Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua pembaca dan peminat novel Fixi. Kembali lagi dalam sesi review novel fixi edisi novel Laknat hasil tulisan Fahmi Mustaffa. Alhamdulillah, kali ini aku berkesempatan mencuri masa untuk membaca novel ini ketika dalam perjalanan menaiki bas. Ya, aku antara orang istimewa *haha yang boleh membaca di dalam bas.
Artikel Berkaitan : [ Review Novel FIXI : Salafi by Shaz Johar ]
Tajuk : Laknat
Penulis : Fahmi Mustaffa
SINOPSIS
Amar menjadi mangsa liwat abangnya sendiri Ikhwan, walaupun Ikhwan dibesarkan dengan didikan agama. Amar percaya tuhan itu ada, cuma memilih untuk bermusuh dengannya, sebab bagi Amar, tuhan tak pernah ada saat dia meronta.
Sifat bencikan tuhan bercambah bila dia melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi sejak dia bertemu dengan Professor William Hawking. Atheism dibaja subur dengan sains, semahunya.
Ironinya Amar ditempatkan sebilik dengan Hakim, seorang yang berlatar belakangkan agama. Amar dan Hakim punya dua persamaan, mereka berfikiran terbuka dan mempersoal isu ketuhanan. Walaupun begitu, Amar mempersoal tuhan untuk bermusuh denganNYa, tetapi Hakim bersoal jawab untuk menambah keimanan kepadaNya.
Saat Amar sudah mula ingin berbaik dengan tuhan, konflik berlaku. Semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia!
REVIEW
Berani - Pertama sekali yang aku boleh beritahu dan tulis adalah penulis sangat berani membawa isu sensitif sebegini iaitu hal agama, kepercayaan dan juga orientasi seks sejenis. Aku tertarik dengan isu yang dibawa sebab memang ada sekarang ini kalau dibaca di akhbar dan sebagainya tentang mereka yang terlibat dengan gejala ini terdiri daripada semua golongan termasuklah mereka yang belajar agama.
Tema split personality - Antara yang menarik juga, tetapi ada sedikit yang kurang kerana aku rasa plot penceritaan dibahagian atau bab tersebut agak putar belit yang banyak. Susah nak faham sedikit. Tapi secara keseluruhannya dapat faham tentang isu tersebut.
Keliru - Aku agak keliru dengan beberapa plot dan juga watak yang terdapat dalam novel ini. Mungkin ada beberapa watak yang tidak diberitahu atau tidak dikenalkan kepada pembaca secara jelas. Sebabnya ada banyak watak dalam novel ini, dan mungkin plot twist di bahagian akhir agak kurang berjaya disebabkan hal ini.
Realiti - Ya, sememangnya novel Laknat ini membawa kita kepada realiti yang berlaku terhadap zaman sekarang, disekeliling kita. Bagaimana label diberikan kepada golongan-golongan tertentu, senang menjatuhkan hukum dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, aku suka dengan plot dan penulisan dari awal sehingga ke pertengahan atau selepas pertengahan. Di bahagian akhir, agak kurang menarik dan ada elemen-elemen yang aku rasa tidak menjadi. Apa-apapun satu naskhah yang aku rasakan tidak rugi untuk dibaca! Tahniah kepada penulis.
Artikel Berkaitan : [ Review Novel FIXI : Garam by Ruwi Meita ]
Sekian.
MENARIK PENCERITAANNYA
ردحذفmemang menarik :)
حذفperghhh memang istimewa boleh baca dalam bas. kalau kak, rasanya dah dapat pakej muntah sekali. huhuhu
ردحذفhaha rasa macam istimewa sebab boleh baca novel dalam bas haha :)
حذفmenarik..dh lama tak layan novel ni
ردحذفsaya kalau novel, layan buku fixi sahaja hehe :)
حذفisu penceritaan sepertinya berat. kene baca baru tahu. tapi tak layan fixi la hehe
ردحذفhaha, takpe kalau tak layan :)
حذفkalau ann baca dalam kenderaan mesti sakit kepala... hehe. nak tengok hp pun tak boleh!
ردحذفhahaha. takpa, boleh baca diwaktu lain :)
حذفHAhhah i tengah baca ni wei..lom abes2 sebab tak fokus sangat wakakak baca sebelum tdo je
ردحذفhaha dh hbis nnti bagitau ya
حذفteringat baca novel kelabu, hujung hujung baru tau Amir tu Amirah. Novel fixi semua ada tema yg lebih kurg, penuh dgn plot twist yg kdg2 klu over dia buatkan pembaca pening
ردحذفbetul tu. tapi mmg untuk pembaca matang. kalau tak matang, tak boleh kut rasanya nak baca novel ni. nnti mesti komplen macam2.
حذفfuhh dah lama tak layan fixi sejak habis sekolah cerita ni macam menarik
ردحذفsaya pun layan sebab saya suka citer2 yg macam ni. haha
حذفLama nya dah tinggalkan novel. Last baca masa sekolah menengah dulu. Nampak jalan cerita nya penuh pengisian. Sarat dan berat tapi andai diolah ke drama bersiri tentu meletop trending ni sebab mengupas isu semasa.
ردحذفBetul tu. terfikir jugak kalau dibuat drama , mesti viral haha
حذفwah, awak memang insan istimewa sebab boleh membaca dalam bas. Tapi sis istimewa juga sebab dapat pi london dengan menaiki bas (dalam mimpi).. hahahaha.. kalau naik bas sis suka tidur jek. btw nice novel tapi sis bukan penggemar novel pixi. berat bagi sis
ردحذفinsan istimewa macam pelik pulak haha. haha sis pun istimewa jugaklah kalau mcmtu.
حذفMenariknya sinopsis. Menengahkan isu yg sensitif utk buat kita berfikir. Dah lama tinggal baca novel. Hehe
ردحذفmemang menarik tapi macam ada sesuatu yang kurang. saya suka membaca novel sebab nak tengok gaya penulisannya jugak :)
حذفCerita ini berat sebenarnya. Tapi bg mereka yg meminati cerita yang oenuh konflik dan teka teki ini adalah bacaan yg terbaik
ردحذفBetul tu sis. macam saya sendiri suka cerita yang perlu membuatkan kita berfikir. :)
حذفhebat juga penulisan novel pixy kali ni. saya sokong sis cakap ini satu novel yang berani dan itulah hakikat pada masa kini. nampak okei sahaja tapi dalam diri tiada iman. mempersoalkan apa yang dibawa oleh al quran.
ردحذفada beberapa elemen dalam novel ni yg saya suka. ada juga yg saya rasa mcm agak berbelit2
حذفDah lama tak baca novel.. sejak kahwin ni memang tinggal terus novel.. hehe.. tapi kalau dah terbaca sikit jalan cerita dan dialog spontan yang best, rasanya mau TB melekat baca novel2 macam ni..
ردحذفhaha in shaa Allah boleh curi2 masa nnti :)
حذفSis kalau baca apa2 dalam kenderaan memang sekejap je le..lps tu pening, mabuk jadinya. Dah lama tak membaca Novel, rasanya bertahun tahun kot...novel sis yang lama2 semua anak yg baca or ada bagi gan orang.
ردحذفhaha ramai juga yg selalu mabuk bila baca dalam kereta :)
حذفSangat memanfaatkan masa dengan membaca especially dalam perjalanan. Saya ni boleh juga baca dalam kenderaan. Cuma masalah bila anak2 nak perhatian. Hehe
ردحذفHehe, sebab macam tak ada apa nak buat kalau perjalanan jauh. daripada membuang masa dengan tidor, baik saya baca bukut :)
حذفSangat memanfaatkan masa dengan membaca especially dalam perjalanan. Saya ni boleh juga baca dalam kenderaan. Cuma masalah bila anak2 nak perhatian. Hehe
ردحذفBagus mengamalkan bacaan novel. Harap dapat membaca banyak lagi review novel daripada kamu. Selamat membaca!
ردحذف