Assalamualaikum dan salam sejahtera
ABSEILING
FLYING FOX
PERJALANAN PULANG
#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah, hari ini anda diberi peluang sekali lagi untuk membaca perkongsian aku yang terbaru. Masih lagi artikel berkenaan tempat menarik dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang anda boleh lakukan di Daerah Hulu Selangor. Sebelum ini aku dah kongsikan tentang aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru. Anda boleh lihat dan baca artikel tersebut di : - Paragliding Kuala Kubu Bahru.
Kali ini aku nak kongsikan pula aktivit menarik dan lasak seterusnya yang anda boleh dapat di Daerah Hulu Selangor iaitu di Teratak Riverview Ulu Bernam. Teratak Riverview merupakan sebuah resort berhadapan dengan Sungai Bernam. Sesuatu yang unik adalah sungai ini merupakan sempadan antara Perak dan Selangor.
Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti :-
➤ Chalet
➤ Tempat Perkhemahan
➤ Asrama
➤ Dewan
➤ Surau
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia di sini adalah seperti :-
😊Tubing
😊Water Confident
😊Rentas Halangan
😊Flying Fox
😊Abseiling
😊Tempat Berbasikal
😊Paintball
😊Jungle Trekking & Night Walk
😊Kem Motivasi & Ceramah
😊Hari Keluarga
Alhamdulillah, kami semua diberi peluang untuk menyertai dan melakukan tiga aktiviti utama iaitu Abseiling, Flying Fox dan juga Tubing. Jadi, aku akan cerita lebih terperinci tentang aktiviti ini di bawah ya!
-------
PERJALANAN MASUK KE TERATAK RIVERVIEW
Disebabkan bas yang membawa rombongan kami sepanjang trip ni tak dapat masuk melalui jalan kampung yang kecil, beberapa buah kenderaan 4WD membawa kami dari jalan masuk, terus ke Teratak Riverview ini.
Pada mulanya aku ingatkan bahawa kami semua akan diberhentikan di hadapan pintu Teratak Riverview itu sahaja, rupanya terus dibawa menyeberangi sungai kemudian ke tempat mereka iaitu geng 4WD berlatih memandu kenderaan.
Pengalaman pertama aku menaiki 4WD dan menyeberangi sungai! Memang teruja, seronok bila kenderaan yang kita naik terpusing-pusing, bergerak ekstrem ke kiri kanan, rasa macam dalam video game pulak! Haha.
MAKAN TENGAHARI
Lepas sahaja sesi menaiki 4WD, kami semua terus makan tengah hari di pondok yang disediakan. Alhamdulillah,menu makanan ala kampung memang sangat sedap!
Aktiviti pertama yang dijalankan adalah abseiling. Apa itu abseiling? Mengikut wikipedia : the sport or activity of descending a rock face or other near-vertical surface by using a doubled rope coiled round the body and fixed at a higher point.
Kalau dalam bahasa melayunya aktiviti menuruni cerun hampir 90° atau tepat 90° dengan menggunakan tali. Seingat aku, rasanya aku pernah buat aktiviti yang sama masa kem kepimpinan ketika aku darjah 6, bermakna 12 tahun yang lalu, aku pernah buat aktiviti ini.
Seperti biasa, sebelum apa-apa aktiviti, pastinya ada penerangan daripada mereka yang bijak pandai dalam aktiviti ini. Panduan dan hal-hal berkaitan keselamatan juga turut diberi penerangan supaya semua yang menyertai jelas dengan apa yang bakal berlaku.
Kali ini aku bukan hanya memakai peralatan sahaja seperti di artikel Paragliding di Kuala Kubu Bahru , tetapi aku dapat lakukan aktiviti jugak!
Perasaan semestinya gementar, tapi macam biasa, aku buat cool sahaja. [ Dalam hati memang berdebar habis ] Tapi aktiviti ni tak lama, beberapa saat sahaja tup -tup dah sampai bawah. Ada beberapa teknik juga yang diberitahu yang boleh diguna pakai ketika turun.
Ketinggian dari atas hingga ke bawah.
FLYING FOX
Aktiviti seterusnya adalah FLYING FOX. Apa itu flying fox? Untuk mereka yang tak tahu , flying fox adalah :-
Flying Fox, also known as Zip Line, is the famous adventure activity for fun and thrill. You are harnessed and attached on wire rope with the help of pulley at the higher end and then slide free fall on that wire rope.
Kalau dalam bahasa lebih mudah, aktiviti dimana anda akan dihayunkan dari satu titik yang tinggi ke satu titik lain dengan memegang wayar atau tali. Seingat aku, aku tak pernah lagi buat aktiviti seperti ini seumur hidup. Ini adalah pengalaman pertama ya!
Selain perasaan takut dan gayat, sememangnya memang agak gerun sebelum menaiki atau sebelum melakukan aktiviti ini. Sebab memang tempat mulanya sangat tinggi. Macam yang diberitahu di awal artikel ini, tempat mulanya adalah di negeri Selangor manakala di penghujungnya adalah negeri Perak.
Tempat akhir untuk flying fox.
Tempat bermulanya aktiviti Flying Fox.
Apa yang menariknya adalah, kita dapat melihat pemandangan sekitar kawasan ini yang begitu cantik, dengan langit yang membiru penuh dengan awan cantik. Sangat indah hari tersebut. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah S.W.T.
Sempat juga berselfie bersama Dboy dan Kak Nana sebelum melakukan aktiviti seterusnya.
TUBING
Aktiviti terakhir adalah Tubing. Mesti ramai yang tak tahu apa itu tubing kan? Menurut wikipedia bahasa Inggeris : -
Tubing (also known as inner tubing, bumper tubing or just tubing) is a recreational activity where an individual rides on top of an inner tube, either on water, snow, or through the air. The tubes themselves are also known as "donuts" or "biscuits" due to their shape.
Kalau dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, wajib dipelajari dan ditutur oleh semua rakyat Malaysia, tubing adalah aktiviti bersama dengan pelampung berbentuk donut besar, dan anda akan dibawa arus sungai, melalui arus sungai yang deras dan juga arus sungai perlahan.
Seperti flying fox, ini juga merupakan kali pertama aku melakukan aktiviti ini. Sudah lama jugak aku tak turun mandi manda di sungai. Mungkin sebab banyak kali mandi di kolam renang. Haha.
Tak ada pulak gambar ketika sedang bertubing. Yang bestnya bila kita baring di atas pelampung, dan terus mengikut arus. Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan sekiranya kita tersesat ke bahagian tepi atau bahagian berbatu.
Jangan risau ya ketika melakukan aktiviti ini akan ada petugas yang akan menjaga ketika diwaktu perlepasan dan juga di penghujung. Serta di bahagian yang bahaya seperti batuan yang banyak, atau kawasan yang dalam. Jadi in shaa Allah keselamatan ketika melakukan aktiviti ini terjaga.
Memang tak puas jika sekali sahaja dapat buat aktiviti ini, dua kali pun sebenarnya masih tak puas.
PEMANDANGAN SEKITAR TERATAK RIVERVIEW
PERJALANAN PULANG
Kalau ketika perjalanan datang ke Teratak Riverview ni kami menaiki kenderaan 4WD, perjalanan pulang pula kami menaiki lori! Aku dapat merasakan lori ini sebenarnya digunakan untuk membawa binatang seperti lembu, kerbau dan sebagainya. Haha.
Memang pengalaman seronok dapat naik lori ni, melalui jalan kampung. Kemudian kena mengelak dahan-dahan yang menjulur ke bahagian tengah jalan raya. Satu lagi pengalaman yang tak akan dilupakan. Oh, perjalanan pulang kami bukan pulang ke rumah sendiri ya! Perjalanan seterusnya adalah ke Dusun Bonda di Batang Kali. Nantikan artikel berikutnya.
--------
Jadi, sekian sahaja cerita dan perkongsian aku untuk kali ini. Alhamdulillah, pengalaman baru yang sangat seronok dan mengujakan. Sememangnya aktiviti-aktiviti macam ni dapat melegakan stress dan tekanan akibat kerja atau pelbagai lagi yang membelenggu kepala otak.
TERATAK RIVERVIEW ULU BERNAM
PELAN TERATAK RIVERVIEW
👉HUBUNGI :
🕿 MOHAMAD NOOR HAKIM BIN KASSIM
013 - 533 5033
🕿 NORHANAH BINTI MD NOOR
019 - 511 5033
🕿 MUHAMMAD NOOR HAZIQ BIN MOHD NOOR HAKIM
017 - 343 1346
👉PEJABAT
Lot No.10 Jalan Kemudi 2A/2, Fasa 2, Laman 1, Taman Bernam Jaya, 44100, Kerling, Selangor.
👉EMAIL : teratakriverview@yahoo.com
👉WEBSITE : teratakriverview.blogspot.com
Sekian
#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.
wuishhh mencabar tu jalan nak masuk..tapi sonok boleh buat macam-macam
ردحذفHamboiii. Seronoknya sekali skala dapat join aktiviti lasak lagi mencabar diri ni. Tempat dia pun cantik dan tenang jer.
ردحذفSgt menarik.
ردحذفAktiviti lasak. View hijau. Segar. Ada sungai.
Wow! Husband aida minat ni semua. Aida yg lasak2 tu x la sgt. More to the place itself. Terbaik.
Fuhhh kecut perut gak ni nak buat aktiviti cam gini ngah. KakYa kan takut nau ngan ketinggian ni haa. Gayat aihh tinggi2 rasa2 kalau kena paksa mau nangis ni hahaha ..
ردحذفEh saya pernah Kursus team building dekat sini tahun lepas, memang banyak aktiviti boleh dibuat dekat sini semua mencabar dan perlukan kerjasama dalam pasukan. Sayanya sy tak dapat buat water rafting sebab masa tu hujan lebat dan dikuartiri ada kepala air. kalau next ditawarkan ke sini sy nak buat aktiviti tu...
ردحذفAerill, kalau kita pergi sendiri, memang diaorang akan sediakan kenderaan 4WD tu ke untuk mereka² yang nak sampai ke situ?
ردحذفSuka aktiviti² macam ni. Dengan pemandangan yang hijau, air sungaii. fuhh nikmat alam semulajadi.
Yang pelampung macam donut tu berat tak korang pikul? 😅
Seronok juga nak buat aktiviti2 lasak kat sini. Boleh bermalam, buat aktiviti-aktiviti menarik. Tak jauh dah kay Hulu Selangor je. nak cuba flying fox.
ردحذفWow! So adventurous! Mouse mommy just thinking on my single time , mmg lasak dan join mcm2 aktiviti. Have an enjoyable trip!
ردحذفBest buat aktiviti dkt sni..sebab nad pena buat fmly day kt sni..pling best mndi air sungai tue..uii sejukk sampai ke tulang..mlm tue kiteorg bakar2..
ردحذفBestnya..macam2 aktiviti korang buat. Sis kebanyakkan dah buat jugak tapi lama dah..now nak buat aktiviti mcm ni memang kena pikiq 10 kali..tenaga dah tak ada..hehehe
ردحذفI used to go off road when I was younger, love these activities they seem so fun.
ردحذفSelama duduk area sini. Tk pernah tahu ulu bernam ada tmpt rekreasi menarik mcm ni. Masuk sungai tubing tu best
ردحذفOmg... There are so many exciting activities can be played with a group of friends
ردحذفBestnya macam macam aktiviti boleh buat kat sini. Bawak family datang sini best ni.
ردحذفBestnya dapat join mcm2 aktiviti adventure kat sini. Mesti seronok giler
ردحذفwow berapa cost ni total?
ردحذفBestnya buat aktiviti gini tapi Qiss penakut. So jangan ajak tau.hehehe tapi best la kan.. jalan nak masuk pun dah mencabar sangat-sangat.
ردحذفwow best yer buat aktiviti lasak ni dengan kawan2, konfem kecoh giler kan dengan semangat , plus takut dan excited.
ردحذفWuhoooo semua menakutkan for me hahaha tapi sesekali untuk lawan ketakutan apa salahnya, err
ردحذفMenariknyaa! Sejak dah beranak dua ni, dah lama tak buat aktiviti adventure gini. Rindunyaa!
ردحذفTB ni penakot kalau bab-bab aktiviti lasak ni.. tapi dalam hati ni pernah la teringin nak try Flying fox tu.. haha.. cuma bila dah barumur ni... takut pulak apa-apa hal.. kot pingsan atas tu.. wakakaka
ردحذف