Review Lost World Hotel, Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Aerill Hassan
13


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Apa khabar semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang Review Lost World Hotel, Sunway Lost World Of Tambun. Untuk yang belum tau, pada bulan September yang lalu aku telah ke Sunway Lost World Of Tambun untuk menghadiri acara Day Of The Dead. Kalau nak baca tentang acara tersebut boleh baca artikel yang aku tulis di ProjekTravel.com.


Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Untuk kali ini aku nak cerita tentang Lost World Hotel. Sunway Lost World Hotel terletak di kawasan rangkaian batu kapur di Ipoh, dan terletak berhampiran dengan Sunway Lost Of Tambun. Hotel ini hanyalah 2 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur dan juga 90 minit sahaja dari Pulau Pinang melalui Lebuh Raya Utara Selatan.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Hotel ini mempunyai 174 bilik dan suites. Dua tiket percuma untuk ke Sunway Lost World Hot Springs & Spa di waktu malam untuk setiap bilik yang ditempah.  

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Ini adalah bilik yang aku bermalam pada hari kejadian. Nampak simple tapi kemas dan cantik. Walaupun mempunyai dua katil, tetapi entah macam mana, hanya aku seorang sahaja yang bermalam di bilik ini.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Ruangan Toilet

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Barangan kelengkapan yang disediakan.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
TV dan meja untuk membuat kerja dan sebagainya.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Pemandangan dari tingkap bilik hotel aku.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan bilik dan hotel ini. Pertama, sebab hotel sebagai tempat untuk bermalam dan berehat sahaja. Masa selebihnya dihabiskan di Sunway Lost World Of Tambun yang terletak betul-betul depan hotel ni. Untuk memulihkan tenaga selepas penat bermain di taman tema. Kedua, wifi di hotel juga agak laju. Sesuai untuk mereka yang mengharapkan data Wifi untuk bermain internet. In shaa Allah jika ada rezeki aku nak bawak keluarga aku bercuti di sini nanti.

----------

BERSARAPAN DI GARDEN TERRACE

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Pada hari terakhir, iaitu hari kedua aku berpeluang untuk makan sarapan di Garden Terrace iaitu tempat untuk makan yang terletak di sebelah pintu masuk ke Sunway Lost World Of Tambun. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa dalam 2 jam setengah, adalah afdhol dan sangat penting untuk mengisi perut sepenuh-penuhnya. Haha.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Salah satu tempat untuk ambil makanan.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Ada petugas yang akan masak makanan

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Tempat mengambil makanan dan sarapan

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Suasana di Terrace Garden

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Makan sarapan dengan pemandangan Sunway Lost World Hotel sambil memikirkan tentang masa depan yang masih belum dicapai. Haha.

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh
Apa yang aku makan pada pagi tersebut.

Sebenarnya ada lagi makanan lain, tapi aku rasa macam tak boleh nak penuhkan sebab perut aku berada di tahap full capacity. Kalau masuk lagi mungkin makanan akan keluar melalui dua cara, muntah atau ber*k. Makanan di sini juga boleh tahan sedap ya! Sama seperti hotel yang aku pernah pergi sebelum ni.

--------
TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh

Sekian sahaja untuk kisah aku Pertama Kali ke Sunway Lost World Of Tambun, Pengalaman Menyambut Haloween 'Day Of The Dead, dan juga Review Lost World Hotel. Alhamdulillah. Bersyukur atas rezeki yag diberikan. Terima kasih banyak-banyak kepada Projek Travel dan juga pihak Sunway Lost World Of Tambun kerana sudi menjemput. Sememangnya pengalaman yang tidak akan dilupakan. Tak dilupakan juga kepada rakan-rakan media yang lain. Terima kasih.


Sunway Lost World Hotel
Sunway City Ipoh, Perak, Malaysia

2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

T : +605 540 8888
F : +605 540 8899
E : lostworldhotel@sunway.com.my

Room Booking
T : +605 540 8888/01/02
E : lwhreservation@sunway.com.my

Terima kasih diucapkan kepada Projek Travel dan juga Sunway Lost World Of Tambun kerana memberi peluang dan pengalaman yang sungguh indah dan menyeronokkan.

إرسال تعليق

13تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tempat ni nampak menarik, saya masih belum pernah pergi Lost World of Tambun.
    Mungkin boleh ajak mama papa cuti sekolah nanti.

    ردحذف
  2. Admiring the commitment you put into your site and
    in depth information you provide. It's nice to come across a blog every once in a while that
    isn't the same unwanted rehashed information. Excellent read!
    I've bookmarked your site and I'm including your RSS feeds to my Google account.

    ردحذف
  3. bestnya daapt bercuti.. satu hari nanati saya akan bawa famili ke sini.. mmg lama juga dah plan nak buat tour satu semenanjung... tq infonya

    ردحذف
  4. Tak pernah pergi sini! Boleh masuk wishlist travel untuk 2020!

    ردحذف
  5. Best nya hotel ni & Lost world of Tambun park tu. Hope ada rezeki nak anak-anak one day.

    ردحذف
  6. Cantek kan bilik dia. Kemas jer. Masuk tambun mmg puas dpt bermain. And macam2 aktiviti ada yg boleh disertai

    ردحذف
  7. Wah.. Menariknya bilik nya.. Nmpk kemas n rapi tersusun.. Berapa harga sebilik yea? Boleh la AM singgah ke sana sebelum blk kg bersama anak2..

    ردحذف
  8. bestkan stay sini, dekat je nak pergi taman tema LWOT tu, katil pun sedap and selesa. Nak repeat je nanti

    ردحذف
  9. ok set. next week aku turun sini lak.. laama tgk korang je pergi, teringin pulak nak feel suasana dkt lost world sini.
    tgk area sana mcm suasana pekan lama or koboi la pulak. just nice

    ردحذف
  10. Cantikla hotel dia.. Bolehla masuk dlm list nanti kalau bercuti ke Ipoh.. Lagipun belum pernah lagi nji ke Tambun

    ردحذف
  11. Sounds great and fun trip for family! Mouse mommy will plan it out for next trip!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!