Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tajuk : Manuskrip
Penulis : Rez Khael
Keluaran : Jun 2018
SINOPSIS
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua. Kembali lagi dalam rancangan "Review Novel Fixi Apa Minggu ini?" Untuk pengetahuan anda, ini adalah novel Fixi yang ke 18 yang aku telah baca. Tak sangka ya, banyak juga novel Fixi yang aku dah baca. Kali ini aku tidak membaca novel di dalam kereta atau kenderaan yang bergerak ya.
Baru-baru ini aku ada urusan di pejabat kerajaan dan seperti biasa, bila ada urusan ke sana, proses menunggu giliran mengambil masa yang lama, nasib baik aku dah bawa novel di dalam beg, jadi masa yang terluang kita gunakan untuk membaca novel. Jemput baca review tentang novel Manuskrip ini ya.
Artikel Berkaitan : [ Review Novel FIXI : Ilusaniti oleh Adib Zaini ]
Tajuk : Manuskrip
Penulis : Rez Khael
Keluaran : Jun 2018
SINOPSIS
1. Access emel menggunakan broadband yang tersedia dalam beg.
Kata Laluan :assasinprojects@gmail.com
Password : manuscript
Pastikan anda periksa emel sentiasa kerana maklumat akan dihantar bila-bila masa.
2. Emel hanya akan hantar lokasi dan klu.
3. Rujuk arahan dalam sampul yang anda terima semasa di restoran bertajuk “Nota” untuk maklumat lanjut.
4. Gunakan klu dalam emel untuk tafsir setiap nota.
5. Ikut arahan yang tertera dan lakukan apa yang diminta.
6. Tidak patuh pada arahan akan buat nyawa anda dalam bahaya.
7. Apa pun terjadi, jangan sesekali melibatkan orang lain.
8. Akhir kata enjoy your adventure, enjoy your writing.
REVIEW
TERSUSUN - Aku suka dengan struktur penceritaan dalam novel ini dimana ada tiga bahagian iaitu Scapegoat | Cases | Accomplice. Dari struktur penceritaan sebegini, pembaca dapat melihat bagaimana setiap bahagian memberikan sudut pandangan dari sisi lain, tetapi masih dalam cerita yang sama.
GRAF - Pendapat aku mengenai novel dan pembacaan, aku dapat merasakan graf minat untuk meneruskan pembaca semakin menaik dan meningkat. Pertama adalah sebab wujudnya pelbagai teka teki di dalam penceritaanya. Kedua, aku suka dengan cerita yang menjadikan 'penyelesaian masalah misteri' sebagai tema. Bila mana kita sebagai pembaca tertanya-tanya, dan akhirnya dapat tahu tentang perkara sebenar.
WATAK - Sesuatu yang menarik adalah apabila ada watak yang mempunyai nama sama dengan anda. Ya, ada watak bernama Khairil di dalam novel ini. [ Nama penuh aku adalah Khairil ya. ] Ada beberapa bahagian yang membuatkan aku keliru terutamanya di beberapa bab pertama iaitu tentang pengenalan watak-wataknya. Agak keliru. Kemudian, watak di dalam novel ini mungkin boleh dikembangkan lagi penceritaannya. Ramai juga yang memberi kritikan tentang nama-nama yang hampir sama contohnya Khairil Azriq | Ridz | Aril | Riza | Khaleel.
PLOT TWIST - Yes! Aku suka bagaimana plot twist di dalam novel ini terjadi. Untuk setiap novel FIXI yang aku baca, sebelum baca pastinya aku akan terfikir bagaimanakah plot twistnya berlaku. Ada yang sudah dijangka. Tetapi untuk novel Manuskrip ini, aku tak jangkakan plot twist sebegitu rupa. Apa yang aku jangkakan ketika sedang membaca dan apa yang sebenar berlaku adalah sangat berbeza. Tahniah!
Secara keseluruhannya, aku suka dengan novel ini. Walaupun bukanlah novel yang sempurna, masih ada banyak perkara yang boleh diperbaiki, tetapi ia sudah cukup untuk menjadi salah satu pembacaan yang aku suka. Tahniah kepada penulis! Semoga terus berkarya dan memberikan naskhah yang terbaik di masa akan datang.
Artikel Berkaitan : [ Review Novel FIXI : Salafi oleh Shaz Johar ]
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐
Sekian
Mantap aerill rumusan bersama buku fixi. Tapi aku tak baca buku fixi ni. Hehe
ردحذفterima kasih hehe. takpa tak baca buku fixi, asalakn baca artikel ni hehe
حذفbagus tak sia-siakan masa yang ada dan isi dengan membaca. memang saya pun selalu gitu, kalau nak kena pergi tempat yang kene tunggu memang ready dengan buku. review ni boleh convert ke video jugak ni. Nice sharing
ردحذفconvert ke video? hehe thanks ya
حذفNampak best buku ni! Ada buat review movie atau drama tak? Hahaha
ردحذفmemang best. belum lagi dijadikan drama atau filem.
حذفWoohoo! nice review, Aerill! Ada perasan novel ni di kedai buku kelmarin tapi tak tergerak pula nak membacanya sebab selalu tak sempat baca dah sekarang. Ada beberapa lagi dalam almari belum baca. But nanti nak buat koleksi jugalah - baca waktu lapangkan.
ردحذفNever read fixi book before but it sounds great. Thank you for sharingg!
ردحذفDah lama gila tak baca novel sejak ada anak ni huhu sebelum ni suka sangat baca novel sanggup kumpul duit nak beli. Menarik juga review dari aerill ni. Boleh suggest kat adik hee
ردحذفterbaiklah.. saya sendiri tak pernah habis membaca novel.. suka baca sinopsis sahaja .. hahaha
ردحذفAkak tak pernah baca novel Fixi. Hahaha. Nak kena join la membaca senaskah. Baru la faham kan. Lately buku akak baca semua pasal islamik. Faktor usia agaknya. Hahaha.
ردحذفAnak saya minat baca novel fixi ada banyak juga koleksi fixi yang dia ada, nanti bolehlah saya kongsikan dekat dia, tentang novel ni! sebabnya macam belum ada tajuk ni
ردحذفalamak kita xreti baca novel awak. lagi kita tenung lagi pinau mata kita. tapi apepun kita tetap baca posting awak ni. thanks sharing
ردحذفMemang bukan penggemar novel. dah lama kurang membaca. Bagus Aeril banyak baca buku novel, so dapat beza dan baca rentak penulisan penulis2 kita. Tahniah.
ردحذفWah! Bagus lah Aeril sentiasa membaca novel pada waktu terluang .at least fak buang masa kan?
ردحذفMenarik.. Boleh AM cari d pasaram.. Dah lama xbaca novel.. Rasa teruja pula nak membaca..
ردحذفdah lama tinggal baca Fixi ni, zaman belajar dulu selalu baca sebab bosan dalam kelas. Novem Manusdkrip ni tak sempat lagi nak belek. tapi dah tahu serba sedikit maybe nanti xul boleh cuba baca balik
ردحذفRajinnya membaca novel. Sis dah lama berhenti membaca novel ni, now anak pulak ambik alih baca novel2 lama yg sis ada. Bagus kalau rajin membaca ni, sekurangnya ada aktiviti berfaedah yg dibuat
ردحذفSaya tak pernah baca novel pixi. Tapi ramai cakap koleksi cerita novel pixi best best. Nanti nak try jugaklah beli novel pixi.
ردحذفwah lamanya saya tak baca novel. thanks for review, memang padat.
ردحذفnampak macam best, lama tak baca novel fixi bolehlah cari nanti..hehe
ردحذفlama dah jugak tinggalkan novel fixi ni. kalau baca balik rasa kena berkerut dahi untuk paham semula. tapi bagus inovasi novel kita dah berkembang dengan penceritaan begini pula.
ردحذف