Assalamualaikum dan salam sejahtera
💢THE OPSROOM KITCHEN💢
SUASANA DI MONSTER KG BARU, KUALA LUMPUR
MENU MAKANAN
SENARAI HARGA
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca yang disayangi lagi dikasihi semua? Alhamdulillah, aku disini makin sihat di tahun 2020 ini. Baiklah, seperti yang anda baca pada tajuk artikel ini, kali ini aku nak share apa yang sedap di sebuah tempat makan yang lokasinya terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebelum anda teruskan pembacaan , aku nak bagi warning sebab ada banyak gambar-gambar yang bakal membuatkan anda kelaparan dan terus nak cari menu-menu tersebut. ✌😎
💢THE OPSROOM KITCHEN💢
The Opsroom Kitchen merupakan sebuah gerai yang terletak di dalam Monster Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apa pulak Monster Kampung Baru tu? Di dalam kawasan Monster Kg Baru ni, terletaknya beberapa gerai yang menawarkan menu-menu berlainan dan seleksi pilihan untuk pengunjung. Kiranya Monster Kg Baru ni macam foodcourt lah. 😅
Tapi fokus aku kali ini bukannya pada Monster Kampung Baru ya, tapi pada The Opsroom Kitchen. Baru dibuka pada bulan Disember 2019 yang lalu, The Opsroom Kitchen menawarkan menu-menu menarik yang lain daripada yang lain. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan apa yang disediakan.
Aku sempat singgah di The Opsroom Kitchen bersama seorang blogger paling berjaya, DboyStudio. Ini adalah gambar selepas kekenyangan ya! Boleh nampak mangkuk2 dan sebagainya telah habis.😂
SUASANA DI MONSTER KG BARU, KUALA LUMPUR
Sebelum aku nak cerita pasal menu makanan dan membuatkan air liur anda meleleh kerana kelaparan akibat hanya melihat gambar, aku nak tunjuk dulu suasana di Monster Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Salah satu lokasi tempat makan dan lepak yang menarik. Ada pelbagai pilihan makanan, tempat duduk juga selesa.
Selain itu, ada jugak hiburan, iaitu nyanyian daripada seorang pemuzik jalanan.
MENU MAKANAN
Sekarang tibalah masanya untuk aku memberi ulasan dan pendapat aku mengenai makanan dan menu di The Opsroom Kitchen ini. Untuk pengetahuan anda, hanya empat sahaja menu yang tersenarai dan disediakan di The Opsroom Kitchen. Sememangnya fokus mereka hanyalah pada menu ini sahaja. Senang untuk buat pilihan, daripada ada beratus-ratus menu, tapi semuanya serba tak kena kan? 😜
👆HOKKIEN PRAWN MEE
HARGA : RM 10
Hokkien Prawn Mee ~ Signature dish bagi The Opsroom Kitchen ni. Pendapat aku adalah, sangat berbaloi bila mana anda membuat pesanan bagi menu ini. Sebab apa? Sebab bahan-bahan yang terdapat di dalam semangkuk ini sangat banyak ya! Kuantiti yang banyak! Bagaimana pula dengan kualiti? Aku belum pernah lagi rasa Hokkien Prawn Mee sebelum ni, tapi aku dapat rasakan sesuatu yang unik, rasa pedas yang sangat umpphh. Udang yang terdapat dalam menu ini juga rasa segar! Kalau anda singgah di sini, jangan lupa untuk pesan menu ini ya! 👍
👆WANTON SET
HARGA : RM 7 ( 5 PCS )
Wanton Set ~ seperti yang aku beritahu, makanan Cina memang sangat jarang aku makan. Alhamdulillah dengan adanya The Opsroom Kitchen ni, dapatlah jugak aku merasa makanan Cina yang Halal. Untuk rasa bagi wanton ini, aku suka rasa kerangupan wanton selepas di goreng. Mungkin bagi orang lain tak berapa suka. Satu lagi, bagi aku yang penting adalah isi di dalam wanton tersebut. Sedap dan berperisa! Tambahan pula di cicah pada sos ditepi tersebut. Sedap! 👍
👆DUMPLING SET
HARGA : RM 10 ( 5 PCS )
Dumpling Set ~ Berbanding dengan Wanton Set, jujur aku beritahu yang aku lagi suka dengan Dumpling Set ni. Mungkin sebab isinya yang lebih banyak dan padat. Untuk mereka yang tak nak pesan Hokkien Prawn Mee tu bolehlah pesan Dumpling Set ni sahaja. Lima ketul ni pun dah kenyang ya! Memang sedap! 👍
👆CHICKEN HOR FUN
HARGA : RM 10
Chicken Hor Fun ~ Satu lagi menu pilihan selain Hokkien Prawn Mee adalah menu ini! Chicken Hor Fun atau kuey teow sup ayam ni satu menu yang sedap dengan ada isi ayam yang dilerai-leraikan bersama udang dan juga satu ketul dumpling. Untuk mereka yang sukakan pedas, boleh tambah cili manakala aku suka tanpa sebarang cili. Mungkin sebab supnya sudah sedap sebegitu rupa. Memang sedap dan supnya sangat berperisa unik. 👍
SENARAI HARGA
Walaupun diatas aku dah bagitahu harga pada setiap menu, kat sini aku nak tunjuk juga harga yang diletakkan di gerai. 😅
Jadi, setelah melihat dan mengetahui menu-menunya apa pendapat anda? Bagi aku menu yang disediakan sangat sedap sedap belaka. Mungkin pemilik The Opsroom Kitchen ini hanya memfokuskan pada empat menu ini, dan hasilnya semuanya sedap dan hebat.👍
Aku doakan agar di masa akan datang The Opsroom Kitchen dapat buka cawangan dilokasi lain pula, mungkin berdekatan dengan rumah aku di Kajang, bolehlah makan di sini tiap hari. 😅
-------
Inilah pemilik bagi The Opsroom Kitchen, Puan Jasrina Rahim. Oh, dibelakang itu adalah suami beliau, Encik Hafiz ! 😊
👉LOKASI
The Opsroom Kitchen (Stall No2, Monster Foodcourt)
Waktu Operasi : 5 Petang - 12.30 malam
Facebook : https://www.facebook.com/theopsroom.kitchen/
Instagram : https://www.instagram.com/the.opsroom.kitchen/
#TheOpsroomKitchen #monsterkgbaru #chinesefood #hokkienprawnmee
Sekian
Nama: __ Hendi Zikri Didi
ردحذفBandar: _______________ Melacca
pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.
Pusat Aplikasi / Hubungi
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516
Nampak sedapnya semua tu. Saya juga masakan cina. Hokkien Prawn Mee tu alehaiii kena try jugak la.
ردحذفMemang sedap sis :)
حذفOk. Now Rawlins nak rasa Hokkien Mee tu - teringin sebab nampak macam hokkien mee kat kampung Rawlins.
ردحذفNext time ajak Rawlins boleh?
Boleh2. tapi rawlins kalau nak ikut kena naik motor. berani ke? hehe
حذفOoo inilah yang anak Sis bagitau tu. Nanti datang ke KL nak ajak anak singgah sini. Anak kata meriah dan happening makan di sini...
ردحذفmemang meriah dkt monster ni :)
حذفLebih mudah fokus dengan menu yang di khas kan. Dan tentu sekali kualiti dan keenakannya terjamin sedap sebab boleh fokus menu yang dihidangkan. Belum pernah try sebab nampak kedai baru di situ. Nanti lalu Kg Baru, bolehlah singgah
ردحذفsama lah suka makan dumpling daripada wantan sebab dumpling padat dengan isi, sup dia pun sedap. Hokkien POrawn Mee dia nampak sedap!
ردحذفYum! Sedap giler masakan2 dia. Tringin pula saya nak berkinjung ke restaurant Ini.
ردحذفtengok menu-menu dia sangat menyelerakan. nanti kalau ke KL nak kena pergi cari ni. paling tak leh oder 2-3 jenis menu kan.
ردحذفMemang dah terlioq dah tgok makanan dia terutama prawn mee tu..mmg fav sis ni. Nak kena cuba gaklah makan kat sini
ردحذفLain kali kalo nak dtg lagi ajak i tau. Kemain nampak sedap semua menu2 dia ye!
ردحذفMenarik jugak ye menu kat Opsroom ni. Macam best je dumpling dia
ردحذفNampak pekat kuah hokien mee dia tu, Mesti sedap makan. Tempat dia pun not bad selesa, santai je kan. Harga pun rasanya mampu milik tu
ردحذفHokkien Prawn Mee tu nampak sedao. Udang banyaknya. Ada rezeki nanti nak datang makan makan kat sini
ردحذفWahhh menarik ni. Tgok makanan dia pun rasa mcm best je
ردحذفNasib baik dah warning awal-awal. Memang tak keruan kita nengok menu yang ada. Nampak sedapnya! Nanti nak pegi laaa, harga pun not bad
ردحذفAlamak.. Sedapnya nampak menu2 dia.. Esp hor fun dengan dumpling 🥟 tu.. Aduhhh kecur ailio
ردحذفWah ade dekt kuala lumpur ke.. Peeghh menarik menu dia.. Kalauborag kita buat mesti kena cuba.. Nanti nak usha dulu fb kedai ni
ردحذفKenapalah ada dumpling.. Dahlah terliur ni nak makan dumpling.. Aduduuu.. Nampak sedap2 lak makanan kat sini ye.. Pakkal jauh tau..
ردحذفBestnya dapat makan sedap-sedap ni kita teringin juga nak tak ajak kita pun hurmmm. Tengok semua makan sedap dan harga berpatutan bestlah nanti Aerill belanja kita kat sini boleh ehhehehe...
ردحذفmenarik sangat menu dia, dan area pun nampak happening kan. nanti bolehlah nak pegi bawa family
ردحذف