Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Kali ini aku hanya nak berkongsi pengalaman aku ke salah satu pesta buku terbesar di Malaysia yang berlangsung pada bulan Disember dan telah pun berakhir. Pesta buku tersebut adalah Big Bad Wolf 2019.
Daripada info di Wikipedia, Big Bad Wolf Books ataupun BBW Books adalah pesta buku yang berasal dari Malaysia dan kini telah diadakan di banyak negara lain seperti di Indonesia, Myanmar, Philippines, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan juga United Arab Emirates (UAE).
Big Bad Wolf 2019 yang aku kunjungi ini telah diadakan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan. Alhamdulillah, aku berpeluang bersama rakan untuk datang ke malam terakhir sebelum ia berakhir.
BUKU SEKOLAH
BUKU KANAK-KANAK
Memang sangat banyak buku yang anda boleh beli! Malangnya aku sekadar datang untuk melawat sahaja. Tak sempat nak beli apa-apa buku sebab buku yang ada di rumah pun tak sempat nak baca. Satu lagi alasan sebab tak beli adalah kekurangan duit. Haha.
Artikel Berkaitan : [ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 ]
Antara buku yang menarik.
Terasa tak?
Buat komik?
Memang banyak buku yang menarik dan harga yang murah. In shaa Allah kalau ada lagi anjuran pada tahun depan, aku akan sediakan duit siap-siap untuk beli buku. Selain beli untuk diri sendiri, mungkin boleh jugak aku jadikan buku sebagai hadiah untuk majlsi harijadi atau apa-apa sahaja.
Ada pulak sale untuk tealive!
Untuk mereka yang tak suka membaca atau tak suka buku, mungkin datang ke tempat atau pesta buku macam ni akan jadi sesuatu yang membosankan. Tapi bagi aku, tempat-tempat macam ni best, sebab kita akan nampak banyak buku yang menarik. Jangn ingat bahawa buku itu membosankan sebab ada banyak buku yang menceritakan tentang topik-topik menarik.
Walaupun info atau benda-benda menarik tu boleh sahaja di GOOGLE tapi bagi akulahkan, lebih suka mempunyai jasad atau bentuk fizikal , contohnya macam bukulah. Majulah industri buku untuk negara.
Sekian
Waalaikumussalam. Bila hati berkenan tapi duit tak berapa nak cukup, boleh tahan jugak resah jad nya 😅
ردحذفTak pernah lagi ya pergi Big Bad Wolf 2019 ni. Teringin nak pergi tapi masa org lain buat entri dah habis acara. Tolng hdiahkan sis buku masakan boleh? Hehe. Next year sis nak pergi, InsyaAllah.
ردحذفThose yang memang minat baca buku, mesti xnak ketinggalan utk datang ke sini. Katanya banyak diskaun dan dijual murah2
ردحذفBuku semua best2 tapi bila duit yg kurg mmg xbest..pape pn hope dpt diadakan lg tuk next year 2020..
ردحذفNanti pergi booth next year The tPatriots semua buku2 mereka semua memndidik jiwa.
ردحذفWowww bestnyaaa...BBW ni kalau pergi, makan masa hampir 3 jam lekat kat situ, membelek buku sampai leka di buatnya kan...
ردحذفKita tunggu datang Johor lagi hehehehe..
I had to stop myself from visiting this year, bought too many from bookxcess during one of their openings recently
ردحذفsuka pergi terutama sekali sebab harga buku murah2 dan ada banyak jenis buku to choose from
ردحذفWahhh bestnya! Kalau pergi sini mesti huda rambang mata. “Shopping” buku one of favourite juga
ردحذفBestnya cari-cari buku kat Bg Bad Wolf ni, saya sendiri pun suka pergi sebab banyak pilihan dan buku pun murah-murah. Memang setiap tahun takkan lepaskan peluang beli buku kat sini
ردحذفBukan senang nk pupuk amalan suka membaca...pesta buku mcm ni memang sgt bagus diadakan...
ردحذفBBW ni best. Harga kaw kaw murah. Banyak buku yang akak masuk dalam bucket list ada dijual disini. Tp kena la jadi pembeli bijak. Beli mana yang perlu aje. Akak suka membaca. Bila anak-anak, mereka tak berapa minat lg. So beli puzzle. BBW kali ni akak lg suka sebab lebih teratur dan akak lebih bersedia dari segi wang ringgit. hehehe
ردحذف