Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, hari ini aku nak kongsi satu cerita dan mungkin sedikit panduan yang berguna buat mereka yang menggunakan motor dalam kehidupan seharian iaitu berkenaan dimanakah lokasi parking motor untuk Pusat Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Untuk mereka yang berkereta, masih boleh baca ya, ilmu jugak ni. HAHA.
Baru-baru ini aku ada urusan selepas habis sahaja urusan di Universiti Malaya, aku terus ke Mid Valley. Lokasinya berhampiran sahaja. Dekat sangat, dalam beberapa kilometer sahaja. Tetapi aku belum pernah ke sana naik motor. Sebelum-sebelum ini sama ada aku pergi dengan kawan atau naik KTM Komuter sahaja.
Artikel Berkaitan : [ Pengalaman Motor Rosak Di Tengah Lebuhraya ! ]
Jadi tips pertama adalah dengan mencari pintu masuk ke kawasan parking motor. Ada papan tanda di sebelah bangunan yang sangat besar ini. Jangan risau kalau terlepas,boleh pusing sekali lagi. Laluan masuknya pulak memang betul-betul muat untuk satu motor sahaja masuk. Kalau tak sure kat mana, bolehlah guna google maps ya.
Pintu masuk ke parking motor yang memang muat-muat untuk motor sahaja.
Bila dah masuk, anda perlu terus ke kiri, dan masuk ke laluan bawah tanah. Peringatan, ada banyak lori keluar masuk di kawasan ini. Berhati-hati.
Kemudian, anda akan jumpalah lokasi parking motor di Mid Valley. Tada!! Masa aku sampai untuk pertama kali, aku terus macam nak keluar balik. Sebab banyak sangat motor dekat dalam tu. Aku tak pasti sama ada dah full ke tak. Lepas tu aku terus tanya orang yang jaga kaunter, dia kata "selagi boleh masuk, masuk je dik."
Tips berikutnya adalah pastikan anda mempunyai skill dalam parking motor anda dikawasan sempit. Ada laluan yang kadang-kadang sangat sempit untuk dilalui, dan menyebabkan agak sukar nak parking.
Jadi, aku sarankan untuk mereka yang malas nak parking motor dekat sini, bolehlah parking di tempat yang lain. Aku pun tak tahu kat mana. Satu lagi, yang paling penting, kawasan parking ini dijaga dan disebabkan itulah anda perlu membayar harga parking tiket sebanyak RM1.50. Peringatan terakhir, parking tiket tu kena jaga elok-elok sebab nanti masa nak keluar, tiket itu akan digunakan balik. Sebab ada kes yang lepas parking motor je, terus buang tiket tu. Nanti kena denda ya!
Aku tak rasa yang aku akan datang lagi ke Mid Valley menaiki motor. Haha! First, sebab aku tak suka tempat yang sesak. Sama ada sesak dengan manusia, atau kenderaan. Kedua, aku jarang dah ke Mid Valley sebab ada shopping mall lain yang lagi menarik. Ini pun sebab ada urusan sahaja.
Jadi sekian sahaja untuk kisah aku mencari parking motor dan beberapa tips dan peringatan. Untuk mereka yang dah tahu, baguslah. Untuk mereka yang belum tahu, bolehlah gunakan beberapa peringatan di sini. Aku cuma tak berpuas hati dengan harga parking motor tu. Mungkin boleh kurangkan lagi sebab motor yang parking dalam kawasan ni banyak gila!
Artikel Berkaitan : [ Pasang Monolock Rear Box dan Monorack Pada Motorsikal ]
Sekian.
Ramainya...penuh satu parking ye..
ردحذفTapi bagus tips macam ni, jarang-jarang orang nak bagi tips parking..
mmg penub parking motornya. saya pun terpaksa tolak2 untuk masukkan motor saya , sebab nk keluar rugi pulak sbb dh byr ticket parking.
حذفkita pun tak suka ke tempat yang sesak... sekali je pernah ke Midvalley sepnjang dok KL dulu,,..
ردحذفtambah2 saya ni jenis introvert haha. lagilah tak suka tempat sesak. haha
حذفBapak penuh haha setakat ni pernah sampai dengan kereta dan ktm je. Motor belum lagi.
ردحذفnice sharing :)
ردحذف