Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siapa yang suka untuk menginap di hotel yang selesa, penuh dengan pelbagai kemudahan dan dekat dengan tempat-tempat menarik? Ya, jika anda adalah orang itu, maka anda bolehlah memilih untuk menginap di Hotel Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
HOTEL FURAMA BUKIT BINTANG
Hotel Furama Bukit Bintang telah dibuka pada bulan Julai di tahun 2011. Hotel dengan 27 tingkat ini terletak di kawasan Bukit Bintang dan berdekatan dengan Berjaya Times Square dan juga Segi Tiga Emas Kuala Lumpur sememangnya merupakan salah satu lokasi strategik untuk pengunjung menginap di sini dan melawat tempat menarik di bandaraya Kuala Lumpur.
Hotel Furama Bukit Bintang ini mempunyai 433 bilik dan juga bilik mesyuarat dan konferensi dengan pemandangan yang cantik, termasuklah beberapa bangunan gergasi di Kuala Lumpur seperti KLCC, Menara Kuala Lumpur dan sebagainya. Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa, TV LCD 32 inci, wifi, barangan mandi dan juga kelengkapan untuk minuman kopi dan sebagainya.
ULASAN HOTEL
Bilik yang aku tinggal ketika di Hotel Furama Bukit Bintang
Sebenarnya ini adalah kali kedua aku menginap di hotel ini. Kali pertama adalah pada tahun 2017 atau 2018 rasanya. Sememangnya hotel ini antara hotel yang aku suka kerana kelengkapan pada biliknya.
Selain itu, aku juga suka dengan Wifinya yang agak laju kerana aku memang menggunakan Wifi untuk update di media sosial serta membuat kerja-kerja.
Hotel ini juga mempunyai gym! Sangat sesuai untuk mereka yang sering ke GYM setiap hari tanpa henti, bolehlah ke sini. Selepas itu, boleh terus mandi di kolam renang yang terletak bersebelahan sahaja dengan gym tersebut.
Mungkin yang boleh ditambah baik adalah pada menu makanannya. Masih sedap, tetapi aku mendapati macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin dari segi variasi. Apa-apapun bila makan degan pemandangan yang cantik, memang menjadikan makanan lebih sedap daripada biasa. Haha.
Sekian
#KualaLumpur4All #GayaTravel #VisitKL #AboutKL #VisitMalaysia2020 #VM2020
Artikel ini dihasilkan dari program Kuala Lumpur For All! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 24 hingga 26 Ogos 2019 anjuran Kuala Lumpur Tourism Bureau dan Gaya Travel Magazine .
exclusive hotel nya. memang terus akan jadi best. hehehe
ردحذفmemang cantik hotel ni. :)
حذف