Assalamualaikum dan salam sejahtera
17. Menara Condong Teluk Intan
16. Bangunan Sultan Abdul Samad
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1897 - 1842 Ketinggian : 41 meter Tingkat : 3
15. Bangunan Sultan Ibrahim
Sumber : MyPT3
Bandar : Johor Bahru Tahun : 1942 - 1945 Ketinggian : 60 meter Tingkat : 5
14. Bangunan Lee Yan Lian
Sumber : nas.gov.sg
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1945 - 1959 Ketinggian : 73 meter Tingkat : 18
Merupakan bangunan pencakar langit terawal di Malaysia.
13. Bangunan Parlimen
Sumber : Flickr
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1959 - 1971 Ketinggian : 77 meter Tingkat : 20
12. Menara Takaful
Sumber : Penang Travel Tips
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1971 - 1973 Ketinggian : 110 meter Tingkat : 28
Sumber : hotelroomblog.com
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1973 - 1978 Ketinggian : 130 meter Tingkat : 36
Sebelum ini dikenali sebagai KL Hilton. Telah dirobohkan pada tahun 2013.
10. Menara Bumiputra
Sumber : Penang Travel Tips
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1978 - 1980 Ketinggian : 150.5 meter Tingkat : 34
Juga dikenali sebagai Menara Bank Muamalat.
9. Bangunan DBKL
Apa khabar? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda info menarik mengenai bangunan tertinggi di Malaysia. Umum mengetahui bahawa Malaysia sekarang ini mempunyai banyak bangunan tinggi hasil kemajuan ekonomi dan juga pembangunan pesat.
Senarai kali ini akan mengimbau balik kenangan dari bangunan pertama yang diiktiraf sebagai bangunan tertinggi sehinggalah yang akan datang. Mungkin ada bangunan yang anda tidak sangka-sangkakan berada di dalam senarai ini. Jom kita kira senarai turun 17 hingga 1.
Artikel Berkaitan : [ 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019 ]
17. Menara Condong Teluk Intan
Sumber : Orang Perak
Bandar : Teluk Intan Tahun : 1885 - 1897 Ketinggian : 25.2 meter Tingkat : 3
Merupakan salah satu menara condong yang terdapat di dunia, setanding dengan Menara Condong Pisa di Itali. Menara ini condong ke bahagian kiri, sama dengan Menara Pisa. Bangunan ini adalah setinggi 25.5 meter tinggi. Jika dilihat dari luar, bangunan ini kelihatan seperti 8 tingkat tetapi kenyataannya adalah hanya 3 tingkat sahaja.
16. Bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber : Watch,Game,Read
Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada penghujung abad ke 19 dan terletak di Jalan Raya berhadapan dengan Dataran Merdeka dan juga Kelab Diraja Selangor. Bangunan ini pada awalnya dibina sebagai bangunan pentadbiran bagi kerajaan British semasa zaman penjajahan. Sekarang, bangunan ini menjadi pejabat bagi Kementerian Komunikasi dan Media serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
15. Bangunan Sultan Ibrahim
Sumber : MyPT3
Bandar : Johor Bahru Tahun : 1942 - 1945 Ketinggian : 60 meter Tingkat : 5
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan pentadbiran bagi negeri Johor. Terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru. Bangunan ini dibina sekitar tahun 196 hingga tahun 1939. Merupakan bangunan tertinggi di Malaya bagi era sebelum merdeka.
14. Bangunan Lee Yan Lian
Sumber : nas.gov.sg
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1945 - 1959 Ketinggian : 73 meter Tingkat : 18
Merupakan bangunan pencakar langit terawal di Malaysia.
13. Bangunan Parlimen
Sumber : Flickr
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1959 - 1971 Ketinggian : 77 meter Tingkat : 20
Terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, kompleks ini mempunyai dua bahagian, untuk bangunan utama mempunyai 3 tingkat dan juga mempunyai menara setinggi 20 tingkat. Bangunan utamanya mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bangunan ini dibina ketika pusat pentadbiran kerajaan masih berada di Kuala Lumpur.
12. Menara Takaful
Sumber : Penang Travel Tips
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1971 - 1973 Ketinggian : 110 meter Tingkat : 28
Dikenali sebelum ini sebagai Bangunan Sime Bank. Merupakan bangunan pencakar langit pertama melebihi ketinggian 100 meter.
11. Crowne Plaza MutiaraSumber : hotelroomblog.com
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1973 - 1978 Ketinggian : 130 meter Tingkat : 36
Sebelum ini dikenali sebagai KL Hilton. Telah dirobohkan pada tahun 2013.
10. Menara Bumiputra
Sumber : Penang Travel Tips
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1978 - 1980 Ketinggian : 150.5 meter Tingkat : 34
Juga dikenali sebagai Menara Bank Muamalat.
9. Bangunan DBKL
Sumber : Wikiwand
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1980 - 1983 Ketinggian : 150.9 meter Tingkat : 35
8. Menara KH
Sumber : PropertyGuru
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1983 - 1984 Ketinggian : 152 meter Tingkat : 36
Sebelum dikenali sebagai Menara Promet.
7. Kompleks Daya Bumi
Sumber : Wikipedia
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1984 - 1985 Ketinggian : 157 meter Tingkat : 35
Kompleks Dayabumi merupakan salah satu mercu tanda terawal di bandar Kuala Lumpur dan merupakan antara bangunan pencakar langit yang terawal di Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan ini bermula pada 14 Februari 1982.
6. Menara Dato' Onn
Sumber : Pressreader
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1985 - 1985 Ketinggian : 175 meter Tingkat : 40
Merupakan sebahagian daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bangunan ibu pejabat bagi UMNO dan juga pusat pameran dan persidangan terkenal.
5. Komtar
Sumber : Penang Monthly
Bandar : George Town Tahun : 1985 - 1988 Ketinggian : 231.7 meter Tingkat : 65
Komtar merupakan akronim bagi Kompleks Tun Abdul Razak, terletak di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Ketika siap dibina, bangunan ini merupakan bangunan kedua tertinggi di Asia. Pada tahun 2015, tambahan 3 tingkat telah dibina menjadikan ketinggian sekarang bangunan ini adalah 249 meter.
4. Menara Maybank
Sumber : The Skyscraper Center
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1988 - 1998 Ketinggian : 244 meter Tingkat : 55
Menara Maybank terletak di Pudu, Kuala Lumpur. Merupakan ibu pejabat bagi Maybank. Dibina pada tahun 1984 dan siap pada tahun 1987.
3. Menara Berkembar Petronas
Sumber : The Patriots
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 1998 - 2018 Ketinggian : 452 meter Tingkat : 88
Menara Petronas atau Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia mengikut pengiktirafan dari Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) dan masih lagi bangunan berkembar tertinggi di dunia. Merupakan salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur bersama Menara Kuala Lumpur.
2. The Exchange 106
Sumber : New Straits Times
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 2018 - 2021 Ketinggian : 453.5 meter Tingkat : 106
The Exchange 106 sebelum ini dikenali dengan nama TRX Signature Tower terletak di kawasan Tun Razak Exchange. Mempunyai 106 tingkat dan mempunyai crown di 12 tingkat teratas yang menjadikannya unik.
1. Merdeka PNB 118
Sumber : Halfen Moment
Bandar : Kuala Lumpur Tahun : 2021 - masa hadapan Ketinggian : 644 meter Tingkat : 118
Merdeka PNB 118 merupakan sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di bandar Kuala Lumpur, dengan ketinggian 644 meter (ketinggian sebenar masih belum diketahui). Apabila siap kelak pada tahun 2021, akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.
Sumber : Instagram aerill_hassan
Jadi begitulah senarai kira turun dari tangga 17 hingga 1. Bagaimana dengan senarai ini? Ada yang anda tahu atau tidak tahu? Macam aku sendiri, tak sangka Menara Condong pernah menjadi bangunan tertinggi di negara ini. Yang pastinya sekarang sudah banyak bangunan 200 meter ke atas. Yang menjadi lebih menarik adalah banyak bangunan yang sedang dibina sekarang ini datangnya bukan sahajan dari Kuala Lumpur tetapi bandar-bandar lain.
Baca Juga : [ 10 Manusia Tertinggi di Dunia Sepanjang Zaman ]
Sekian
pernah merasa tinggal sehari di Crowne Plaza tahun 2010
ردحذفMana Menara TM ? 55 tkt
ردحذفMenara TM tiada sebab ini senarai bangunan yg pernah jadi bangunan tertinggi di Malaysia. Ketika menara TM siap tahun 2001, dah ada bangunan lain yang menjadi bangunan tertinggi ketika itu. jadi menara TM tak masuk dalam senarai ni sebab menara TM tak pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.
حذفHebat n kagum dgn pencapaian senibina tempatan..
ردحذفbetul tu :)
حذفDalam banyak-banyak tu, teringin nak pergi bangunan condong tu. Dah berapa kali masuk Perak tapi tak juga sampai ke situ...
ردحذفsaya pun dah lama jugak tak ke menara condong tu :)
حذفWah. Ada dua lagi yang masih dalam pembinaan ye. Makin gah la Malaysia kelak. Tapi tak sangka Menara Condong tu pernah menjadi yang tertinggi kan,
ردحذفitulah, mungkin ada bangunan lain yg tinggi tapi tak diiktiraf? entahlah.
حذفWah thanks for the information! This will be my next youtube video! TBH there's a lot of places I did not visit before. As a Malaysian I felt a bit shy~but anyway I will visit them soon!Thanks
ردحذفwahh youtuber sekarang eh? hebat
حذفMenarik bila kita dapat ambil tahu sesuatu yang ada pada negara kita :) thanks tuan, byk juga yang saya belajar dari posting tuan hari ni.
ردحذفterima kasih. alhamdulillah. semoga bermanfaat :)
حذفBagus perkongsian ini. Kadangkala kita pun dah terlupa yang mana satu tertinggi.. tak sabar nak tengok Merdeka PNB 118 naik...
ردحذفsekarang pun dah naik tinggi! tak sabar nak tengok jgak :)
حذفso much see and do there, glad you sharing this. I wanna show my teen son, history so important!
ردحذفhaha thank you :)
حذفBerbangga kita sebagai rakyat Malaysia negara yang maju dari pelbagai seni termasuk seni bina. Terus maju Negaraku Malaysia..!! Eh... Patriotik sangat lak eh.. Doakan kita nak bawak anak² kita jelajah setiap sejarah Malaysia ni nanti
ردحذفhaha, boleh je nak terlebih patriotik! haha.
حذفBangunan sultan Abdul samad pun pernah jadi bangunan tertinggi ye. Hehehe.. Exchange tu baru saya tahu. Nampak dah kat KL ni tapi tatau apekah bangunannya. Thanks info best ni semua.
ردحذفExchange tu dah siap , tapi still tak boleh masuk sebab bangunan sekitar tak siap lagi.
حذفmenara PNB tu baru saya tau nak dibuat dengan 118m. Dan mostly rupanya bangunan tertinggi ni tentulah di KL dan penang. Ada 1 je di teluk intan.
ردحذفbukan 118 meter ya, 118 tingkat :)
حذفdalam banyak2 bangunan tertinggi ni bangunan Merdeka PNB 118 tu nampak unik sangat.. tertarik tengok .. heheh.. design lain dari lain
ردحذفkan! saya pun tak sabar. kalau naik lrt dkt stesen pasar seni, boleh nampak jelas bangunan ni. :)
حذفTak semua dapat tengok depan mata sebenarnya. Yang last tu cantik design. Dalam banyak2 list tu teringin nak tengok menara condong.
ردحذفboleh la pergi teluk intan nnti :)
حذفTak sangka bangunan Sultan Abd Samad pernah jadi tertinggi waktu dulu2. Now dua bangunan yang otw ni pulak nak take over.
ردحذفMalaysia pun nak terikut2 buat bangunan tinggi tapi takut nanti tak fully functional & terisi. Sayang cost permbuatan.
betul tu. nnti terbiar macam tu. tapi rasanya bangunan yg sedang dibina ni semua kawasan dah dibeli :)
حذفmenari bacaan ni...dulu sy fikir bangunan maybank ni menjadi antar abangunan yang tertinggi. sekali datangnya klcc...lagi tinggi...namun bangunan lama memang tetap klasik dan cantik
ردحذفbetul tu. yang baru pula moden dan futuristik :)
حذفOK baru tau list banggunan2 tertinggi di Malaysia.. Thanks for the sharing..
ردحذفKalau Bangunan yg Lama2 tu ukuran dia unik skit kan.. Yg baru2 lebih futuristik
welcome. hehe. saya memang minat bab2 bangunan ni. :)
حذفTinggi-tinggi bangunan sekarang. Mungkin sebab teknologi dah makin canggih dan tanah tak berapa nak ada. Suka juga jalan2 ke Menara Condong dan tempat2 bersejarah tu. Rupanya pernah jadi antara bangunan tertinggi di Malaysia.
ردحذفbetul tu. tak sangka kan! :)
حذف