Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Aerill Hassan
18


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian. Baru-baru ini aku berpeluang ke majlis pelancaran dan pembukaan JDX Presto Concept Store di Quill City Mall KL.  JDX Presto Concept Store merupakan sebuah  gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN meraikan pembukaan rasminya di Quill City Mall KL hari ini, melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia. Jom baca lebih lanjut mengenai JDX Presto Concept Store ini dan aku sempat mengambil beberapa gambar untuk dikongsikan dengan anda.

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity
Pembukaan JDX Presto Concept Store pada 12.12 dirasmikan oleh Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew (L-1), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Koong Wai Seng (L-3), Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, Cheong Chia Chou (L-5), Pengurus Kanan Divisi Bisnes Antarabangsa Bahagian Rantaian Bekalan & Logistik daripada JD Logistics, Gary Sun (L-6), Y.M. Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj (L-7), Pemangku Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), YBhg. Dato’ Mathialakan Chelliah (R-6), Pengasas of Smuzcity Berhad, Kent Lee (R-5),Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong (R-3)

JDX Presto Concept Store

JDX Presto Concept Store, gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN, meraikan pembukaan rasminya di Quill City Mall KL pada 12 Disember 2019. Kerjasama antara PUC Berhad (“PUC”) dengan Smuzcity Berhad (“Smuzcity”) dalam melancarkan gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama mereka itu melambangkan usaha bersama dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia. 

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL yang terletak di lokasi strategik, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN. 

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.  

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup. 

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar. 

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata, “Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat, “Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.  

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata, “Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.” 

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah, “Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.” 

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 orang pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto. 

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Pembukaan JDX Presto Concept Store Pada 12.12 oleh PUC dan Smuzcity

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.  

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini! 

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

Sekian

إرسال تعليق

18تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Bagus la konsep butik ni buat cashless transaction..cuma tu la,internet service provider kena ngam la situ.kalau x,x xjadi..huhu

    ردحذف
  2. Sekarang ni serba mudah dan canggih kan angah. Nak membeli belah di gedung berkenaan jadi lebih mudah. Tak oerlu sah payah hanya imbas kod QR produk yang kita nak guna aplikasi Presto dan kita dah boleh nikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang ada kat dalam aplikasi ni. Tq sharing angah..

    ردحذف
  3. Eh. Ok. Nak gerak ke Quill City Mall now. Ada memacam barangan kat situ ye. Sekali baca macam JD Store, rupanya JDX Presto Concept Store. Macam menarik nie nak cari Xmas gifts nie.

    ردحذف
  4. Waa bestnya tempat
    Boleh beli tanpa bawak wallet tu lg mudah.

    ردحذف
  5. Wahh boleh berpeluang untuk menang tiket kedisneyland hong kong tu. syoknya, dah la dengan pembelian rm50 je.

    ردحذف
  6. Dah lama tak pegi Quill City Mall ni. Kalau rumah dekat boleh la gi selalu.

    ردحذف
  7. Wahhhh bagusnya kedai nie. Macam2 ada. Nanti nak singgahlah. One stop centre for everythinh

    ردحذف
  8. I really love the concept! Can try but don't have to carry heavy products home! :D
    Will visit Quill City Mall soon for this.

    ردحذف
  9. Wahh! Terbesar di ASEAN ya gedung tanpa tunai ni. Kalau nak shopping kat sini memang tak boleh pakai tunai lah gayanya. Btw, tak sabar nak cuba sendiri makan di kafe mereka yang tidak gunakan manusia. Hebat kan sekarang hanya guna teknologi AI dan RFID.

    ردحذف
  10. Baru tahu ada tempat camgini. Nanti nak survey2 lah, lagi pun dah lama tak keQuill City Mall

    ردحذف
  11. Canggih btul bila baca tang peti ais tue..scan qr cod je da boleh buka peti ais tue..btw konsep die mmg bgus la tak mnggalakkan kite blnja secara tunai..lbh slamat..good job..

    ردحذف
  12. Makin meriah kembali la quill city mall ni. Dulu dh agk sendu dekat sini. Ada kedai baru ni, boleh jd penarik

    ردحذف
  13. Perghhh banyak juga barang dijual dekat sini... Tapi tue la, dah lama tak pegi Quill City Mall ni.

    ردحذف
  14. aida x pernah ke mall ni lagi, aerill.
    wah ada yg baru - tanpa tunai. kena make sure debit card berduit la :)
    mudah if tanpa tunai.
    ringkas. cepat.

    ردحذف
  15. Wow. Menariknya sebab cashless and siap dapat point lagi. Teringin pulak nak tengok tempatnya and barang yang dorang offer.

    ردحذف
  16. Nicenya kalau ada ni kat Sabah :(
    Maybe if I go KL next time boleh singgah kat sini.

    ردحذف
  17. sekarang ni dh mudah...cashless, dompetless..hahahaha...ada bagusnya xperlu bwk dompet ni...pakai apps je boleh bwt bayaran...tp ada gak xbagusnya sbb kalo x kawal nafsu membeli tu maunya habis duit gaji sebulan...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!