Pertama Kali Ke Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Aerill Hassan
40


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sunway Lost World Of Tambun

Pada bulan September 2019 yang lalu, aku berpeluang ke Sunway Lost World Of Tambun yang terletak di bandaraya Ipoh, Perak. Aku bukan pergi seorang diri tetapi bersama rakan-rakan blogger dan juga media yang lain. Alhamdulillah, salah satu pengalaman yang tak akan aku lupakan kerana sebelum ini aku belum pernah ke mana-mana Taman Tema dan ini adalah kali pertama. (sad)

Sunway Lost World Of Tambun

Kami semua ke Sunway Lost World Of Tambun kerana ingin menyaksikan  acara Day Of The Dead iaitu tema bagi perayaan Halloween yang diadakan di Sunway Lost Word Of Tambun. Untuk baca artikel mengenai sambutan perayaan itu dan bagaimana nak kunjungi, anda boleh baca artikel tulisan aku di www.projektravel.com . Terima kasih diucapkan kepada team Projek Travel kerana memberi peluang yang sangat bermakna.

Untuk artikel kali ini, aku akan kongsikan pengalaman aku sepanjang keberadaan aku di Sunway Lost World Of Tambun. Alhamdulillah, selama dua hari satu malam aku dan rakan-rakan berada di sini. Pada hari pertama, perjalanan seawal pagi dari Sunway Lagoon kemudian terus ke Sunway Lost World Of Tambun sekitar tengah hari. 

Setelah sampai, kami terus dibawa ke Adventure Park untuk makan tengah hari di sana. Alhamdulillah, makanannya sangat sedap! Kemudian, kami semua dibawa melawat beberapa tempat menarik di dalam Sunway Lost World Of Tambun. Antaranya adalah :-

TIN VALLEY
Sunway Lost World Of Tambun
Lembah Bijih Timah diwujudkan di Sunway Lost World Of Tambun untuk memberi nostalgia kepada pengunjung, kembali ke zaman lampau dengan mendulang bijih timah. 

Sunway Lost World Of Tambun
Di kawasan ini anda dapat lihat sejarah bagaimana aktiviti perlombongan bijih timah dilakukan. Aktiviti perlombongan bijih timah sememangnya tidak asing lagi dengan bandar Ipoh. 


DULANG TEA HOUSE
Sunway Lost World Of Tambun
Tempat menarik untuk anda lepak selepas berjalan jauh. Pelbagai menu menarik ada di sini. 

Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun
Senarai menu yang terdapat di sini.

LOST WORLD TIGER VALLEY 
Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun
Kami juga berpeluang untuk menonton persembahan harimau dan juga beberapa haiwan lain di sini. Persembahan memberi makan kepada harimau.

Sunway Lost World Of Tambun
Pantas ya harimau ni!

Sunway Lost World Of Tambun
Pertama kali aku dapat pegang bulu Racoon.

Sunway Lost World Of Tambun
Burung ni datang betul-betul dekat depan aku! Suprise sangat.

LOST WORLD GLAMPING
Sunway Lost World Of Tambun
Antara tarikan menarik di Sunway Lost World Of Tambun iaitu Glamping! Menginap di sini dengan gaya mewah. 

Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun

IPOH STREET
Sunway Lost World Of Tambun
Ipoh Street salah satu tarikan di sini. Penuh dengan hidangan dan makann tempatan. Bebrapa hidangan yang mesti dicuba termasuk tau fu fah dan sebagainya

Selesai untuk petang itu, dan kami semua diberikan masa bebas untuk lakukan dan sertai aktiviti yang terdapat di Sunway Lost World Of Tambun sehingga pukul  6 petang sahaja, kerana acara utama akan berlangsung pada malam ini iaitu acara Day Of The Dead. Sementara masa yang ada sebanyak 3 jam lebih, ada sebilangan yang pergi mandi manda di taman tema air, ada yang terus ke hotel untuk berehat dan ada juga yang bermain permainan di Taman Hiburan yang ada di sini. Aku antara yang terus bermain permainan yang ada di Taman Hiburan.

LOST WORLD AMUSEMENT PARK

LUPE'S ADVENTURE : ROLLER COASTER
Sunway Lost World Of Tambun
Gambar Hiasan
First time aku naik roller coaster. Sangat seronok! Kali ini aku bersama dengan abang-abang SWATV dan juga rakan blogger, Cik Lily Putih & suami juga dengan Nad. 

DRAGON FLIGHTS
Sunway Lost World Of Tambun
Seterusnya kami naik Dragon Flights ni. Kak Lily dengan suami dah balik ke hotel, jadi tinggal yang selebihnya sahaja. Memang pengalaman pertama kali jugak. Takut pun ada, tapi akhirnya best sangat!

Sunway Lost World Of Tambun

STORM RIDER
Sunway Lost World Of Tambun
Permainan terakhir adalah Storm Rider! Yang ni pun seronok jugak sebab ada budak-budak sekolah yang join sekali. Memang sakit kepala tapi best!

Kemudian setelah penat lelah bermain dan berseronok-ronok, akhirnya kami masing-masing pulang ke hotel untuk berehat sebelum ke acara malam itu. Seronok juga sebenarnya bila main permainan macam ni. rasanya kali terakhir aku main permainan sebegini di Pesta Pulau Pinang 10 tahun yang dulu.

Sekian sahaja untuk cerita kali ini. Nantikan bahagian berikutnya mengenai acara Day Of The Dead yang berlangsung dengan begitu cantik dan meriah walaupun umum mengetahui bahawa perayaan Halloween berkait rapat dengan unsur seram. Nantikan artikel berikutnya.

Terima kasih diucapkan kepada Projek Travel dan juga Sunway Lost World Of Tambun kerana memberi peluang dan pengalaman yang sungguh indah dan menyeronokkan.

إرسال تعليق

40تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. lama tak pergi Tambun, cuti sekolah nanti bolehlah plan ke sana!

    ردحذف
  2. Bestnya, lama juga pasang impian ke sini tapi belum ada rezeki lagi.

    ردحذف
  3. Tidak! sangat cemburu sebab i is missing Lost World Of Tambun so badly. Tempat ni sangat best kot. I went there for glamping , pastu lepak makan kat Dulang Cage tu sangat lah sedap semuanya. Argh rindunya!

    ردحذف
  4. heheheh jgn risau awk pertama kali yg sy ni haa TAK PERNAH SAMPAI lagi!! hahaha adoi la insyAllah akn plan utk bwk family bdk2 msti suka temp2 macam ni dh la lengkap semua benda pun ada setel satu tempat je!!

    ردحذف
  5. Bestnya kalau Rawlins boleh join sekali untuk Day of The Dead nie. Rawlins pernah ke LWOT untuk meraikan kawan yang nak berkahwin dan sangat menyukainya. Memang bergembira sampai ke malam kami kat situ.

    ردحذف
  6. Hehehe....... saya pun baru jer balik Dari Perak vacation. Tapi x dek lak jejak kaki ke tambun. Looks like you have lotsa fun. Hehehe.........

    ردحذف
  7. Not yet been there! But will be there if I got the chance ~ thanks for sharing!

    ردحذف
  8. I da penah smpi, dah masih teringan smpi skg masa water theme park yg ada pelampong tu.. mmg best giler jerit tak ingat dunia.

    ردحذف
  9. Antara taman tema yang menarik dan best kat Malaysia ni adalah LWOT lah banyak aktiviti dan perkara boleh buat bersama keluarga. Cuma sejak maju kawasan tu dah macam terhad segalanya yang paling jelas kandang Badak Air tu belakang rumah orang hehehehe..

    ردحذف
  10. Heard so much about this place but have yet to visit it. Great post & I'm looking forward to check it soon on my next holidays plan.

    ردحذف
  11. Tak pernh pergi lost of world tambun lagi.. Harap dapat pergi.. Tengok mc best je.. Siap ade mainan semua.. Berbaloi bawak anak ke sini..

    ردحذف
  12. Bestnye pergi lost world tambun ni.tak pernah jejak lagi. Mmg plan nk turun ipoh dalam masa terdekat.tiket beli online better or walk in je?

    ردحذف
    الردود
    1. saya rasa mana-mana pun okay. kalau macam plan lambat lagi nak pegi, boleh beli online je. kalau macam tiba2 ada dkt ipoh, pastu mcm terasa nk masuk, boleh walk in ;)

      حذف
  13. Pernah ke sini sekali tapi tak sempat nak tinjau semua kawasan. Memang terbaik untuk bawa anak2 bercuti.

    ردحذف
  14. Okay la tu dah sampai jugak. Akak ni haaa dah bape kali pikir nak bawak anak-anak kononnnya tapi x sampai-sampai pun lagi huhu..

    ردحذف
  15. Great moments! Kaknie pernah ke sana tahun 2017. Memang have fun sehari suntuk. Dan kaknie masih ingat burung putih tu. Sally ke apa nama dia. Very entertaining! Haih rasa macam nak repeat pulak ke sana

    ردحذف
  16. Seronoknya dah lama sangat tak pergi LWOT ni last pergi masa sekolah kot macam-macam benda best terbaru ada kan

    ردحذف
  17. dah banyak mainannya. masa mek pergi around 2012 kot. banyak dia tutup untuk renovation. harga tiket time tu rm48 je lah masuk waterpark. kena repeat ni.

    ردحذف
  18. SYOKK AIHH BERCUTI...BANYAK AKTIVITI NAMPAKNYA...MEMANG TAK PERNAH PERGI , RASANYA NAK AJAK FAMILY KE SINI CUTI NANTI...SEMUA ADA HAAA ...GAMES NATURE DAN RILEKSSS

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!