Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beberapa minggu yang lalu, aku telah ke Qprint Station di KL Sentral untuk membuat business card yang cepat dan murah. Sebenarnya ada yang lagi murah tetapi mengambil masa beberapa hari untuk siap. Disebabkan aku tak dapat nak tunggu masa yang lama, jadi aku terus google tempat mana yang buat cepat dan 'pop' terus muncul Qprint Station ni.
Untuk harga yang ditawarkan adalah RM26 bagi business card satu bahagian untuk pilihan berwarna. Kalau untuk depan dan belakang bagi pilihan berwarna harganya adalah RM38 sahaja.
Untuk business card yang berwarna hitam dan putih, harganya adalah RM20 untuk satu bahagian manakala RM23 untuk depan dan belakang. Bagi aku harganya sangat berpatutan kerana dengan harga macam tu boleh dapat 100 keping dalam masa yang tak sampai satu jam!
Ada juga perkhidmatan lain selain daripada buat business card ya! Kalau macam anda ada terlupa nak print apa-apa dokumen, boleh terus ke sini, kerana semuanya sangat mudah dan cepat!
Untuk pengalaman aku buat business card disini, senang sahaja. Aku dah buat design sendiri di rumah, kemudian terus hantar ke email diorang. Lepas tu, krew diorang akan check sama ada design itu sesuai dengan saiz kard atau tidak. Macam aku, ada beberapa pengubahsuaian terakhir. Kemudian, terus print waktu itu juga! Tak perlu tunggu sampai satu jam sebenarnya!
Hasilnya :)
LOKASI
Website : http://www.qprint.my/
Facebook : https://www.facebook.com/qprint.station
Alamat : Q Print Station, Level 1, KLIA Ekspres Departure Hall, KL Sentral Station, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Sekian
waahh cepat .. lawa lagi..
ردحذفmemang pantas. :)
حذف