kuat di permukaan, kesan fotokatalis boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Acson Perkenal Spray Anti VOC Pertama di Malaysia

Di samping perlindungan yang tahan lama terhadap VOC dan bakteria, Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau serta selamat untuk kegunaan dalaman. Contohnya, bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai boleh dihilangkan dengan dengan semburan Acson Anti VOC Spray.

Acson Malaysia sebagai pengedar eksklusif Anti VOC Spray di Malaysia, yang dihasilkan oleh Nanopac Co, Ltd Korea dan diterajui dengan teknologi Nano Titanium Dioxide dipatenkan.

Acson Malaysia berusaha menghasilkan produk terbaik untuk pengguna sejak penubuhannya. Mereka kini lebih khusus untuk memberi kualiti udara dalaman yang terbaik untuk memenuhi tuntutan yang tinggi dalam pasaran Malaysia bersamaan dengan tagline mereka “Nature Breeze (Bayu Semula Jadi)”.

Untuk meraikan ulang tahun ke-35, Acson Malaysia telah melancarkan Aroma Diffuser yang sesuai untuk individu yang mengutamakan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Dengan menambah beberapa titik minyak aromaterapi dalam Aroma Diffuser, ditambah pula dengan cahaya ambien yang sedia ada, ia boleh mewujudkan ketenangan dalam rumah serta meningkatkan kualiti tidur yang nyenyak. Ianya juga boleh berfungsi sebagai humidifier untuk mengekalkan kelembapan di udara pada tahap yang sihat dan selesa. Aroma Diffuser juga sesuai untuk individu yang selalu menghabiskan waktu yang lama dalam bilik berhawa dingin.

Acson Malaysia mengeluarkan dua model Aroma Diffuser untuk memenuhi permintaan pengguna. Aroma Diffuser dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk aktifkannya. Secara berasingan, Aroma Diffuser Speaker didatangkan dengan tangki air 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai. Kedua-duanya Aroma Diffuser kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh pelancong yang melancong secara santai.

Acson Perkenal Spray Anti VOC Pertama di Malaysia

"Sebagai salah satu jenama yang dikenali dalam industri, kami komited untuk menghasilkan peralatan elektrik yang mesra alam kepada pengguna Malaysia. Penambahan produk terbaru kami bertujuan untuk menyempurnakan ruang dalaman rumah anda menjadi ruang yang tenang dan selesa, "kata Pengurus Besar Acson Malaysia, Encik Yeap Kin Oun.

Bagi meraikan pelancaran produk baru, iaitu Acson Anti VOC Spray dan Aroma Diffusers akan dijual secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula dari 23 Oktober 2019 hingga 29 Oktober 2019. Produk ini akan dijual di Acson online store bermula pada 29 Oktober 2019. Dalam tempoh promosi eksklusif ini, pembeli yang membuat tempahan awal akan dapat membeli Acson Anti VOC Spray dengan harga diskaun sebanyak RM 159 sahaja berbanding harga asal RM 209. Aroma Diffuser dan Aroma Diffuser Speaker berharga RM129 (harga asal RM169) dan RM189 (harga asal RM229). Secara berasingan, set minyak aromaterapi

lavendar, eucalyptus dan lemongrass boleh didapati dengan harga RM49 (harga asal RM87), setiap botol minyak aromaterapi mengandungi 5ml.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati https://acson.com.my .

Sekian

إرسال تعليق

25تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wow ! Inovatif. Ini bagus sangat ni. Memang udara kita nampak sihat tapi sebenarnya tercemar. Dengan ada semburan nyah bakteria ni dapat neutralkan balik udara kita. Itu lebih baik. Thanks acson !

    ردحذف
  2. Wah... This really grab my attention.. with the promo price sure can get more for home...
    For sure I will go get this too

    ردحذف
  3. Menarik.. haha. Jika harga lagi murah maybe golongan bawahan akan membeli juga alat sebegini. Dengan ekonomi sekarang rakyat lebih hati2 di dalam memilih perkakasan sebegini. BTW Bro. terima kasih berkongsi satu produk yang baharu.

    ردحذف
  4. Bagus ni especially families yang ada anak kecil macam i. Worth to buy!

    ردحذف
  5. Bagus ni. Memandangkan udara kita banyak yang dah penuh dengan asap, bau bahan kimia, pencemaran dan macam-macam bau.

    ردحذف
  6. Bagus ni,selain dapat menjaga kebersihan udara harga pun murah serta mampu milik.

    ردحذف
  7. Nampak menarik lroduk yang dikeluarkan Acson Malaysia ni. Betul sangat! Kualiti udara dalam rumah ni kadang kadang kita tak tahu sejauh mana baik atau tidak untuk keaihatan kita. Kena beli untuk rumah sebab harga pun murah saja kan

    ردحذف
  8. Produk yg bagus utk mereka yang anat pentingkan kebersihan di dalam rumah... esp jika penghuninya seorang yang hisap rokok kan?

    ردحذف
  9. bagus ada benda ni kat setiap rumah, macam sis pun patut ada sebab kat rumah ni banyak kucing. harga pun tak lah mahal

    ردحذف
  10. Tengok benda ni macam interested pulak. Lagi lagi dekat rumah ada budak budak kecik kan. Lagi rasa penting ada benda ni

    ردحذف
  11. Kita pun rasa nak beli satu letak kat rumah selain nak segarkan udara mungkin boleh letak wangian bagi wangi hehehehehe baru rasa balik rumah tak stress sangat hehehehe...

    ردحذف
  12. Menarik perkongsiannya dan ia turut merupakan sebuah kejayaan kerana menghasilkan benda ni untuk menjaga kesihatan. Inovatif dan bangga pun ada. hehe

    ردحذف
  13. bagus juga ni, memandangkan udara kita sekarang ni pun mudah tercemar kan. apa salahnya invest dalam produk macam ni.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!