Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu ini?" Setelah lebih sebulan rancanganini tidak bersiaran hari ini, rancangan ini kembali semula dengan satu kisah terbaru iaitu 14 Hari Tinggal Bersama Hantu. Kisah ini diambil dari sebuah blog lain dan gaya bahasa yang relaks dan santai membuatkan kisah ini unik. Jadi, tanpa membuang masa, jom terus hayati kisah ini sebelum anda masuk tidur.
------
KISAH SERAM : 14 HARI TINGGAL BERSAMA HANTU
Cerita ini adalah kisah benar yang betul-betul berlaku kat aku dalam 2-3 tahun lepas. Bukanlah niat aku nak burukkan sapa-sapa, tapi sekadar pedoman dan iktibar buat kita yang masih hidup di dunia ni. Kisah ini berkisar masa aku belajar di Kuala Lumpur hari tu.
"Mana ada hantu kat sini?!"
Aku duduk kat satu apartment yang disediakan oleh pihak kolej. Time tu baru masuk, jadi aku takde niat nak menggatal tinggal kat luar. Lagipun duduk kat sini boleh pegi kolej naik bas yang disediakan oleh kolej. Jimat sikit.Ramai jugak student yang duduk kat sini. Bebudak KUIM pun ada. Pastu bebudak MARA apa tah pun duduk kat sini. Jadi apartment ni dikongsi oleh 3 buah institusi pelajaran. Jadi macam-macam la pe'el bebudak yang kita boleh nengok. Umah ni kolej aku punya. Jadi kitaorang tak terlibat langsung ngan bayar-bayar sewa ataupun api air. Dia potong straight.
Macam biasa, kalau tempat tinggal student macam ni, mesti ada cerita-cerita hantu yang timbul. Awal-awal aku masuk umah ni pun terus je dengar cerita hantu dari senior serumah. Namun ketika itu aku haram tak percaya ada hantu. Maklumlah bebudak, sekali nengok kain terbang, terus je cakap nampak penanggal. Nak-nak tempat macam ni. Diaorang saling menakutkan antara satu sama lain. Mangli ngan cerita macam ni, jadi aku buat tak pot je.
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Wanita Diganggu Pocong Sehingga Subuh ]
Krew Baru
Dalam umah aku tu, aku sorang je yang ambik course yang aku ambik tu. Orang lain semua entah hapa course dah diaorang ambik. Start masuk kelas, aku jumpa member baru. Tapi diaorang tak tinggal satu umah ngan aku. Terus je kitaorang jadi kamcing giler. Nak-nak ada satu particular group ni yang sama-sama minat muzik jugak. Aku yang baru nak berjinak ni nampak perkara ni macam satu peluang yang baik. (perkara ni banyak membantu aku dalam karier aku sampai hari ni). Jadi kitaorang pun membentuk satu pasukan kumpulan gitar rancak. Geng ni terus tak join ngan orang lain dah. Kitaorang je. Sebab orang lain semua sibuk pekena Kolumpo. Maklumlah orang kampung first time masuk bandar.
Kitaorang start jamming. Bila-bila free kitaorang training kat bawak apartment ni. Bila malam kitaorang pekena menapak jauh gile ke studio jamming. Dah siap jamming mesti pekena makan nasik, jadi boleh dikatakan hari-hari aku balik lewat. Krew-krew baru aku ni semuanya duduk kat umah yang berlainan. Jadi kalau nak jumpa kena meeting kat mana-mana.
Budak Yang Berperangai Aneh
Kat umah baru aku ni, aku haram tak bertegur sapa ngan sapa-sapa pun. Bukan la sampai jadi sombong pulak, tapi maklumlah aku ni pemalu orangnya. Jadi aku tak banyak bercakap kat dalam umah. Lagipuin diaorang semua dah beso panjang. Aku ni bebudak lagi.
Dalam umah aku banyak meluangkan masa dengar discman aku kat atas katil sorang-sorang. Nak mingle ngan bebudak umah tak ngam langsung.
Yang aku ingat kat umah aku tu ada sorang ni stail alim-alim Sheikh namanya. Pastu ada abang sasa ni muka sejibik macam Norman Hakin, jadi aku panggil dia Norman Hakim. Pastu ada sorang mamat "aww.." ni Wan nama dia. Yang lain-lain semua samada aku tak ingat nama diaorang ataupun aku tak tegur sampai tak tau nama.Langsung aku tak ambik tau apa yang diaorang buat. Yang jelas, time buat besday party, aku ada la menyempe sebab ada makan-makan. Pastu meeting umah, aku kena ada sebab aku pun ahli umah tu. Selebihnya masa aku dihabiskan kat luar bersama bebudak kelas aku.
Ada jugak la 2-3 orang budak umah tu cuba nak bermesra ngan aku. Bukan sebab aku sombong, tapi tak ngam langsung pemikiran diaorang ngan jiwa aku. Ada tu sosial sangat, ada tu alim sangat, ada tu layan Nsync, ada tu asik nak bina badan je. Cuma Wan Aww ni je yang ngam ngan aku. Sebab dia aww jadi dia caring lebih ngan aku. Banyak mende aku rujuk kat dia. Sebab tak berani nak tanya ngan housemate aku yang lain-lain. Aku anggap dia ni all-rounder. Ngan semua orang dia ngam. Samada golongan aww ni memang macam ni ataupun dia sorang je, aku tak tau. Tapi ada sesuatu aura yang mencurigakan menyelubungi Wan Aww ni. Aku terasa seperti something...
Rutin Harian Saya
Pepagi aku kuar pegi kelas. Bila balik dari kelas mungkin kitaorang pekena snooker kat kolej. Pastu terus lepak umah member aku ni main gitar sampai malam. Bila malam kitaoramng kuar jamming. Pastu baru la makan malam. Pastu lepak minum sampai padat pundi kencing. Hari-hari dalam pukul 2-3 pagi jugak aku balik ke umah. Sebab tu lakadang-kadang bila aku balik umah tu, diaorang semua pakat-pakat nyanyi lagu 'Hotel California' ramai-ramai. Memang. Memang aku buat umah tu macam hotel. Aku balik hanya untuk 2 tujuan sahaja. Mandi dan tido.
Ada jugak satu peringkat aku dah lupa macamana rupa paras bebudak umah aku ni. Bila diarang dah start tido baru aku balik. Time pepagi memang chaos, semua bersiap nak pegi kelas. Last-last bebudak umah aku ni dah tak macam housemate aku dah. Macam orang lain. (mungkin sebab ni dompet aku kena rompak. )
Wan Aww
Satu hari tu aku sembang ngan Wan Aww ni. Hari tu kebetulan aku balik awal. Dia tengah lepak depan pintu umah. Memula aku kuar sebab nak tipon. Tipon awam swasta tu depan pintu umah aku ni je. Tipon tu paling senang nak curi line. Lepas dail, korang masuk je duit syiling 5sen. Terus timer dia hang. Akupun time tu memang banyak buat panggilan jarak jauh. Jadi aku memang sayang kat tipon awam ni. Memandangkan aku ni nak cerita pasal hantu bukan pasal tipon awam ni, jadi aku rasa molek aku teruskan cerita aku ni.
Wan Aww cerita. Time tu dia tengah kusut sebab adik dia baru lepas meninggal. Aku tanya pasal apa. Pastu dia terus story pasal adik dia ni yang sakit sejak kecik lagi. Sakit yang misterius. Macam demam, pastu meracau-racau. Dah bertahun-tahun dah. Pegi hospital, hospital cakap takde apa-apa. Pastu famili dia try berubat cara tradisional. Dia cakap entah berapa banyak dah Tuan Guru Ibrahim Mat Zin yang dia jumpa tapi tak baik-baik jugak. Bila dia jumpa bomoh, bomoh tu akan suh balik umah. Pastu malam tu kalau ada dengar apa-apa, jangan tegur. Sebab bomoh tu punya assistant akan buat kerja. Banyak la jugak bomoh yang buat stail macam tu. Sebab tu dia cite bila malam-malam, dia dengar macam-macam bunyi pelik kat umah dia.
Namun adik dia tak baik-baik jugak. Last-last adik dia meninggal. Tu yang dia sedih sangat tu. Lagi power, walaupun adik dia dah takde, tapi bunyi-bunyi pelik kat umah dia time malam-malam tetap ada. Aku akui bahawa aku memang seram gile masa Wan Aww ni cerita. Naik meremang roma aku. Tapi aku paling seram bila cerita yang sebab dah banyak sangat bomoh diaorang jumpa, maka banyak gile hantu aneka jenis yang still melepak kat umah dia. Dan ada jugak yang permanently attached ngan ahli keluarga dia. Termasuk Wan Aww ni.
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram : Tumpang Basuh Baju di Asrama ]
Oblivious
Sekali geng kumpulan gitar rancak aku ni plan nak masuk satu pertandingan kugiran. Maka makin intense la sessi latihan kitaorang hari-hari. Kuar pepagi malam baru aku balik. Kebetulan semester tu aku takde kelas pagi. Boleh la aku bangun lewat hari-hari. Time ni bila aku balik je umah dah sunyi. Dah gelap. Semua orang dah tido. Bila aku celik mata semua orang dah keluar pegi kelas. Hari-hari macam tu. Sampai aku naik rindu pulak nengok muka bebudak umah aku ni. Selalu nampak la jugak sekilas lalu lalang depan bilik aku. Ini takde langsung.
Satu malam tu tu macam biasa aku balik semua orang dah tido. Jam pun dah pukul 3am. Bila aku start nak tido aku dengar bunyi kat dapur. Macam ada orang memasak. Periuk belanga berlaga. "Ni mesti Norman Hakim masak megi ni." bisik hati kecil aku ni. Pastu aku ingat nak menyendeng-nyendeng kat Norman Hakim ni ejas-ejas megi sikit, sebab perut aku pun agak lapar jugak ni. Aku pun bangkit dan terus menuju ke dapur. Aku nengok dapur gelap semacam je. Takde pun kelibat Norman Hakim ni. Pastu pintu bilik dia tutup. Hampeh tul. Mesti dia dapat kesan aku nak ejas megi dia. Sebab tu dia terus bawak lari masuk bilik.
Sejak hari tu tiap-tiap malam aku dengar Norman Hakim masak megi kat dapur. Aku ingat, kalau aku apply pun mesti tak dapat punya, jadi aku biar je. Lagipun aku ni memang maleh nak bangkit bila dah landing. Kadang-kadang tu dengar bebudak ni sembang kat ruang tamu. Tapi aku haram tak paham butir percakapannya. Walaupun aku dah pasang telinga dan dengar betul-betul, tapi tak dapat tangkap jugak. Mungkin diaorang mengumpat aku dalam bahasa rahsia. Ataupun mungkin jugak Sheikh sembang ngan member dia dalam bahasa arab ke, bahasa Tehran ke, bahasa sanskrit ke.
Sebab Sheikh ni memang alim orangnya. Lagipun dia berasal daripada Sarawak. Dan paling power, dia sebenarnya sekampung ngan Bidadari. Masa raya tahun 2001 aku ada jugak bertandang ke umah dia kat Sarawak nun. Aku memang tak boleh nak elak daripada lari tajuk cerita ni. Aku ni nak cerita pasal hantu, bukan pasal Sheikh ni. Baik aku teruskan cerita aku ni. Yang aku herannya, masa aku balik, semua dah tido. Bila aku dah landing nak tido, barulah diaorang kuar bersembang. Mungkin diaorang memula nak tido, pastu tak dapat lelep, pastu ajak member kuar sembang.
Horrific Truth
Ada la dalam seminggu lebih aku tak jumpa bebudak umah aku tu. Maklumlah, aku dah la balik lewat, bangunpun lewat jugak. Mananya nak jumpa. Bila diaorang bangkit memalam nak masak megi ataupun sembang (dalam bahasa Tehran) aku dah ngantuk sangat. Time tu ada sesuatu yang meng-heran-kan aku bila aku jumpa bebudak umah aku kat kolej. Diaorang semua sibuk ngan hal masing-masing. Sebab dah hujung semester. Jadi sekejap je aku dapat bercakap ngan diaorang. Bila aku jumpa Norman Hakim dia tanya,
"Ko duduk lagi umah tu Amin?"
"Ha'ah"
"Waa.. ko memang power"
"Ngape pulak?"
Pastu dia blah. Tak sempat aku nak tanya.
Bila aku jumpa Sheikh dia cakap,
"Sapa lagi duduk ngan ko skang ni?"
"Haa??"
Sebab aku tak paham butir percakapan dia tu, aku terpana. Pastu dia blah. Akhirnya kebenaran terungkap bila aku jumpa Wan Aww.. (kat kolej)
"Wan, lama tak nampak ko skang ni?"
"Aku dah pindah kuar. Aku duduk ngan bebudak DSK (Diploma Sains Kompiter) skang ni"
"Ooo.. patut la lama tak jumpa"
"Ko duduk umah Man kan skang ni?"
"Eh tak ah.. aku duduk umah kita tu la..."
"Umah kita tu?"
"Ha'ah pesal?"
Time ti muka Wan Aww tu dah pucat gaya macam nampak hantu. Tangan dia pun ketar-ketar hisap rokok.
"Ko tak tau ke?"
"Tau apa!"
"Bebudak semua dah pindah keluar. Wan ingat ko pun dah pindah jugak."
"Semua orang? Semua sekali? Abih tu sapa je yang tinggal?"
"Tu la pasal Wan ingat ko pun dah pindah. Jadi umah tu kosong la skang ni. Tak tau pulak ko masih duduk kat situ"
Di pendekkan cerita, Wan Aww ni story kat aku. Dua minggu lepas, pukul 2 pagi Wan Aww ni dengar bunyi kat dapur. Dia pun pegi la usyar. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas. Bila dia nengok betul-betul, rupanya sorang pompuan. Rambut teknik rebonding sampai dada. Pakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Wan Aww ni pandang muka dia, dia terus menyeringai. Wan Aww ni apa lagi, menjerit la sampai sakit anak tekak. Bebudak lain yang dah tido semua terjaga. Time ni semua bebudak umah aku tu nampak lembaga ni. Dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia meresap je keluar.
Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke mamat Nsync ni, sampai la ke Sheikh yang alim tu, semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari umah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tido umah member masing-masing. Hanya 15 minit lepas diaorang semua lari keluar, sekonyong-konyong akupun balik umah. Terus tido. Macam takde apa-apa berlaku.Punyalah terkejutnya diaorang ni nampak lembaga tu, mamat Nsync ni terus jadi macam sawan malam tu. Pastu malam tu jugak diaorang bawak pegi berubat kat seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan. Bomoh tu cakap, makhluk ni datang dari jauh. Tapi dia tetiba attached ngan umah tu, sebab umah ni pernah berdarah.
Maksudnya pernah ada orang mati kat dalam umah ni. Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si Wan Aww ni. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia. Iaitu salah satu daripada bomoh yang family Wan Aww ni pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia dulu. Jadi bomoh ni pun tak boleh buat apa-apa la. Pagi besoknya, sebelum aku bangun dari tido, diaorang ni semua datang balik umah tu, packing barang, dan terus pindah keluar hari tu jugak. Aku yang tak tau apa-apa ni, masih duduk kat umah tu. Buat macam biasa.
Artikel Berkaitan : [ Kisah Seram Perempuan di Tingkat 13 KLCC ]
Now I Know
Migrasi beramai-ramai penduduk umah aku tu tak dapat aku kesan sebab takde apa perubahan berlaku. Sebab bila hari siang aku takde kat umah tu. Bila nak tido je aku balik. Selama ni aku saspek diaorang semua dah tido, rupanya sekor haram pun takde. Semua dah pindah keluar. Pasal barang-barang diaorang yang dah takde tu aku langsung tak perasan. Sebab aku balik dah malam. Lampu pun dah tutup. Umah ni gelap gelita.
Paling horror :
Yang aku saspek Norman Hakim masak megi tengah-tengah malam, bukanlah Norman Hakim, tapi mende lain. Yang aku saspek Sheikh bersembang tengah-tengah malam (dalam bahasa yang tak dapat difahami) bukanlah Sheikh, tapi mende lain. Jadi secara kasarnya, selama 14 hari, yakni 2 minggu aku sebenarnya duduk sorang-sorang je kat umah ni. Orang lain semua dah pindah keluar sebab ternampak hantu kat dalam umah ni. Bunyi-bunyi yang aku dengar memalam buta tu sebenarnya adalah aktiviti paranormal yang dijalankan oleh makhluk halus yang dahpun jadikan tempat tu port lepak diaorang. Bebudak nak lalu kat koridor depan umah siang-siang hari pun tak sanggup, inikan pulak malam-malam buta.
Bila aku dapat tau perkara ni aku jadi pucat. Kaget dan terkasima. Aku jadi rasa macam nak demam. Gile babi ko, dah la orang semua takut nak pegi umah tu sebab jumpa hantu, aku pulak boleh tinggal kat situ sorang-sorang. Lalu aku ambik keputusan mudah untuk pindah kuar jugak. Tapi takde sorang pun yang berani nak tolong aku angkat barang. Aku paksa-paksa baru nak. Itupun bertolak-tolak.
Epilog
14 hari tinggal bersama hantu adalah pengalaman ngeri yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ini satu pengajaran yang berguna buat aku. Lain kali kena beramah mesra dengan orang serumah. Dan jangan bersikap tak ambik pot pasal persekitaran kita. Peristiwa ni telah menginsafkan aku.Tapi yang penting, kita tak sepatutnya takut kepada hantu ni. Aku tak pernah lagi dengar cerita pasal orang berdarah lengan kena gigit ngan hantu. Mempercayai hantu juga boleh menyebabkan syirik.
Jadi pesanan aku adalah, Jangan biarkan hidup anda diselubungi..
Artikel Berkaitan : [ 6 Ritual Yang Paling Seram di Dunia ]
Sumber : Percumamovies
Takutnya abe baca kisah ni. Mohon dijauhkan dari gangguan hantu n jin mcm ni.
ردحذف