Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua. Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Hari ini aku nak kongsikan dengan anda cara untuk mengurus masa dengan bijak dan juga mengapa pengurusan masa itu penting. Semoga bermanfaat.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan : [ 6 Cara Untuk Hidup Lebih Bahagia ]
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
- Membazir banyak masa yang berfaedah
- Menjadi tidak produktif
- Mendapat stres
- Menjadi cemas dan bimbang
- Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
- Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
CARA MENGURUS MASA DENGAN BIJAK
- Buat jadual harian. Catatkan:
Pukul berapa biasanya anda bangun tidur? Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah? Pukul berapa anda pergi ke sekolah? Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah? Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.
- Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.
- Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: ‘Saya ingin memperoleh wang’ bukanlah satu matlamat; sebaliknya ‘Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut dalam tempoh 2 bulan’; merupakan satu matlamat. Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
- Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: ‘Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan’, ‘Melakukan senaman adalah keutamaan’, ‘Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan’. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
- Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa. Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
- Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.
- Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.
- Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan. Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.
- Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.
- Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
Artikel Berkaitan : [ 10 Penyakit Penyebab Kematian di Malaysia ]
Apabila anda berjaya menguruskan masa dengan baik, maka kehidupan anda akan lebih terurus. Selain itu, hari anda akan lebih produktif dan kurang tekanan. Perasaan gembira nuga akan muncul dan membuatkan anda mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna.
Sekian
Sumber : myhealth.gov | Google Image
alhamdulillah perkongsian yg sangat bermanfaat. semoga semua dapat info yg berguna ni kan ^_^
ردحذفalhamdulillah semoga bermanfaat :)
حذفYa... masa itu emas jadi sebaiknya rancang masa anda dengan mencatatkan dalam kalendar apa yang perlu dilakukan setiap hari.
ردحذفbetul tu. :)
حذفThanks for sharing this informative post. Sometimes I am just running out of track and time. Should use my time wisely. Thanks!
ردحذفwelcome ;)
حذفAlhamdulillah perkongsian yang menarik dan bermanfaaf. Terima kasih atas perkongsian lepas ni dah boleh cuba aplikasikan insyAllah!
ردحذفalhamdulillah, semoga bermanfaat :)
حذفnice sharing :)
ردحذفthank you :)
حذفPengurusan masa yang betul dapat membezakan kita antara yang baik dan yang buruk, Semoga kita terselamat daripada golongan yang membazir masa kepada perkara sia-sia
ردحذفbetul tu. pembaziran masalah yg paling sia
حذفpengurusan masa memang penting lebih2 lagi pda ibu2 ni. Bangun memang kena awal..tambah ada anak-anak nk ke sekolah. Bila kerja semua dah settle baru lah rasa lega
ردحذفbetul tu. smemangnya masa perlu diuruskan dengan baik
حذفBetul penting sangat untuk menjadi seorang yang berjaya tak kira dalam apa bidang sekali pun pengurusan masa sangat penting tambah kalau buat kerja yang banyak melibatkan orang luar tu sangat penting ketepatan dan juga tidak membuang masa orang lain kerana kita..
ردحذفbetul tu.
حذفPengaturan masa sangat penting. Tapi selalu saya lengah2 kan masa. Tapi lepas buat diary, nasib dapat track semua activity. Apa lagi ni dengan smua schedule yang tak menentu.
ردحذفwah bagus ada diary! lebih senang nk urus masa :)
حذفMasa memang takkan menunggu kita. Kitalah yang selalu kena kejar masa sekarang. Kena banyakkan habiskan kerja2 kita yg sepatutnya. Bukan buang2 masa kan!
ردحذفsetuju dengan kenyataan ini! :)
حذفnak mengurus masa nie payah sikit. kena bijak dan pandai untuk manage. kalau tak, habis hanyut. masa ibarat pedang. kena manfaatkan secukupnya dan sebaiknya
ردحذفbetul tu. kena manfaatkan masa sebaiknya.
حذف