Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang Review Lost World Hotel, Sunway Lost World Of Tambun. Untuk yang belum tau, pada bulan September yang lalu aku telah ke Sunway Lost World Of Tambun untuk menghadiri acara Day Of The Dead. Kalau nak baca tentang acara tersebut boleh baca artikel yang aku tulis di ProjekTravel.com.
Untuk kali ini aku nak cerita tentang Lost World Hotel. Sunway Lost World Hotel terletak di kawasan rangkaian batu kapur di Ipoh, dan terletak berhampiran dengan Sunway Lost Of Tambun. Hotel ini hanyalah 2 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur dan juga 90 minit sahaja dari Pulau Pinang melalui Lebuh Raya Utara Selatan.
Hotel ini mempunyai 174 bilik dan suites. Dua tiket percuma untuk ke Sunway Lost World Hot Springs & Spa di waktu malam untuk setiap bilik yang ditempah.
Ini adalah bilik yang aku bermalam pada hari kejadian. Nampak simple tapi kemas dan cantik. Walaupun mempunyai dua katil, tetapi entah macam mana, hanya aku seorang sahaja yang bermalam di bilik ini.
Ruangan Toilet
Barangan kelengkapan yang disediakan.
TV dan meja untuk membuat kerja dan sebagainya.
Pemandangan dari tingkap bilik hotel aku.
Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan bilik dan hotel ini. Pertama, sebab hotel sebagai tempat untuk bermalam dan berehat sahaja. Masa selebihnya dihabiskan di Sunway Lost World Of Tambun yang terletak betul-betul depan hotel ni. Untuk memulihkan tenaga selepas penat bermain di taman tema. Kedua, wifi di hotel juga agak laju. Sesuai untuk mereka yang mengharapkan data Wifi untuk bermain internet. In shaa Allah jika ada rezeki aku nak bawak keluarga aku bercuti di sini nanti.
----------
BERSARAPAN DI GARDEN TERRACE
Pada hari terakhir, iaitu hari kedua aku berpeluang untuk makan sarapan di Garden Terrace iaitu tempat untuk makan yang terletak di sebelah pintu masuk ke Sunway Lost World Of Tambun. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa dalam 2 jam setengah, adalah afdhol dan sangat penting untuk mengisi perut sepenuh-penuhnya. Haha.
Salah satu tempat untuk ambil makanan.
Ada petugas yang akan masak makanan
Tempat mengambil makanan dan sarapan
Suasana di Terrace Garden
Makan sarapan dengan pemandangan Sunway Lost World Hotel sambil memikirkan tentang masa depan yang masih belum dicapai. Haha.
Apa yang aku makan pada pagi tersebut.
Sebenarnya ada lagi makanan lain, tapi aku rasa macam tak boleh nak penuhkan sebab perut aku berada di tahap full capacity. Kalau masuk lagi mungkin makanan akan keluar melalui dua cara, muntah atau ber*k. Makanan di sini juga boleh tahan sedap ya! Sama seperti hotel yang aku pernah pergi sebelum ni.
--------
TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN
Sekian sahaja untuk kisah aku Pertama Kali ke Sunway Lost World Of Tambun, Pengalaman Menyambut Haloween 'Day Of The Dead, dan juga Review Lost World Hotel. Alhamdulillah. Bersyukur atas rezeki yag diberikan. Terima kasih banyak-banyak kepada Projek Travel dan juga pihak Sunway Lost World Of Tambun kerana sudi menjemput. Sememangnya pengalaman yang tidak akan dilupakan. Tak dilupakan juga kepada rakan-rakan media yang lain. Terima kasih.
Sunway Lost World Hotel
Sunway City Ipoh, Perak, Malaysia
2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
T : +605 540 8888
F : +605 540 8899
E : lostworldhotel@sunway.com.my
Room Booking
T : +605 540 8888/01/02
E : lwhreservation@sunway.com.my
Terima kasih diucapkan kepada Projek Travel dan juga Sunway Lost World Of Tambun kerana memberi peluang dan pengalaman yang sungguh indah dan menyeronokkan.
Tempat ni nampak menarik, saya masih belum pernah pergi Lost World of Tambun.
ReplyDeleteMungkin boleh ajak mama papa cuti sekolah nanti.
boleh lah pergi nnti tau! best :)
DeleteAdmiring the commitment you put into your site and
ReplyDeletein depth information you provide. It's nice to come across a blog every once in a while that
isn't the same unwanted rehashed information. Excellent read!
I've bookmarked your site and I'm including your RSS feeds to my Google account.
bestnya daapt bercuti.. satu hari nanati saya akan bawa famili ke sini.. mmg lama juga dah plan nak buat tour satu semenanjung... tq infonya
ReplyDeleteTak pernah pergi sini! Boleh masuk wishlist travel untuk 2020!
ReplyDeleteBest nya hotel ni & Lost world of Tambun park tu. Hope ada rezeki nak anak-anak one day.
ReplyDeleteCantek kan bilik dia. Kemas jer. Masuk tambun mmg puas dpt bermain. And macam2 aktiviti ada yg boleh disertai
ReplyDeleteWah.. Menariknya bilik nya.. Nmpk kemas n rapi tersusun.. Berapa harga sebilik yea? Boleh la AM singgah ke sana sebelum blk kg bersama anak2..
ReplyDeletebestkan stay sini, dekat je nak pergi taman tema LWOT tu, katil pun sedap and selesa. Nak repeat je nanti
ReplyDeleteok set. next week aku turun sini lak.. laama tgk korang je pergi, teringin pulak nak feel suasana dkt lost world sini.
ReplyDeletetgk area sana mcm suasana pekan lama or koboi la pulak. just nice
Cantikla hotel dia.. Bolehla masuk dlm list nanti kalau bercuti ke Ipoh.. Lagipun belum pernah lagi nji ke Tambun
ReplyDeletebestnya, belum sampai lg ke tambun.
ReplyDeleteSounds great and fun trip for family! Mouse mommy will plan it out for next trip!
ReplyDelete